Selasa, 14 Februari 2012


Posted: 13 Feb 2012 12:10 AM PST
Tips Sihat – Kenapa Kita Batuk? | Tiada manusia yang boleh lari dari terbatuk ketika membuat sesuatu pekerjaan. Namun batuk adalah masalah kesihatan biasa. Namun, jika berpanjangan tentu saja meresahkan kerana mungkin ia memang batuk atau simptom kepada masalah lain seperti barah paru-paru. Batuk secara umum mudah ditangani. Dengan makan ubat mengikut jadual, segala-galanya akan kembali seperti biasa.
Batuk adalah tindakan bagi menjernihkan pernafasan dan tekak. Walaupun ada kalanya agak menyusahkan sebenarnya batuk juga berperanan melindungi tubuh dan sebahagian daripada proses penyembuhan.
Peranan Batuk
Batuk berperanan menyingkirkan mukus, habuk dan debu daripada laluan pernafasan. Punca utama batuk umumnya ialah keradangan saluran pernafasan atas. Kerap kali berpunca daripada jangkitan virus atau peningkatan pengeluaran mukus kerana selsema. Apabila merebak ke bahagian pernafasan bawah, ia akan menyebabkan batuk.
Batuk boleh dibahagikan kepada dua, iaitu batuk produktif dan batuk tidak produktif. Batuk produktif menghasilkan mukus yang mungkin sudah kering di belakang tekak yang datang daripada sinus atau mungkin paru-paru.
Justeru, batuk produktif berperanan menjernihkan mukus daripada paru-paru. Selalunya batuk jenis ini berpunca daripada jangkitan virus, masalah asid perut, cecair daripada bahagian hidung yang masuk ke tekak atau merokok.
Batuk tidak produktif selalunya batuk yang kering dan tidak menghasilkan mukus. Batuk jenis ini terjadi kerana jangkitan virus, alahan, penggunaan alat kawalan tekanan darah tinggi atau jantung atau lelah.
Komplikasi Batuk
Batuk tanpa disedari membawa komplikasi tertentu terutama jika seseorang itu memang berhadapan dengan masalah kesihatan lain. Ia juga meletihkan kerana batuk memerlukan tenaga dan mengganggu tidur. Batuk yang tidak dapat dikawal mungkin boleh menyebabkan beberapa keadaan, antaranya :
# Menjejaskan luka pembedahan
# Menjejaskan fungsi kateter yang dipasang pada badan pesakit
# Bengkak pada otot kerana kerap batuk
# Menyebabkan masalah kencing
# Menyebabkan masalah neurologi seperti pening, sakit kepala atau strok
Melayukini.net - Banyak ubat batuk di pasaran yang boleh mengawal batuk jika ia bukan simptom penyakit kronik. Anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor dan pastikan ubat yang diberi dihabiskan dalam waktu yang ditentukan.
Sumber: Sihat Selalu | Koleksi Kesihatan & Riadah Melayukini.net


Posted: 13 Feb 2012 10:13 AM PST

Sebaik sahaja terkena sengatan gigi ikan seperti ikan Jenahak, Malong dan sebagainya di anggota badan terutama jari, cepat-cepat cedok air laut tempat anda memancing dengan tangan kanan dan titiskan ke dalam mulut dan telan sedikit air tersebut. Rasa bisa serta denyutan akan berkurangan dan bolehlah sapu apa-apa ubat yang sesuai selepas itu.




Posted: 13 Feb 2012 09:30 AM PST

Minum air rebusan serai dan halia, kulit kayu manis dan lada hitam. Jika anda meminum air rebusan ini pagi dan malam, badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu untuk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.



