Selasa, 7 Februari 2012



Sebelum ni kita telah pun melawat Pulau Sipadan  - Klik sini, Sekarang jom layan Pulau Redang pula. Pulau2 di negara kita pun amat menarik sekali tak kurang cantik berbanding pulau2 dunia yang lain, cuma mungkin pulau2 di negara kita kurang mendapat publisiti ataupun kurang dipersembahkan ke persada antarabangsa.







Pulau Redang yang terletak di perairan Laut China Selatan merupakan salah satu daripada sembilan buah pulau yang membentuk taman laut Kepulauan Redang, di negeri Terengganu,  serta tapak pemuliharaan penyu yang penting. Perairan di sekeliling Pulau Redang juga mengandungi dua buah bangkai kapal yang bersejarah, iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse yang telah ditenggelamkan di sini pada permulaan Perang Dunia II dan mewujudkan suasana bagi pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Pulau-pulau lain yang berhampiran termasuk Pulau Lang Tengah, Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Bidong.






Pulau Redang adalah salah satu pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Pulau ini kini merupakan sebuah pulau peranginan yang amat popular di kalangan orang Malaysia, dengan kebanyakan mereka yang datang melalui pakej pelancongan. Salah satu pantai yang paling cantik di pulau ini ialah Pasir Panjang. Pasirnya putih dan airnya jernih, dengan batu karang dan ikan terdapat hanya beberapa meter dari tepi pantai. Antara kemudahan di pulau ini ialah kegiatan snorkel dan junam.





Pulau Redang boleh dikunjungi melalui Merang dengan bot-bot yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat peranginan di sini. Jaraknya dari jeti Kampung Penarik ialah 30 kilometer nautika atau Kuala Trengganu melalui Jeti Shahbandar dengan menggunakan feri. Terdapat juga sebuah lapangan terbang kecil di pulau ini.



Pada 1851, Abdullah Abdul Kadir Munshi pernah menceritakan hal Pulau Redang :
“Hatta pada malam Khamis datanglah sebuah perahu kecil dari Kuantan. Maka berkhabarlah ia kepada anak-anak perahu mengatakan ada perahu lanun di Tanjung Tujuh, empat puluh buah dan di Pulau Kapas pun ada, dan di Pulau Redang pun ada dan; maka telah didapati dua buah perahu orang Kuantan dan dua buah lepas lari….”











































BEBERAPA tahun yang lalu, proses membina minisite sangat menyakitkan dan memenatkan otak kerana anda perlu belajar bagaimana menggunakan editor HTML dan memahami bagaimana menulis kod HTML. Kerja-kerja membina minisite yang lengkap biasanya disiapkan dalam masa 2 minggu atau lebih. Tapi dengan kemunculan produk perisian terbaru daripada Bearnerd iaitu Sistem Auto Minisite, kerumitan tersebut telah diatasi. Kalau dulu anda perlukan masa 2 minggu siapkan minisite, kini anda Cuma perlukan 15 minit untuk mencipta minisite yang lengkap dengan surat jualan “killer”.
muka depan sistem minisite
Imej: Menu utama perisian Sistem Auto Minisite

Bearnerd telah mengkaji blok-blok penting yang harus ada dalam surat jualan dan membina perisian Sistem Auto Minisite berdasarkan blok-blok penting ini. Ada banyak ciri-ciri menarik yang dibawakan oleh perisian ini iaitu antaranya:
1. Bina projek minisite seberapa banyak anda mahu
2. Gunakan template sedia ada atau template custom anda sendiri
3. Integrasi borang order dan PayPal
4. Bina laman tambahan seperti hubungi, penafian, faq dan sebagainya
5. Edit CSS dengan mudah
6. Export ke direktori folder anda sendiri di komputer

Ciri-ciri di atas telah menjadikan perisian ini sangat mesra pengguna dan mudah digunakan oleh sesiapa sahaja. Susunan blok-blok surat jualan dalam perisian ini juga akan membantu anda menghasilkan surat jualan yang “killer” tanpa perlu memikirkan bagaimana cara menyusun dan memformat isi kandungan teks yang anda tulis. Semuanya dilakukan secara automatik oleh perisian Sistem Auto Minisite.
Ada 3 contoh telah dihasilkan oleh Bearnerd menggunakan perisian ini 100%. Anda boleh lihat sendiri bagaimana surat jualan dan layout minisite yang dihasilkan oleh perisian Sistem Auto Minisite. Lihat pada contoh berikut:

