Jumaat, 3 Februari 2012

Alhamdulillah, rawatan melalui internet berkesan bagi kes gastrik!

Pada 30 Januari, saya telah meng “UPLOAD” sebuah artikel bertajuk GASTRIK & ULCER PUNCA DAN RAWATAN alternatif. Artikel ini juga alhamdulillah telah dihantar ke Laman TKO dan diterbitkan pada Jumaat 2 Februari 2007.

Ekoran dari artikel ini, saya telah menerima banyak juga email dari mereka yang ingin bertanya lebih lanjut berkenaan gastrik. Antara email tersebut saya terima dari sdr saya namakan XYZ. Berikut adalah email dari XYZ


To: kangmasjb@hotmail.com
Subject: Gastrik
Date: Fri, 02 Feb 2007 12:45:42 +0800

Assalamualaikum,
Saya amat tertarik dengan artikel tuan mengenai tajuk di atas
kerana saya sendiri mengalami masalah gastrik. Apa yang sangat
menarik minat saya ialah senarai makanan yang perlu dielakkan
sebagaimana yang tuan senaraikan. Daripada artikel berkenaan, saya
dapat merumuskan bahawa tuan mempunyai kebolehan untuk membuat
rawatan tradisional bagi pesakit gastrik. Jika boleh saya ingin
meminta sedikit pandangan dan nasihat daripada tuan - apakah
makanan harian bermula daripada sarapan pagi hingga makan malam
yang amat sesuai untuk diamalkan oleh pesakit gastrik? Saya pernah
dinasihatkan untuk mengamalkan habatul sauda. Namun begitu saya
rasa kurang sesuai kerana ada rasa seperti kopi dalam habatul
sauda. Apabila saya minum habatul sauda, rasa kopi menyebabkan
perut kurang selesa dan sukar tidur malam,
Sekian, Terima Kasih.
(XYZ)


Setelah menerima email dari sdr XYZ tersebut, saya telah menulis membalas email tersebut pada hari yang sama seperti berikut:

From: 
To: XYZ@hotmail.com
Subject: RE: Gastrik
Date: Fri, 02 Feb 2007 16:43:37 +0800

Waalaikumsalam wbt
Elakkan dari mengambil susu rendah lemak atau susu high low. Orang
barat menakutkan kita semua dari minum susu biasa (fullcream).
Sebenarnya mereka ini membuat fitnah. Insya Allah susu lembu biasa
(atau susu tepungnya) mengandungi khasiat rawatan penyakit gastrik.
Bila anda menggunakan susu rendah lemak, HL atau Anlene, khasiat
ini telah hilang.

Bila keadaan gastrik masih kerap, elakkan dari makan roti kerana ia
mengandungi yeast. Gantikan dengan biskut  cream cracker adalah
lebih baik.

Roti naan dan piza ada mengandungi yeast juga, elakkan.

Perbanyakkan makan nasi lebih baik bagi makan tengahari dan malam.

Selain dari mengamalkan nasihat yang saya berikan di internet, saya
mencadangkan :

1. pagi minum susu (boleh campur horlick) dengan biskut cream
cracker atau kuih (tidak mengandungi pulut atau ubi atau keledek
atau kentang)
2. 10.30 minum susu dengan kuih atau biskut
3. tengahari  makan nasi dan elakkan sayuran yang berangin seperti
sayur nangka, pisang dsb. Jangan minum air batu selepas makan atau
air manis. Berubah kepada air suam selepas makan tengahari.

4. pukul 4 ptg minum susu dengan biskut atau kuih. Elakkan kuih
yang ada yeast seperti donat, kuih dari pulut dan yang pedas. Juga
elakkan makanan dari ubi, keledek, keladi dan kentang.
5. Makan malam dengan nasi (bukan roti) disudahi air suam.
6. Sebelum tidur minum susu lagi.
7. Elakkan teh, nescafe, sunquick, orange squash, milo, air limau
8. Elakkan makanan mengandungi cuka.
9. Kalau boleh cari jus mengkudu pun baik juga dan lebih baik buat
sendiri (optional)
10. Elakkan ubat doktor dan habbatusauda jenis minyak serta milk of magnesia

InsyaAllah kalau diamalkan angin berkurang dan selepas 2 bulan
gastrik dah lega.

Hubungi saya sekiranya selepas mengamalkan amalan ini, penyakit sdr
masih tidak berkurang.