Posted: 13 Feb 2012 10:35 PM PST
Ustaz Azhar Idrus – Sambutan Hari Valentine  | Pada masa kini, masyarakat terutamanya dari golongan remaja gemar meraikan hari valentine bersama kekasih yang sememangnya tidak halal. Hari kekasih atau valentine’s day ini merupakan hari yang mana ia langsung bercanggah dengan ajaran Islam. ‘Berkasih sayang’lah  pada yang halal sahaja. Pihak JAKIM sendiri udah mengeluarkan fatwa bahawa meraikan hari valentine adalah haram. Jom ikuti video dan ulasan mengenai hari valentine oleh Ustaz Azhar Idrus.

Soalan daripada hadirin :
Ustaz, terangkan mengapa berlakunya valentine? Ramai orang Islam menyambutnya sedangkan tarikh itu ialah  paderi kristian.
Valentine ini ialah hari upacara keagamaan krisitian. Hukumnya haram orang Islam menyambutnya, dan sambut sambil memuliakan hari valentine boleh menjadi kafir iaitu keluar daripada Islam. Hari ini ramai yang sibuk mengingati tarikh-tarikh seperti valentine ini daripada mengetahui tarikh-tarikh kuliah agama, tarikh ulama nak datang beri kuliah dan sebagainya.
Habis budak-budak IPT, budak-budak muda yang lalai meraikan hari valentine. Hukumnya haram. Nauzubillah.
Valentine ini, merupakan nama bagi iaitu Pedro St. Valentino. Beliau merupakan paderi yang haram bernikah di dalam agama kristian, tetapi dia bercinta dengan seorang kekasih yang bernama Isabella. Maka gereja-gereja seperti Eropah, Perancis, Sepanyol, United Kingdom, England membenarkan paderi tersebut berkahwin kerana beliau mempunyai jasa yang banyak iaitu berjaya memurtadkan satu juta orang Islam di Sepanyol untuk masuk ke dalam agama kristian.
Walaubagaimanapun, gereja di Rome, tidak bersetuju. Tetapi akhirnya Pedro St. Valentino bernikah Isabella walaupun dianggap berdosa tetapi kerana jasanya memurtadkan satu juta orang Islam, maka beliau dibenarkan bebruat demikian.
Beliau dinikahkan pada 14 Februari. Maka, kita diharamkan untuk merayakan hari tersebut.
Melayukini.net – Sebagai orang Islam, kita sama sekali dilarang untuk merayakan atau menyambut hari valentine ini kerana kita sendiri sudah mengetahui sejarahnya secara ringkas. Semoga video ini dapat membantu kita untuk memahami serba sedikit mengenai hari yang menjadi ikutan remaja pada masa kini. Maka katakan tidak pada Valentine!
Jangan lupa untuk layari koleksi Artikel Agama Informasi Malaysia Kini

Posted: 13 Feb 2012 08:30 PM PST
Kenapa Kereta Sekarang Mudah Kemek?  | Banyak yang bertanya, marah, ada juga yang mengamuk bila kereta kemek, kan? Memang mahal kos bagi membaiki kenderaan kemek. Tapi, kita juga perlu sedar bahawa nyawa adalah anugerah yang paling bernilai. Kita ada insuran untuk kos membaiki kenderaan, tapi tidak nyawa. Jika dilihat, pembuatan kereta pada zaman 90-an seperti proton saga, bahagian bumper hadapan pun turut menggunakan besi aluminium. Tetapi kini, untuk mengurangkan kos, Proton telah menggunakan bahan fiber dan apabila berlakunya hentakan, bumper tersebut akan pecah seakan-akan plastik keras.
Mungkin ada yang tidak tahu, bahawa bahagian depan kenderaan sememangnya direka untuk kemek. Kawasan ini dipanggil zon kemek (crumple zone) yang berfungsi sebagai penyerap sebanyak mungkin hentakan sebelum tenaga hentakan ini dipindahkan kepada penumpang kenderaan.
Contoh ujian yang dapat dilakukan bagi membuktikan teori ini adalah dengan menghentak tangan anda kepada tilam spring dan kayu. Sudah pasti menghentak tangan pada kayu adalah menyakitkan daripada memukul tilam bukan? Dalam kes ini, tilam telah menyerap semua tenaga dengan “mengemekkan” dirinya. Jangan cuba menghentakkan tangan pada kayu.
Melayukini.net - Admin dulu pernah mengalami kemalangan yang mana kereta telah melanggar bumper kereta di hadapan. Maka, berlaku satu hentakan kuat dan mengakibatkan kereta menjadi kemek. Cuma seperti artikel di atas sebut, ia adalah bertujuan untuk mengurangkan dan menyerap tenaga hentakan.
Sumber: Info Kenderaan | Koleksi Automatif Melayukini.net