Contoh 1: Template Pre-defined (Klik untuk Preview)
sample 1 sistem minisite

Contoh 2: Template Pre-defined (Klik untuk Preview)
sample 2 sistem minisite

Contoh 3: Template Custom (Klik untuk Preview)
 sample 3 sistem minisite

Kerja 2 minggu jadi 15 minit sahaja!
Inilah kehebatan sebenar perisian Sistem Auto Minisite. Kerja yang sepatutnya disiapkan berminggu-minggu dapat dipendekkan menjadi 15 minit sahaja. Selain daripada itu, perisian ini juga menjadi alatan penting yang WAJIB ada pada setiap ‘newbie’ perniagaan internet.
Seorang pakar surat jualan telah memberi review beliau tentang bagaimana perisian Sistem Auto Minisite telah membantu meringankan kerja-kerja beliau dalam menghasilkan surat jualan untuk pelanggannya. Lihat apa kata beliau.
“Sebelum saya guna software ni, saya terpaksa membuat beberapa blok secara manual untuk menghasilkan satu-satu surat jualan yang memukau emosi pelawat untuk bertindak sebagai pembeli. Saya telah menghabiskan banyak masa untuk merujuk blok-blok ‘tertentu’ untuk memastikan surat jualan yang saya hasilkan betul-betul memuaskan semua hati pelanggan. Kini, semua kerumitan saya telah dipermudahkan dengan bantuan Bearnerd melalui sofware ciptaan beliau iaitu Software Auto Minisite.” – Aminbeb
 Sebenarnya ramai yang telah pun mengetahui kepentingan memiliki minisite tetapi malangnya sedikit sahaja yang benar-benar dapat menguasai proses pembinaan minisite kerana tugas tersebut terlalu teknikal. Oleh sebab itulah ramai daripada mereka mengupah pereka grafik web untuk menghasilkan minisite mereka. Selepas laburkan wang untuk upah pereka grafik web mereka perlu mengupah orang lain pula untuk menulis surat jualan bagi pihak mereka. Bagi yang mempunyai modal untuk mengupah seseorang, membina minisite bukanlah satu masalah besar. Tapi bagi kebanyakan orang yang baru dalam perniagaan internet, mengeluarkan modal yang besar bukanlah satu pilihan dan keutamaan.

Sistem Auto Minisite telah selamatkan anda!
Semua kerumitan membina minisite telah berakhir dengan adanya perisian Sistem Auto Minisite! Beli sekali dan pakai banyak kali untuk membina seberapa banyak minisite yang diingini.
Alasan untuk tidak memiliki minisite sendiri sudah tidak boleh dipakai lagi. Dulu mungkin alasan ini benar sebab perisian seperti ini jarang ditemui. Tetapi perisian ini telah muncul dan akan mengakhiri penderitaan newbie dalam membina minisite.
Untuk maklumat lanjut tentang perisian ini, sila layari laman web rasmi Sistem Auto Minisite.
Kongsikan pendapat anda melalui komen dan terima kasih kerana membaca post ini.

