Rabu, 8 Februari 2012

Jom Scuba Di Pulau Andaman & Nicobar (PT 4)

Jom Scuba Di Pulau Andaman & Nicobar (PT 3) - Klik sini































Doa Untuk Menguatkan Ingatan


Bagi pelajar, atau sesiapa sahaja yang mahukan ingatan yang tajam, boleh amalkan potongan ayat ini...


Sebelum membaca apa-apa bahan bacaan seperti buku, majalah dan sebagainya, bacalah doa di bawah ni...insyaAllah







Allahumma fatih 'alayna wan sur birahmatika ya hikmataka dhul jalali wal ikram




Maksudnya:
Wahai Allah, bukakanlah ke atas kami hikmataka dan tolonglah ke atas kami dengan rahmatMu, wahai Yang Maha Memilki Keagungan dan Kemuliaan.






Sumber : Buku Zikir Asma Ul Husna 99 Nama Allah

Maksud Disebalik 12 Haiwan Zodiak Dalam Kalendar Cina

Dalam astrologi Cina, zodiak dua belas bintang haiwan melambangkan dua belas jenis personaliti berbeza. Secara tradisi, zodiak ini sentiasa bermula dengan bintang Tikus, dan terdapat juga banyak cerita mengenai asal-usul zodiak ini yang menerangkan sebab tikus menerajui zodiak.


Dalam astrologi Cina, bintang haiwan yang ditentukan oleh tahun melambangkan bagaimana anda dipandang orang lain atau cara anda menonjolkan diri. Ramai yang salah sangka bahawa bintang haiwan hanya ditentukan melalui tahun, sebaliknya ada juga lambang haiwan yang ditentukan melalui bulan (haiwan dalaman) dan jam seharian (haiwan rahsia).
Pendek kata, sungguhpun seseorang berbintang Naga semata-mata kerana lahir pada tahun naga, namun dia juga boleh berbintang Ular secara dalaman dan juga berbintang Lembu secara rahsia. Maka itu, terdapat sejumlah 8,640 kombinasi yang boleh (lima unsur x 12 haiwan dalam kitaran 60 tahun (12 x 5 = 60), 12 bulan, 12 waktu sehari) menentukan seseorang. Semua ini dipandang berat demi pengamalan astrologi Cina yang sebetulnya.


Berikut ialah kesemua dua belas haiwan zodiak dalam urutan betul serta sifat-sifatnya:


Tikus
  • Yin/Yang - Yang
  • Unsur Tetap - Air
  • Sifat positif - terus terang, berdisiplin, sistematik, cermat, berkarisma, rajin, menawan, petah, suka bergaul, pintar
  • Sifat negatif - bermanipulasi, kejam, suka memerintah, tegar, mementingkan diri, degil, kritis, bercita-cita terlalu tinggi, tidak berhati perut, tidak bertoleransi, licik



Lembu
  • Yin/Yang - Yin
  • Unsur tetap - Air
  • Sifat positif - boleh diharapkan, tenteram, berperaturan, sabar, rajin, bercita-cita, konvensional, tenang, sopan, lojik, tegas, kuat
  • Sifat negatif - degil, berfikiran sempit, materialistik, tegar, suka mendesak




Harimau
  • Yin/Yang - Yang
  • Unsur tetap - Kayu
  • Sifat positif - sukar diduga, suka melawan, berwarna-warni, sangat berkuasa, berkobar-kobar, berani, mengikut gerak hati, penuh bersemangat, merangsang, ikhlas, pengasih, berperikemanusiaan, murah hati
  • Sifat negatif - mudah gelisah, semberono, tidak sabar, cepat berang, degil, mementingkan diri



Arnab
  • Yin/Yang - Yin
  • Unsur tetap - Kayu
  • Sifat positif - baik budi, baik hati, peka, lemah lembut, ramah, berbudi bahasa, berat mulut, berwaspada, berjiwa seni, teliti, manis, yakin pada diri sendiri, panjang akal, belas kasihan, fleksibel
  • Sifat negatif - ada angin, menyendiri, cetek pemikiran, suka mengurut nafsu, oportunis, pemalas