Posted: 13 Feb 2012 07:30 PM PST

Umumnya, pelbagai pendekatan boleh diaplikasikan untuk membudayakan nilai murni secara teratur dan terancang. Contohnya, penerapan nilai murni boleh dilaksanakan melalui jalan kerohanian pendekatan tasauf.

Al-Suhrawardi (1145-1234) dalam karyanya ‘Awarif al-Ma’arif, menukilkan maksud tasauf sebagai individu sentiasa dalam usaha pembersihan (al-Tasfiyah). Ia sentiasa memelihara setiap waktu daripada kekotoran iaitu dengan membersihkan hati daripada kekotoran hawa nafsu.

Individu itu sentiasa memelihara diri daripada terikat dengan kepatuhan mutlak kepada Allah SWT dan melaksanakan sunnah. Melalui kaedah pentarbiahan latihan kerohanian itu, dapat memberi gambaran secara praktikal untuk merawat penyakit batin yang tidak dapat didiagnosa oleh manusia iaitu penyakit hati yang cenderung kepada sifat tercela.
Orang yang bertaubat, beribadat, memuji Allah, mengembara, rukuk, sujud, menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada kejahatan, dan menjaga hukum Allah. Dan gembirakanlah orang yang beriman itu. (Surah al-Taubah, ayat 112) 
Oleh demikian, kaedah itu memberi petunjuk kepada individu untuk menjernihkan hati daripada semua sifat yang tidak sempurna. Penyucian jiwa itu bertujuan mendidik hati individu terbabit untuk mencapai darjat kesempurnaan iman dan akhlak.

Penegasan itu disentuh oleh Ibn ‘Abidin dalam penulisannya ‘Hasyiah Radd al-Muhtar ‘ala al-Dur Mukhtar Ibn ‘Abidin’ dengan memberikan ulasan: “... dan sifat kerosakan jiwa lainnya seperti ilmu mengenai sombong, kedekut, dengki, putar belit, marah permusuhan, kebencian, tamak, bakhil, sombong, takbur, khianat, bermuka-muka, menolak kebenaran, tipu muslihat, keras hati, panjang angan-angan, dan lain-lainnya yang telah dijelaskan dalam seperempat kebinasaan sebagaimana terdapat dalam kitab Ihya’ ‘Ulum al-Din.

Imam al-Ghazali (1058-1011) berkata: Seseorang itu janganlah melalaikan hal itu, seharusnya ia mempelajari dari rab ‘al-muhlikat apa yang diperlukan dirinya. Sedangkan menghilangkan semua itu adalah fardu ain. Hal itu tidak dapat dilakukan melainkan harus mengetahui batasan, faktor, tanda, dan upaya penyembuhkannya, kerana orang yang tidak mengetahui keburukan akan terjebak di dalamnya.”

Berpandukan ulasan itu, dapat difahami bahawa kesucian dan ketenangan hati daripada nilai keji yang boleh mencacatkannya adalah kunci keselamatan kepada manusia di dunia dan akhirat.

Antara kaedah yang boleh diaplikasikan untuk menyuburkan nilai murni dalam diri individu melalui pendekatan disiplin amalan sunat seperti zikir, qiamulail, puasa sunat, solat sunat (taubat, duha, rawatib, tahajud) serta amalan yang boleh mendekatkan jiwa manusia dengan Penciptanya.