Posted: 14 Dec 2011 08:30 PM PST
SAYA percaya tidaklah terlalu ramai pembaca blog ini yang mengetahui bahawa sinar inframerah terbahagi kepada tiga bahagian yakni sinar inframerah dekat (0.75-1.5 mikron), sinar inframerah sederhana (1.5-4 mikron) dan sinar inframerah jauh (4-1 000 mikron). Apalagi mengetahui ciri dan perbezaan di antara ketiganya. Sebab saya sendiri pun tidak tahu pada mulanya. Hehehe..
Ciri Dan Fakta Sinar Inframerah Jauh
Namun disebabkan keinginan untuk menjadikan blog ini terisi dengan kandungan yang pelbagai dan bermakna maka saya harus juga cuba merajinkan diri membaca terbitan-terbitan dan laman-laman yang memperkatakan mengenai sinar inframerah ini.
Saya sama sekali tidak mahu blog ini menjadi kaku dan kecil. Kaku dengan perbincangan yang mengecil dan kecil kerana tidak mahu melebar. Jadi marilah kita berkenalan dengan sinar inframerah jauh..
6 ciri sinar inframerah jauh:
1. Tergolong sebagai gelombang magnetik tidak terlihat mata kasar.
2. Boleh diserap oleh pelbagai objek termasuk haiwan dan tumbuhan dan menjadi panas.
3. Memberi kepanasan yang stabil.
4. Mampu menembusi bahagian dalam objek.
5. Mempunyai fungsi penyerapan gema (resonance).
6. Berupaya mengaktifkan molekul.
Fakta menarik tentang sinar inframerah jauh:
- Pada tahun 1800, Hecher seorang saintis Jerman menemui cahaya yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar ketika meneliti cahaya matahari menggunakan kaca trigon.
- Dalam gelombang panjang sinar inframerah jauh (4-1 000 mikron), gelombang yang berukuran antara 4-16 mikron adalah sinaran yang paling banyak diserap oleh organisma, hatta ia digelar ‘Sinar Pendorong Kehidupan’ atau ‘Cahaya Hidup’.
- Tubuh manusia yang sihat mempunyai sinar inframerah jauh yang kuat, berjemur atau bermandikan cahaya matahari adalah antara cara untuk menambah sinar inframerah jauh di dalam tubuh manusia.
- Selepas bertelur, haiwan seperti penyu akan meninggalkan telurnya menetas dan anak-anaknya membesar di bawah pancaran cahaya matahari kerana kehadiran sinar inframerah  jauh di dalam cahaya matahari.
- Semua hidupan, dalam keadaan tertentu dapat memancarkan sinar inframerah jauh antara contoh ayam yang sedah menetaskan telur.
Sebagai orang kebanyakan, semua ini tidaklah terlalu penting untuk diketahui sebenarnya tetapi tidak pula menjadi suatu kerugian mengetahuinya melainkan anda menjadi lebih bijak..

Jom Melawat SYDNEY - AUSTRALIA





















Posted: 18 Nov 2011 01:27 AM PST
SEPERTI yang saya janjikan dalam post koleksi gambar cute anak kucing sebelum ini. Jadi kali ini akan dipaparkan pula beberapa keping koleksi gambar cute anak ayam. Sebab itulah saya memanggilnya – versi anaklah ayam.
Saya memang geram sangat bila tengok anak ayam. Sudahlah muka comel dan berbunyi kecil. Bulu pun halus-halus. Geram! Hahaha..
Koleksi Gambar Cute Versi Anaklah Ayam!
Bilalah adik aku ni nak menetas agaknya? Dah hampir nak berbulu pelepah dah aku tunggu ni.. Adoi..
Koleksi Gambar Cute Versi Anaklah Ayam!
Taknak balik umah! Apa senyum-senyum! Apa korang ingat remaja manusia sajakah pandai lari dari rumah? Sedih ni.. Isk3..
Koleksi Gambar Cute Versi Anaklah Ayam!
Bila masa la makan tengahari ni sampai? Mau kebulur menunggu ni..
Koleksi Gambar Cute Versi Anaklah Ayam!
Inilah dia rupa pemenang ‘pertandingan menetas terpantas’ kita pada musim mengeram kali ini.
Koleksi Gambar Cute Versi Anaklah Ayam!
Baja apa la ntah yang tuan aku tabur tadi. Tak hadam betul dek perut aku. Hadoh..
Koleksi Gambar Cute Versi Anaklah Ayam!
Musykil betul aku. Ni betulkah cengkerang aku ni? Rasa cam aku tak muat jak masuk dalam ni..
Koleksi Gambar Cute Versi Anaklah Ayam!
Cuba korang teka. Aku anak ayam ke anak burung? Tengok betul-betul paruh aku tu. (Aku bukan ngntuk la, tu adalah sejenis penyamaran taw. Hehee..)
Koleksi Gambar Cute Versi Anaklah Ayam!
Woi.. Apa ni wei! Aku dah menetas la. Napa masukkan aku sekali dalam tray telur ni?
Koleksi Gambar Cute Versi Anaklah Ayam!
Psstt.. Man! Semua dah tido la wei. Jom2.. gi stor baja belakang kandang.
Oppsss!!!
Koleksi Gambar Cute Versi Anaklah Ayam!
Apa yang korang bisik tu? Mengumpat siapa tu?