Naga
  • Yin/Yang - Yang
  • Unsur tetap - Kayu
  • Sifat positif - baik hati, penuh bersemangat, kuat, yakin pada diri sendiri, megah, terus terang, penuh hasrat, bersemangat, berapi-api, berkobar-kobar, tegas, perintis, bercita-cita, murah hati, setia
  • Sifat negatif - sombong, zalim, suka mendesak, eksentrik, dogmatik, suka menguasai orang lain, terburu-buru, kasar





Ular
  • Yin/Yang - Yin
  • Unsur tetap - Api
  • Sifat positif - berfikir panjang, bijaksana, mistik, lemah lembut, lemah lembut, sensual, kreatif, cermat, pintar, bercita-cita, berbudi bahasa, berwaspada, bertanggungjawab, tenteram, kuat, setia, tekad
  • Sifat negatif - penyendiri, komunikasi teruk, cemburu, hedonis, ragu diri, sentiasa menaruh kesangsian terhadap orang lain, pendusta



Kuda
  • Yin/Yang - Yang
  • Unsur tetap - Api
  • Sifat positif - periang, popular, tajam akal, bertukar-tukar, biasa dan berterus terang, perseptif, suka bercakap, lincah, cerdas, kuat daya penariknya, cerdik, panjang akal, fleksibel, berfikiran terbuka
  • Sifat negatif - tidak tetap hati, cemas, biadab, mudah terpedaya, degil, kurang stabil, kurang tabah




Kambing
  • Yin/Yang - Yin
  • Unsur tetap - Api
  • Sifat positif - salih, ikhlas, bersimpati, lemah lembut, pemalu, berjiwa seni, kreatif, lembut, belas kasihan, bertimbang rasa, keibuan, tekad, mencintai kedamaian, murah hati, mencari perlindungan
  • Sifat negatif - ada angin, tidak tegas, terlalu pasif, perisau, pesimis, mudah tersinggung, suka merungut



Kera
  • Yin/Yang - Yang
  • Unsur tetap - Logam
  • Sifat positif - pencipta, pendorong, suka mengimprovisasi, tajam akal, suka ingin tahu, fleksibel, inovatif, penyelesai masalah, yakin pada diri sendiri, suka bergaul, sopan, menimbulkan rasa hormat, suka bersaing, objektif, faktual, intelektual
  • Sifat negatif - egoistik, angkuh, mementingkan diri, licik, iri hati, mudah sangsi



Ayam
  • Yin/Yang - Yin
  • Unsur tetap - Logam
  • Sifat positif - tajam, kemas, cermat, terurus, yakin pada diri sendiri, tegas, konservatif, kritis, mementingkan kesempurnaan, berjaga-jaga, bersemangat, praktis, saintifik, bertanggungjawab
  • Sifat negatif - terlalu fanatik dan kritis, bagaikan pendakwah, egoistik, kasar, terlalu yakin akan pendapatnya




Anjing
  • Yin/Yang - Yang
  • Unsur tetap - Logam
  • Sifat positif - jujur, cerdik, terus-terang, setia, penegak keadilan, menarik, ramah, tidak menunjuk-nunjuk, suka bergaul, berfikiran terbuka, idealistik, moralistik, praktis, pengasih, gigih
  • Sifat negatif - sinis, pemalas, dingin, judgmental, pesimis, perisau, degil, suka bergaduh




Babi
  • Yin/Yang - Yin
  • Unsur tetap - air
  • Sifat positif - jujur, sederhana, gagah berani, tegap, suka bergaul, mencintai kedamaian, sabar, setia, rajin, mudah percaya, ikhlas, tenteram, bertimbang rasa, prihatin, berkobar-kobar, cerdik
  • Sifat negatif - naif, terlalu bergantung kepada orang lain, suka mengurut nafsu, mudah terpedaya, fatalistik, materialistik







Jambatan Gantung Yang Paling Menakutkan Di Dunia

Jambatan Tasik Hussaini-Borit yang terletak di Pakistan, dianggap sebagai salah satu jambatan paling berbahaya di dunia kerana ia tersangatlah tua, sempit, dan terletak terlalu tinggi di atas tasik dan yang paling menakutkan kerana kebanyakan papan kayunya telah hilang.