Amalan dinyatakan itu sebahagian mekanisme bertujuan mendidik dan membersihkan hati daripada pelbagai kotoran nilai keji (mazmumah). Keterikatan hati manusia dengan nilai keji itu didorong nafsu syahwat boleh mengundang kepada kerosakan potensi insan dan hubungannya dengan Allah SWT.

Menginsafi situasi itu, Islam memberi petunjuk kepada manusia supaya sentiasa memberi komitmen tinggi kepada cara hidup beragama secara sempurna. Justeru, andai kata jiwa manusia dilingkari nilai keji maka ia perlu berusaha memperbaiki dan menyucikannya.

Jika nilai itu tidak dapat diatasi, nescaya sistem pertahanan dalamannya tidak mempunyai keupayaan untuk menahannya daripada tergelincir ke lembah kejahatan. Melalui latihan berorientasikan nilai kerohanian, manusia dapat menginsafi dan memenuhi keperluan kerangka nilai murni yang luhur.

Firman Allah SWT yang bermaksud: 
“Orang yang bertaubat, beribadat, memuji Allah, mengembara, rukuk, sujud, menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada kejahatan, dan menjaga hukum Allah. Dan gembirakanlah orang yang beriman itu.” (Surah al-Taubah, ayat 112)
Menurut Ibn Kathir dalam Tafsir Ibn Kathir, ayat itu adalah pujian daripada Allah SWT terhadap hambaNya yang berkorban jiwa dan hartanya kepada Allah. Sebagai balasan, golongan ini disediakan dengan syurga.

Mereka ini disifatkan sebagai orang yang bertaubat, beribadah kepada Allah dengan perkataan dan perbuatan memujiNya, berpuasa, melakukan solat, dengan rukuk dan sujud. Di samping itu, mereka menyeru manusia lain ke jalan yang baik dan melaksanakan amal makruf nahi mungkar.

Lantaran itu, Allah SWT menyatakan bahawa bergembiralah golongan manusia yang bersifat sedemikian.

Daripada Abu Hurairah katanya, Nabi SAW bersabda: 
“Allah berfirman: Aku menurut sangkaan hambaKu terhadap Aku dan Aku bersama dengan dia, apabila dia mengingati (menyebut) Aku. Apabila ia menyebut Aku dalam hatinya, nescaya Aku menyebutnya pula sendiriKu. Dan kalau dia menyebutKu di hadapan orang ramai, nescaya Aku menyebutnya pula di hadapan orang ramai yang lebih baik. Kalau dia mendekatkan diri kepadaKu sejengkal, nescaya aku mendekatkan kepadanya sehasta. Dan kalau dia mendekatkan diri kepadaKu sehasta, nescaya Aku mendekatinya sedepa. Dan kalau dia datang kepadaKu berjalan biasa, nescaya Aku datang kepadanya berlari.” (Hadis Muttafaq’alayh)
Berdasarkan kepada al-Quran dan al-Sunnah, dapat difahami bahawa manusia yang dilengkapi nilai murni menurut kerangka Islam akan menjadi insan baik hati budinya dan diredai Allah SWT. Tidak diragukan lagi bahawa nilai murni dihayati individu manusia akan memantulkan cahaya kebaikan dan kebajikan yang memberi manfaat kepada persekitaran sekelilingnya.

Wassalam

Mimpi-Mimpi Rasulullah S.A.W


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah r.a. berkata, Nabi Muhammad .a.w. bersabda;
“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..”





1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Sumber: http://www.halaqah.net/

Takaful Kesihatan: Dengan atau Tanpa Simpanan?

