Posted: 20 Jan 2012 06:45 AM PST
Ketika
menerangkan mengenai bulan dan matahari dalam Al-Qur'an, ianya
ditekankan bersama bahawa setiap satunya mempunyai laluan orbit
tertentu;
Dia yang menjadikan malam dan siang, matahari dan bulan, setiap mereka berenang di falak (tempat peredarannya).
(Surah al-Anbiya; 33)
Dalam ayat lain dinyatakan juga bahawa matahari sebenarnya bukan objek yang statik tetapi juga mempunyai orbitnya tertentu;
Dan matahari beredar di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang maha Perkasa dan maha Mengetahui.
(Surah Yaasin;38)
Fakta
yang dikemukakan dalam Al-Qur'an ini telah ditemui melalui pemerhatian
astronomi hari ini. Berdasarkan kepada kiraan pakar-pakar astronomi,
matahari bergerak dalam kelajuan yang besar selaju 720, 000 km sejam
mengarah ke bintang Vega dalam satu orbit tertentu dalam sistem Solar
Apex. Ini bererti matahari bergerak sejauh 17,280,000 km sejam secara
anggaran. Bersama-sama dengan matahari, dan semua planet dan satelit
yang berada dalam lingkungan sistem graviti matahari (sistem solar) juga
turut bergerak pada jarak yang sama. Sebagai tambahan, semua bintang
dalam alam semesta adalah berada dalam satu persamaan pergerakan yang
telah ditentukan.
Klik di sini untuk melihat sumber dari bukan islam
Lanjutan hal ini, iaitu alam semesta dipenuhi dengan lintasan dan orbit telah dimaktubkan di dalam Al-Qur'an;
Demi langit yang mempunyai jalan-jalan.
(Surah az-Dzariyat;7)
Terdapat
lebih kurang 200 bilion galaksi dalam alam semesta, yang mengandungi
hampir 200 billion bintang setiap satu. Kebanyakan dari bintang-bintang
ini mempunyai planet-planet dan kebanyakan dari planet ini mempunyai
satelit. Semua objek-objek langit ini bergerak menepati orbit-orbit yang
telah dicongak. Untuk berapa juta tahun, semuanya 'berenang' melintasi
orbit masing-masing dalam keseimbangan dan susunan yang sempurna
bersama-sama dengan yang lain. Selanjutnya, bilangan komet yang banyak
juga bergerak bersama dalam orbit-orbit yang telah ditentukan untuk
mereka.
Orbit-orbit
dalam alam semesta bukan sahaja dimiliki oleh jasad-jasad langit ini,
tetapi juga dimiliki oleh galaksi-galaksi yang bergerak pada kelajuan
yang besar dalam orbit-orbit yang telah ditetapkan. Sewaktu dalam
pergerakan, tidak ada satupun objek langit ini yang memotong orbit atau
bertembung dengan objek lain.
Suatu
yang pasti, ketika Al-Qur'an di turunkan manusia tidak mempunyai
sebarang teleskop seperti hari ini atau teknologi pemerhatian yang maju
untuk memerhati jutaan kilometer ruang angkasa, dan juga tanpa
pengetahuan fizik atau astronomi yang moden. Dengan hal ini, ianya suatu
yang mustahil ketika itu untuk menentukan secara saintifik bahawa ruang
langit 'dipenuhi dengan lintasan dan orbit' seperti yang dinyatakan
dalam Al-Qur'an. Bagaimanapun, hal ini secara jelas diterangkan kepada
manusia dalam Al-Qur'an yang diwahyukan ketika itu -kerana Al-Qur'an
sebenarnya adalah kalam Tuhan.