Ia mungkin dilihat remeh, namun jambatan gantung yang berbahaya ini adalah satu-satunya cara untuk penduduk tempatan pergi ke bandar-bandar besar di utara Pakistan.

Rakyat tempatan Pakistan menggunakan pembinaan beberapa jambatan gantung menyeberangi sungai-sungai di dalam dan sekitar utara Pakistan. Antaranya, Borit tasik jambatan terkenal di seluruh dunia untuk menjadi jambatan tali yang paling berbahaya dan mendebarkan.

Kedua-dua jambatan ini sebenarnya menjadi satu tarikan pelancong utama di Pakistan. Disini, anda perlu merentasi kedua-dua jambatan yang membawa anda melalui Passu dan lain-lain kampung jiran dan berakhir di tasik itu sendiri.







Nota Kaki: Tak tau pula kalau dah ada yang mati lemas semasa menyeberang menggunakan jambatan ini....perghhhh gayatnyaaa....tapi mokcik bedah teringin nak juga nak terai...samada lutut ni menggigil atau tak...


IBLIS SUDAH BERJAYA??!!


Syaitan dan Iblis zaman dahulu sampai sekarang dah jadi kawan karib manusia. Di zaman IT, syaitan dan Iblis pun dah takut dekat manusia. Dia dilaknat oleh Allah SWT dan dibuang dari syurga kerana satu kesalahan sahaja kerana tidak mahu sujud pada Adam. Tetapi dia berkawan dengan manusia dia jadi sedar, subuh-subuh pagi kawan manusia ni tak sembahyang subuh, sedap tidur lena, masuk waktu zuhur pun tak sembahyang, pergi makan tengahari.

Masuk waktu asar pun kawan manusia sibuk dengan kerja sampai terlupa nak sembahyang. Makin risau Iblis. Tergugat juga untuk berkawan dengan manusia ni. Tiba waktu maghrib pun sama tak sembahyang masih rehat tengok TV Astro. Sampai masuk waktu insya pun tak sembahyang, sibuk dengan kawan-kawan di facebook pula.

Semakin risau Iblis, jadi tak senang duduk. Iblis pun fikir. Dulu aku cuma melakukan satu kesalahan saja sudah dil
aknat oleh Allah SWT. Tetapi kawan aku manusia ni sudah melakukan lima kesalahan masih tidak takut dilaknat oleh Allah SWT. Dia ni lebih jahat dari aku. Baik aku pun lari meninggalkan k
awan manusia ni. Iblis pun cari kawan manusia baru. Mungkin anda pula.

Syaitan telah mengadakan pakatan iblis. Di awal ucapannya, syaitan berkata:

"Kita tidak dapat menghalang umat Islam dari mendatangi masjid, kita tidak dapat menghalang mereka dari membaca al-Quran dan tahu akan perkara-perkara yang benar. Malah kita tidak dapat menghalang mereka dari membentuk sebuah perhubungan intim dengan Allah.

Sebaik sahaja mereka dapat menjalin perhubungan tersebut maka pengaruh kita keatas mereka akan terputus.

"Oleh itu biarkanlah mereka ke masjid-masjid mereka, biarkanlah mereka menikmati hidangan makan ma
lam mereka yang tertudung, tetapi curilah waktu mereka, supaya mereka tidak mempunyai masa untuk membina perhubungan dengan Pencipta."

"Apa yang aku ingin kamu lakukan ialah" kata Syaitan:"

Lalaikan mereka dari berhubung dengan tuhan mereka dan mengekalkan perhubungan yang penting itu sepanjang hari."

"Bagaimana caranya?" jerit para iblis.

"Sibukkan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dalam kehidupan dan rekalah berbagai-bagai cara untuk memenuhi minda mereka, "

Jawabnya "Pengaruhi mereka untuk belanja, belanja, belanja dan hutang, hutang, hutang.

Pujuk isteri-isteri m
ereka untuk keluar bekerja buat jangka waktu yang panjang dan suami-suami mereka untuk bekerja 6 - 7 hari seminggu, 10 – 12 jam sehari, guna untuk membiayai gaya hidup mereka yang kosong itu."