Wassalam wallahualam.

Emjay

Selepas membalas email sdr XYZ, kami tidak berhubungan dan saya tidak tahu sebarang perkembangan dari XYZ. Alhamdulillah pada pagi ini, 1 Mac 2007 saya terlihat email dari xyz yang saya lampirkan seperti berikut:

From: XYZ
To: kangmasjb@hotmail.com
Subject: RE: Gastrik
Date: Thu, 01 Mar 2007 08:19:03 +0800

Assalamualaikum,
Terima kasih di atas panduan dan nasihat Tuan. Alhamdulillah ada
perubahan yang baik. Disini saya ingin mendapatkan pandangan dan
nasihat dari Tuan, jika tidak keberatan  tentang masalah gout. Sejak
akhir-akhir ini saya sering menghadapi masalah gout walaupun saya
amat jarang mengambil udang, sotong, daging dan sebagainya. Jadi
boleh kah Tuan berikan sedikit panduan tentang permakanan yang perlu
saya elakkan untuk mengatasi masalah gout ini. Sekian, terima kasih.

XYZ

Alhamdulillah di atas kurnia rahmat Allah kepada XYZ. Saya sekadar memanjangkan sedikit ilmu yang dikurniakan Allah, semoga Ia redha dengan apa yang saya lakukan.

Saya telah membalas email tersebut dan memberikan petua / tips mudah-mudahan sembuh dari penyakit gout.

Sekian wassalam wallahualam.

SIHAT VS SAKIT: Rawatan GERD dan hernia

SIHAT VS SAKIT: Rawatan GERD dan hernia: SOALAN: DOKTOR, Saya baru-baru ini pergi menjalani ujian endoskopi di sebuah hospital kerajaan. Hasil dari ujian tersebut, saya telah ...

SIHAT VS SAKIT: Rawatan GERD dan hernia

SIHAT VS SAKIT: Rawatan GERD dan hernia: SOALAN: DOKTOR, Saya baru-baru ini pergi menjalani ujian endoskopi di sebuah hospital kerajaan. Hasil dari ujian tersebut, saya telah ...

Elakkan Angin Pasang Berulang

PESAKIT hernia boleh mengalami penyakit itu semula dalam masa beberapa bulan atau setahun selepas dibedah. Hal ini mungkin akibat pembedahan yang dilakukan.

Namun, bila ia terjadi setelah dua tahun atau lebih, nampaknya terjadi kelemahan fascia (tisu perantara yang membentuk sarung bagi otot-otot dan lapisan perlindungan yang mengelilingi organ lembut ataupun mudah tercedera tepat di bawah kulit) yang progresif.

‘‘Hati-hati bila hernia berulang. Kemungkinan besar hernia berkembang menjadi hernia inkarserat dan terjerut.
‘‘Untuk mencegahnya, pesakit harus menghindari hal-hal yang dapat meningkatkan tekanan di dalam rongga perut misalnya batuk dan bersin yang kuat, sembelit, meneran serta mengangkat barang berat,’’ saran beliau.

Misalnya, menghindari batuk-batuk yang berterusan dan berhenti merokok bagi pesakit yang mempunyai tabiat buruk itu. Sekiranya sukar membuang air kecil atau besar, jangan sampai meneran. Sebaliknya segera berubat dan diatasi dulu.

Andai pekerjaan pesakit membabitkan mengangkat beban berat, minta agar diberikan tugasan lain atas alasan perubatan. Pada wanita yang obes, dianjurkan mengurangi berat badannya.

Kesimpulannya, yang penting adalah menangani hernia sejak peringkat awal dan mengambil langkah- langkah pencegahan risiko lanjutan.