Bigfish | September 8, 2011 at 3:48 PM | Categories: Plan Takaful Great Eastern dengan medical card | URL: http://wp.me/pBoAm-K0


Bergantung kepada sama ada anda berdisiplin untuk menabung sendiri

Kita tinggalkan kemelut pasaran saham buat sementara waktu untuk membincangkan tentang Takaful Kesihatan, sesuatu yang amat perlu pada masa kini, terutamanya untuk menampung kos rawatan di hospital swasta.
Kita semua tahu bahawa kos perubatan dan pembedahan sekarang amat mahal.  Kos pembedahan di hospital swasta, walaupun untuk prosedur ringkas, kemungkinan besar mencecah RM10,000 walaupun untuk prosedur pembedahan ringkas.
Maka Takaful Kesihatan menjadi satu keperluan, terutamanya bagi mereka yang tidak dilindungi oleh majikan, atau jika perlindungan majikan mempunyai had yang rendah.
Malah bagi saya, ada baiknya anda mendapatkan perlindungan kesihatan sendiri, walaupun dilindungi oleh program kesihatan majikan, kerana anda tetap terlindung jika anda bertukar kerja atau tidak bekerja buat sementara waktu.
Tambahan lagi, jika anda mengalami sesuatu penyakit kritikal, anda mungkin tidak diterima lagi untuk perlindungan kesihatan jika anda belum mendapatkannya terlebih dahulu.
Cuma persoalannya ialah adakah anda mengambil polisi kesihatan sahaja atau mengambil polisi kesihatan bersama komponen simpanan, yang memberikan anda pulangan pada akhir tempoh perlindungan?
Ramai orang keliru tentang polisi seperti ini. Mereka menganggap bahawa jika mereka ambil polisi kesihatan sahaja, wang mereka akan hangus dan tiada pulangan diperolehi.
Sebenarnya jika mereka mengambil polisi kesihatan dengan komponen simpanan (yang sudah tentulah lebih mahal) premium yang diperuntukkan untuk komponen takaful kesihatan masih tetap hangus juga.  Hanya premium yang dibayar untuk simpanan sahaja yang akan digunakan untuk memberikan anda pulangan.
Pada peringkat awal dulu, ibu bapa saya pernah membelikan insurans kesihatan dengan komponen simpanan.  Tetapi apabila saya ingin menukar kepada takaful, barulah saya tahu betapa polisi ini memberikan pulangan sederhana sahaja.
Malah, jika anda menyerahkan polisi awal, anda sebenarnya akan rugi.  Ini bermakna anda mendapat pulangan sederhana jika disimpan sehingga matang, tetapi rugi jika menebus awal.
Wang anda kemungkinan besar boleh dimanfaatkan dengan lebih baik dengan pelbagai pilihan simpanan atau pelaburan patuh syariah yang wujud di pasaran sekarang.
Tetapi faktor paling penting tentang kaedah tabungan/pelaburan sendiri ialah jika anda memerlukan wang tersebut untuk digunakan terlebih dahulu untuk tempoh dua atau tiga bulan umpamanya, anda boleh mengeluarkan wang tersebut dan kemudian melaburkan atau menabungnya kembali.
Anda hanya tidak mendapat sebarang pulangan untuk tempoh apabila pulangan tersebut dikeluarkan sahaja. Pilihan ini tidak wujud bagi komponen simpanan dalam takaful kesihatan. Jika anda menebus polisi, anda akan rugi.
Satu lagi perkara ialah premium yang dibayar untuk komponen simpanan pada peringkat awal juga akan dipotong yuran ejen insurans, justeru mengurangkan lagi pulangan anda.
Pada pendapat saya, kalau mahukan takaful kesihatan, ambil takaful kesihatan sahaja (dan juga rider hayat jika anda memerlukannya), tanpa sebarang komponen simpanan.
Kalau tak silap saya, hanya segelintir syarikat takaful yang menawarkan insurans kesihatan tanpa sebarang komponen simpanan. Syarikat lain mewajibkan takaful kesihatan diambil bersama komponen simpanan.
sumber: Labur Niaga