"Halang mereka dari menghabiskan waktu dengan anak-anak mereka. Apabila keluarga mereka mula retak, tidak lama nanti, rumah mereka tidak lagi menawarkan ketenangan dari tekanan kerja."

"Rangsa minda mereka sehingga mereka tidak dapat lagi mendengar suara hati mereka. Umpan mereka untuk mendengar radio atau keset sewaktu memandu, biarkan TV, VCR, CD dan PC mereka sentiasa terpasang di rumah-rumah mereka dan pastikan setiap kedai dan restoran di dunia ini sentiasa memainkan muzik yang tidak Islamik.

Ini akan membenakkan minda mereka dan memutuskan perhubungan dengan Allah."

"Penuhkan meja-meja mereka dengan majalah dan akhbar. Sumbatkan minda mereka dengan siaran berita 24 jam. Cerobohi saat memandu mereka dengan papan-papan iklan.

Penuhkan peti-peti surat mereka dengan mel remeh, katalog, sweepstakes dan segala jenis surat berita dan promosi-promosi yang menyediakan barangan dan perkhidmatan percuma dan impian palsu."

"Masukkan gambar model-model yang cantik dan ramping di dalam majalah dan TV agar para suami berpendapat bahawa kecantikan luaranlah yang utama, dan mereka akan tidak berpuashati dengan isteri- isteri mereka."

"Buatlah agar para isteri terlalu letih untuk bersama dengan suami mereka di malam hari.
Tambahkan sekali dengan pening kepala!
Jika mereka tidak bersama seperti yang dikehendaki oleh suami mereka,suami akan meninjau-ninjau di tempat lain. Ini akan memporak- perandakan keluarga mereka dengan pantas."

"Gembar gemburkan perayaan-perayaan penganut agama lain untuk melalaikan mereka dari mengajar anak-anak mereka makna Islam yang sebenar dan hari-hari perayaannya."

"Biarkan mereka berlebih-lebihan meskipun sewaktu berekreasi.

Buatlah sehingga mereka terlalu letih untuk berekreasi. Sibukkan mereka sehingga tidak sempat untuk memerhatikan alam semulajadi dan memikirkan tentang ciptaan Allah.

Sebaliknya hantarlah mereka ke taman-taman hiburan, acara-acara sukan, pementasan, konsert dan panggung wayang."

"Jadikan mereka sibuk, sibuk, sibuk!"

"Dan apabila mereka bertemu untuk berbincang hal-hal kerohanian, libatkan mereka dengan umpatan dan cakap-cakap kosong supaya hati mereka tidak tenang ketika bersurai."

"Lambakkan hidup mereka dengan kerja-kerja amal sehingga mereka tidak mempunyai kesempatan meminita pertolongan dari Allah.

Tidak lama selepas itu mereka akan melakukannya dengan kudrat mereka sendiri, mengorbankan kesihatan dan keluarga mereka untuk kerja-kerja amal tadi."

"Pasti berhasil! Pasti berhasil!" Bukan calang-calang perancangan ini!

Para iblis dengan tidak sabar-sabar memulakan tugasan mereka untuk menjadikan umat Islam di mana jua menjadi semakin sibuk dan semakin terkejar-kejar ke sana ke sini.

Hanya mempunyai sedikit masa sahaja untuk Tuhan mereka atau keluarga mereka.


Mari renungkan..

Petua awet muda Luar dan Dalam

Petua 1:
Untuk sentiasa kelihatan cantik menawan berseri, amalkan berzikir seperti berikut:
Baca Ya Badiyah 1 kali
Baca Ya Nur 1 kali
Baca Ya Hadi 1 kali
Baca Ya Allah 3 kali
Amalkan membaca zikir ini dan tiup ke tapak tangan dan kemudiannya sapu ke muka anda setiap hari.
Petua 2:
Amalkan membaca ayat-ayat seperti berikut ;
Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada setiap selepas solat subuh. Hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut. Ia untuk rawatan dalaman supaya kelihatan cantik muda dan bertenaga luaran dan dalaman.