Hernia angin pasang – Usus terjulur keluar

Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN
ANDA perasan, ada benjolan sebesar telur puyuh di celah kelangkang. Benjolan itu timbul semasa anda batuk, bersin, berdiri, berjalan, berlari atau melakukan aktiviti fizikal lain.
Namun, ia tidak kelihatan seolah-olah bersembunyi dan menghilangkan dirinya apabila anda berbaring mahupun terjaga dari tidur pada waktu pagi keesokan harinya.
Lazimnya, ia tidak mendatangkan apa-apa kesakitan, cuma rasa agak kurang selesa, malah ada benjolan yang masuk semula dengan sendirinya.
Kanak-kanak mempamerkan simptom klasik – kelihatan resah gelisah dan sering menangis sambil teriakannya diiringi dengan benjolan tenggelam timbul, selalunya pada bahagian pusat.
Benjolan itu makin ketara apabila si comel menggeliatkan tubuhnya. Perutnya pula kelihatan kembung. Benjolan yang ditolak secara lembut agar memasuki dinding otot semula biasanya berjaya memulihkan keadaan.
Jika gagal, segeralah berjumpa doktor kerana dibimbangi isi hernia terjerut sehingga menyebabkan gangguan peredaran darah yang boleh mengancam nyawa bayi anda terutamanya jika benjolan menjadi keras dan bayi (khususnya enam bulan ke bawah) mengalami muntah-muntah.
Anda mungkin pernah mendengar orang tua-tua bercakap tentang angin pasang, uluran dan burut. Inilah dia. Pakar-pakar perubatan pula memanggilnya sebagai hernia.
Walaupun namanya boleh sahaja membayangkan seorang perawan dengan rupa paras yang menarik, hakikatnya lebih ramai lelaki yang menghidapi hernia, 1:10.
Pakar Pembedahan dan Endolaparoskopi, Hospital Pakar Putra (Batu Pahat), Johor, Dr. Chan Kin Yoong berkata, hernia merupakan satu lubang atau kelemahan otot pada bahagian badan hingga mengakibatkan kandungan dalaman badan menonjol keluar.
‘‘Kecacatan otot di badan boleh terjadi sejak kelahiran, dikenali sebagai hernia kongenital manakala jenis acquired melibatkan kerosakan otot badan disebabkan oleh kecederaan, pembedahan atau tekanan dalam badan berpunca daripada batuk berkali-kali, angkat berat, sembelit dan sukar membuang air kecil.
‘‘Bahagian badan menonjol keluar apabila seseorang itu mengemut atau berdiri. Kalau komplikasi terjadi, perut akan mengembung, sakit, muntah dan tidak boleh buang air besar,’’ ujar beliau.
Nama penyakit ini berasal dari bahasa Latin, herniae, yang bererti penonjolan isi suatu rongga melalui tisu nipis yang lemah pada dinding rongga itu.
Dinding rongga yang lemah itu membentuk suatu kantung dengan pintu berupa cincin. Gangguan ini sering terjadi di bahagian perut dengan isi yang keluar berupa bahagian dari usus,
Menurutnya, umum beranggapan bahawa hernia merupakan gangguan kesihatan yang hanya terjadi di kalangan individu yang telah lanjut usia. Padahal, ia juga boleh terjadi pada kanak-kanak dan lebih sering dialami kaum Adam berbanding Hawa.
‘‘Ini terjadi kerana adanya perbezaan proses perkembangan alat reproduksi lelaki dan wanita semasa janin.
‘‘Pada janin lelaki, testis (buah zakar) turun dari rongga perut menuju skrotum (kantung kemaluan) pada bulan ketujuh hingga kelapan usia kehamilan.
‘‘Lubang yang berupa saluran itu akan tertutup menjelang kelahiran atau sebelum anak mencapai usia setahun. Ketika dewasa, bahagian itu dapat menjadi titik lemah yang berpotensi mengalami hernia,’’ kata Dr. Chan.
Pesakit sering mengeluh adanya benjolan yang tidak menyakitkan namun cukup mengganggu, bergantung berapa besar penonjolannya. Penonjolan muncul kerana adanya kelemahan anatomi pada otot dinding perut, menyebabkan penonjolan di tempat yang lemah.
Keadaan menjadi lebih parah apabila ada dorongan akibat peningkatan tekanan di dalam rongga perut. Misalnya, akibat meneran ketika buang air, batuk, bersin atau mengangkat bebanan berat.
Pada bayi dan anak-anak, hernia merupakan keadaan bawaan sejak lahir (kongenital) dan berisi cairan dan tidak semestinya hernia inguinal yang berisi bahagian usus.
Mengulas lanjut, katanya, hernia pada kanak-kanak terjadi oleh kerana hubungan antara rongga perut dan kantung kemaluan, yang merupakan tempat testis bergerak turun dari rongga perut ke kantung kemaluan ketika bayi masih dalam kandungan.
Pada orang dewasa, hernia terjadi disebabkan dua faktor utama.