Kini semua orang boleh pergi haji

by Bigfish

Assalam...
Pastinya setiap seorang daripada kita yang beriman akan menanam hasrat untuk menunaikan haji dan umrah pada suatu masa kelak. Menunaikan rukun Islam kelima merupakan kemuncak kepada segala amalan dan ibadah kita kepada Allah kerana ia perlu dilaksanakan dengan secara zahir dan juga melibatkan kos yang tinggi. Ibadat haji diwajibkan hanya kepada yang mampu sahaja.
Berita baik yang ingin saya kongsikan di sini ialah anda boleh mendapat peluang melaksanakan haji serta mendapat gelaran haji dengan hanya membuka akaun i-Great Amal dengan Great Eastern Takaful dengan caruman serendah RM 50 sebulan.
Antara manfaat yang akan anda perolehi ialah:
  • Khairat kematian sebanyak RM 2,000 yag dibayar serta-merta dalam masa 24 jam selepas kematian
  • Badal Haji  - upah haji berjumlah RM 3,000 akan dilakukan jika berlaku kematian / lumpuh kepada penyimpan
  • Simpanan haji / umrah bernilai RM 10,000 dalam masa 15 tahun simpanan anda
  • Saguhati umrah / haji akan dibayar sebanyak RM 800 jika simpanan 5 tahun atau RM 2,000 jika simpanan sampai tempoh matang
  • Duit qurban bernilai RM 500 - 1 bahagian qurban akan dilakukan jika simpanan berusia 10 tahun
Penerangan lebih lanjut boleh saya berikan tentang pelan terbaru ini. Hanya contact saya di talian 019-758 9774 (Nizam) untuk temujanji :)
Bigfish | October 12, 2011 at 7:06 PM | Categories: i-Great Amal | URL: http://wp.me/pBoAm-NR

Jaga Kesihatan = Jaga Kewangan

by Bigfish

autumn prelude Kekayaan atau kesihatan yang penting?
Pastinya ramai akan kata, kesihatan lagi penting. Tapi sering kali, kita hanya mengambil berat tentang kesihatan kita apabila kita jatuh sakit. Bila tak sakit, mungkin berbagai aktiviti gaya hidup yang kurang sihat kita amalkan- seperti merokok, makan berlebihan, minum minuman yang manis dan sebagainya. Apabila jatuh sakit, baru lah kita akan tersedar dan pantang untuk menjaga kesihatan.
Menjaga kesihatan harus bermula daripada awal sebelum terlewat. Dengan kesihatan yang terjaga, kita juga dapat menjaga kewangan kita pada kos-kos perubatan yang sering menelan beribu ringgit. Antara cara asas menjaga kesihatan kita:
1. Jaga pemakanan kita - jangan makan berlebihan, kurangkan garam dan juga gula. Lebihkan buah buahan dan sayur-sayuran. Makanan terbaik adalah makanan organik (tidak diproses).
2. Bersenam selalu - lakukan senaman dari masa ke semasa. Senaman mudah seperti jogging ataupun berjalan. Bersukan adalah aktiviti sihat yang dapat dilakukan. Tidak minat dengan sukan? lakukan senaman-senaman mudah dari rumah (Turun naik tangga juga bersenam!)
3. Cukupkan rehat - Tidur sedikit awal setiap hari sekiranya anda rasakan badan penat dan lesu. Apa yang anda perlukan adalah rehat yang secukupnya.
NOTA BIGFISH:  Banyak yang saya perhatikan, pada masa muda,  kita tidak hiraukan kesihatan demi mengejar kekayaan namun apabila telah meningkat dewasa dan tua, kita akan korbankan kekayaan kita demi mendapatkan semula kesihatan kita.
Jadilah orang yang lebih bijak dengan melindungi pendapatan kita dan pada masa yang sama menjaga kesihatan kita sebaik mungkin. :)

