Khamis, 9 Februari 2012
Memang tidak selesa sekiranya tekak berasa sakit. Sukar untuk menelan terutamanya pabila minum dan makan. Antara petua yang dapat menghilangkan sakit tekak adalah dengan menggunakan asam jawa. Mudah saja! Hanya perlu campurkan air bersama asam jawa dan kacau hingga sebati. Selepas itu, tapis asam jawa tersebut dan ambil airnya. Sebaiknya, minum air tersebut setiap hari sehingga kurang rasa sakit tekak.
Tazkirah Jumaat – Kehidupan dan Pilihannya Posted: 03 Feb 2012 05:10 AM PST Tazkirah Jumaat – Kehidupan dan Pilihannya 1- HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI: - Semalam ~ Sudah menjadi sejarah. - Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua. 2- HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS: - Nafas Naik. - Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian ALlah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya. Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini. HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN : - Hidup dalam keredhaan ALlah. -carilah keredhaan allah dalah kehidupan di dunia ini dan jauhilah kemurkaan allah semoga kita juga mendapat keredhaan allah di akhirat kelak. HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT : - Kekal di dalam neraka. Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia. Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya. Terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT. Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang, tetapi tidak mempunyai boarding pass. Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem … apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya … lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian. Ada 2 penyelesaian dalam kes ini : Dia mungkin didenda … atau, suratnya masuk tong sampah. Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang ALlah kurniakan kepada kita … Sekurang-kurangnya ALlah telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada ALlah dalam keadaan jiwa yang tenang … lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan ALlah meredhai. Semoga kita semua berbahagia dan sejahtera sentiasa… di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat ALlah s.w.t. Amin… sumber : kelakaryahoogroups |