‘‘Pertama, adanya otot dinding rongga, misalnya perut yang lemah. Kedua, dorongan yang menyebabkan tekanan di dalam rongga perut meningkat. Biasanya hernia pada orang dewasa ini terjadi pada usia lanjut kerana pada umur tua otot dinding rongga perut melemah.
‘‘Seiring pertambahan usia, organ dan tisu tubuh mengalami proses kemerosotan. Pada wanita, kegemukan juga dapat memungkinkan timbulnya bahagian yang lemah.
‘‘Keadaan-keadaan tersebut, jika ditambah dengan faktor kedua tadi, dapat mengakibatkan usus terdorong ke dalam bahagian yang lemah tadi lalu menonjol ke luar,’’ jelasnya.
Kebiasaan merokok, penyakit yang mengenai tisu dan diabetes melitus juga dapat mempengaruhi timbulnya hernia. Ketiga-tiganya mempunyai kaitan dengan gangguan metabolisme pada tisu.
Dalam kes hernia ringan, bahagian usus yang keluar dapat masuk kembali ke rongga perut jika pesakit berbaring atau didorong sendiri oleh pesakit.
Berita buruknya apabila hernia sudah masuk ke tahap takterturunkan. Pada peringkat ini, isi hernia yang keluar tidak boleh masuk kembali meskipun ditolak dari luar.
Terang Dr. Chan: ‘‘Kita juga perlu waspada jika cincin hernia berdiameter kecil. Bila sudah ada usus yang keluar ditambah tekanan rongga perut yang meningkat, bahagian usus dapat keluar lebih banyak.
‘‘Jika berterusan begitu tanpa rawatan, ia boleh menjadi hernia inkarserat. Bahagian usus yang terjulur keluar tidak dapat kembali ke tempat asalnya.
“Atau menjadi hernia tercekik kerana usus yang terkeluar tadi dapat mengalami pembusukan dan mati akibat tidak mendapat bekalan darah (gangren).’’
*Rawatan
Hernia pada orang dewasa seelok-eloknya ditangani seawal mungkin. Bila didiamkan dan bertambah parah, nyawa mampu menjadi taruhannya.
‘‘Terapinya tak ada jalan lain, kecuali pembedahan,’’ tegas Dr. Chan. Tidak ada ubat yang dapat menyembuhkan kerana puncanya melibatkan keadaan anatomi yang melemah atau mengalami kelainan.
Pembedahan untuk menangani hernia ini merupakan yang kedua paling kerap selepas operasi apendiks.
Di kalangan orang dewasa, pembedahan dilakukan untuk menutup lubang dan memperkuatkan bahagian yang lemah. Otot perut dirapatkan menutupi lubang yang ada.
Pada zaman dahulu, pembedahan dilakukan dengan menempatkan pesakit dalam posisi kepala di bawah agar isi hernia masuk kembali ke rongga perut oleh graviti bumi.
‘‘Pembedahan tidak harus segera kecuali bagi hernia inkarserat dan tercekik, ia harus segera dilakukan. Jika tidak, bahagian isi hernia yang terjerut boleh membusuk dan menjadi sumber infeksi ke seluruh dinding usus (peritonitis). Akibat yang lebih buruk adalah kematian,’’ katanya.
Setelah operasi, ada sesetengah pesakit mengadu bahagian yang dibedah seperti tertarik dan berasa nyeri (sakit seperti ditusuk jarum).
Untuk mengatasi keluhan tadi, kini tersedia jala sintetis yang dikenal dengan mesh.
Selain pembedahan konvensional, kini terdapat rawatan menggunakan teknik bedah laparoskopi yang menawarkan beberapa kelebihan, antara lain, luka surgeri yang kecil sehingga mempengaruhi penyembuhan yang lebih cepat.
‘‘Pada kanak-kanak yang belum mencapai usia satu tahun, biasanya pembedahan tidak dipertimbangkan kerana lubang diharap akan tertutup sendiri selaras tumbesarannya.
‘‘Namun, jika setelah berusia setahun lubang masih terbuka, doktor akan menganjurkan surgeri kerana kalau dibiarkan, lubang dapat bertambah besar. Ketika anak mulai berjalan dan semakin aktif, lubang tadi dapat terus membesar akibat dorongan terus-menerus.
‘‘Akibatnya, tidak hanya cairan yang keluar, usus pun dapat keluar, sehingga berlanjutan menjadi hernia,’’ ujar Dr. Chan sambil menambah, pada kanak-kanak, tindakan hanya ditujukan untuk menutup lubang.
Terapi tanpa bedah berupa pemakaian penopang hanya bersifat menyokong, sama sekali tidak memperbaiki hernia itu, apalagi menyembuhkannya.
Cara ini diperuntukkan bagi pesakit yang menolak pembedahan atau keadaan yang tidak mengizinkannya untuk dibedah.
Namun, untuk penderita yang menolak pembedahan, keadaan penyakitnya boleh memasuki tahap lanjut dan akhirnya tetap memerlukan pembedahan.
Malangnya, pada keadaan ini, surgeri akan menjadi lebih sukar, apalagi kalau sampai isi hernia tidak boleh dimasukkan kembali atau membusuk.