Tanda awal penyakit kronik

by Bigfish

Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA
maria.zakaria@utusan.com.my

HARI ini pemeriksaan kesihatan ataupun saringan kesihatan sangat penting bagi setiap individu agar sentiasa peka terhadap perkembangan tubuh badan sendiri dan tidak mengambil mudah mengenai isu kesihatan.
Tambahan pula pelbagai penyakit mudah menyerang mereka yang tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Begitu juga dengan sindrom metabolik. Ia dipercayai berpunca daripada berat badan yang berlebihan (obesiti), ukur lilit perut yang berlebihan (buncit), hipertensi, paras kolesterol yang tinggi (hiperkolesterolemia) dan peningkatan paras glukos dalam darah (diabetes atau prediabetes).
Kesemua penyakit yang disenaraikan di atas adalah kombinasi masalah perubatan yang menjurus kepada sindrom metabolik dan ia secara tidak langsung merupakan ancaman kesihatan yang membimbangkan.
Menurut Pakar Perubatan dan Endokrin, Hospital Pusrawi, Dr. Shaharuddin Che Kadir, lazimnya pesakit tidak menyedari diri mereka menghidap sindrom metabolik.
Ini kerana, katanya, sindrom ini tidak mempunyai tanda-tanda khusus melainkan dengan kehadiran pelbagai penyakit kronik yang dihidapi oleh penghidap yang menyebabkan kepada kewujudan sindrom tersebut.
"Sekiranya seseorang individu tersebut mempunyai tiga daripada lima komponen penyakit yang dinyatakan, mereka ini akan dilabelkan sebagai penghidap sindrom metabolik.
"Selalunya, sama ada seseorang itu mempunyai sindrom metabolik atau tidak, beberapa persoalan perlu ditanya kepada diri sendiri," katanya ketika ditemui sempena Minggu Kesihatan, di hospital berkenaan baru-baru ini.
Tambah beliau lagi, seseorang cenderung menghidap sindrom metabolik jika mempunyai ukur lilit pinggang melebihi 80 sentimeter (sm) bagi perempuan dan 90 sm bagi lelaki.
Kebiasaannya penghidap sindrom ini mempunyai gaya hidup yang tidak sihat akibat kurang atau tiada masa melakukan senaman.
Faktor lain yang menyumbang kepada sindrom tersebut adalah peningkatan umur, berat badan berlebihan, sejarah keluarga, perokok, pemakanan yang tidak sihat serta cara hidup yang tidak sihat.
Mengulas lanjut mengenai sindrom ini, menurut Dr. Shaharuddin, kajian kesihatan yang dilakukan pada tahun 2006 mendapati dua daripada lima orang dewasa ataupun 43 peratus rakyat Malaysia mempunyai masalah berat badan berlebihan.
Bagi kategori remaja yang berumur antara 12 hingga 18 tahun pula, sebanyak 38 peratus mempunyai masalah berat badan berlebihan.
Ulas beliau lagi, semua individu yang mempunyai masalah sindrom metabolik memerlukan motivasi bagi mengubah gaya hidup yang lebih sihat.
Beliau turut menasihatkan individu yang mempunyai sejarah keluarga seperti masalah jantung, hipertensi dan diabetes supaya segera mendapatkan rawatan kerana mereka berisiko tinggi untuk mewarisi sindrom tersebut.
"Jika ada individu yang menghidap sindrom ini, segeralah jalani pemeriksaan doktor dan sentiasa awasi kesihatan secara berterusan.
"Bagaimanapun, sindrom metabolik ini tidak semestinya dihidapi oleh mereka yang obes dan ada kebarangkalian mereka yang bertubuh kurus turut menghidap sindrom ini," tambahnya lagi.
Justeru, katanya, bagi mengelak masalah lebih parah, pesakit digalakkan mengambil makanan yang sihat dan tingkatkan aktiviti fizikal mereka.
sumber: utusan malaysia
NOTA BIGFISH: Anda tidak perlu risau lagi kerana di Great Eastern Takaful, kami menawarkan pelan di mana perlindungan penyakit kritikal di peringkat awal lagi. Pampasan akan dibayar bagi membuat rawatan penyakit dan tentunya peluang untuk sembuh adalah lebih tinggi.
Bertindaklah sekarang dan jadilah pengguna yang bijak dengan simpanan serendah RM5.50 sehari! :)

Pagi tadi aku pergi jenguk sekolah rendah kami. Nampak muka salah seorang pelajar lebam, lalu aku bertanya, " Luqman, apa kena muka kamu?"

" Terantuk dinding " jawab Luqman.

" Kamu bergaduh ke?

" Bukan, kena sendiri"

" Bila kena, di rumah atau di sekolah?"

" Di sekolah semalam "

" Mak dah tahu ?"

" Dah!"

" Mak tak bubuh ubat? "

" Tak! "

Aku agak semalam lebam dimuka Luqman itu belum kelihatan, sebab itu ibunya tak ambil pusing. Harini dah nampak kehijauan dan kehitaman iaitu lebam di muka Luqman tu. Lalu akupun telefon Pak haji minta dia bawakan biji buah pala dan pasu tempat mengasahnya untuk dibuat ubat dibubuh ke muka Luqman yang lebam itu.

Aku menerangkan kepada ustazah, " Pecahkan kulit keras biji buah pala, ambil biji yang didalamnya, asah diatas permukaan pasu yang kesat, letakkan sedikit air, asah hingga menjadi pes. Itulah ubat yang kami aplikasikan kepada anak-anak kami apabila mereka luka atau lebam kerana jatuh atau sebagainya. Ianya sangatlah mujarab, tak lama lebam akan hilang atau bahagian luka akan segera kering jadi kulit keras yang akan mengelupas keluar dalam sehari dua. Aplikasikannya setiap selepas mandi, Insya-Allah kulit akan sembuh tanpa meninggalkan parut".
Ustazah kehairanan mendengar peneranganku mengenai khasiat biji buah pala dan bagaimana cara untuk mengaplikasikannya. Ustazah membelek-belek dan mencium biji buah pala itu, lalu bertanya dimana boleh membelinya. Aku menerangkan biji buah pala itu boleh didapati di mana-mana kedai runcit atau kedai yang jual bahan-bahan buat kek, kerana ia bahan popular dalam masakan. Bukankah ia sejenis spice atau rempah ratus yang menjadi barang rebutan ahli perdagangan zaman dahulu sehingga mengakibatkan rantau ini di jajah orang ?

Pernah anakku Alan kemalangan jatuh basikal semasa berumur 10 tahun, mukanya di sayat batu jalan dan simen longkang. Seluruh muka merah berdarah tanpa kulit seolah telah di sagat. Abang-abangnya berteriak untuk segera dibawakan ke hospital. Pak haji tenang menunaikan solat dahulu sebab kebetulan pada masa itu dia baru nak hendak angkat takbir. Maka melompat-lompatlah siabang yang tak sanggup melihat keadaan adiknya. Dipendekkan cerita setelah pulang dari hospital Pak haji mengambil biji buah pala yang di asah jadikan pes disapukan keseluruh muka Alan. Dalam masa seminggu sedikit demi sedikit kulit muka Alan berkerak kemudian mengelupas tanpa meninggalkan parut.

Dirumah kami sentiasa ada menyimpan biji buah pala dan tempat mengasahnya. Dengan ramainya anak-anak kecil yang lasak ( beberapa tahun yang lalu ), kami tidak tahu bila masa kami akan memerlukannya.Itu hanyalah salah satu khasiat biji buah pala. Ada banyak lagi nanti di lain masa aku boleh ceritakan.