Elakkan hernia berulang

PESAKIT hernia boleh mengalami penyakit itu semula dalam masa beberapa bulan atau setahun selepas dibedah. Hal ini mungkin akibat pembedahan yang dilakukan.
Namun, bila ia terjadi setelah dua tahun atau lebih, nampaknya terjadi kelemahan fascia (tisu perantara yang membentuk sarung bagi otot-otot dan lapisan perlindungan yang mengelilingi organ lembut ataupun mudah tercedera tepat di bawah kulit) yang progresif.
‘‘Hati-hati bila hernia berulang. Kemungkinan besar hernia berkembang menjadi hernia inkarserat dan terjerut.
‘‘Untuk mencegahnya, pesakit harus menghindari hal-hal yang dapat meningkatkan tekanan di dalam rongga perut misalnya batuk dan bersin yang kuat, sembelit, meneran serta mengangkat barang berat,’’ saran beliau.
Misalnya, menghindari batuk-batuk yang berterusan dan berhenti merokok bagi pesakit yang mempunyai tabiat buruk itu. Sekiranya sukar membuang air kecil atau besar, jangan sampai meneran. Sebaliknya segera berubat dan diatasi dulu.
Andai pekerjaan pesakit membabitkan mengangkat beban berat, minta agar diberikan tugasan lain atas alasan perubatan. Pada wanita yang obes, dianjurkan mengurangi berat badannya.
Kesimpulannya, yang penting adalah menangani hernia sejak peringkat awal dan mengambil langkah- langkah pencegahan risiko lanjutan.
Jenis-jenis hernia
Terdapat beberapa jenis hernia yang biasa ditemui. Namanya disesuaikan mengikut tempat kejadiannya pada tubuh. Kebanyakannya berlaku di abdomen.
* Hernia inguinal (pemecahan) paling kerap ditemui di mana penonjolan sak peritoneum yang mengandungi lemak atau sebahagian usus, melalui dinding abdomen bawah (pelipat paha)
* Apabila sebahagian usus menonjol pada bahagian atas paha melalui titik arteri femoral dari abdomen ke paha, ia disebut hernia femoral. Wanita lebih banyak mengalami hernia jenis ini
* Di pusat, hernia umbilikal, paling biasa di kalangan kanak-kanak
* Di sekat rongga badan digelar hernia berdiafragma kongenital, kecacatan sejak lahir yang selalunya memerlukan pembedahan
* Hernia insisional, yang terjadi selepas pembedahan. Ini kerana, pasca pembedahan biasanya kekuatan tisu tidak seratus peratus kembali seperti semula. Bahagian itu kemudiannya menjadi lemah dan boleh mengalami hernia
* Hernia hiatus, satu bukaan kecil pada diafragma (otot nipis bermembran berbentuk kubah yang memisahkan ruang-ruang torasik dan abdomen yang memainkan peranan penting dalam pernafasan) yang menyebabkan bahagian atas perut naik ke atas ke bahagian dada.
* Hernia inkarserat, hernia yang bengkak dan tetap di dalam saknya
* Hernia takterturunkan adalah hernia yang tidak dapat dikembalikan ke tapak normal
* Hernia tercekik merupakan hernia yang terputus daripada bekalan darahnya, menjadi sakit dan akhirnya bergangren
Tip-tip pencegahan
* Kekalkan berat badan ideal yang disesuaikan dengan ketinggian. Berbincanglah dengan doktor atau pakar diet tentang pola makan sihat dan program latihannya jika anda berasa tubuh berlebihan berat
* Jadikan buah-buahan, makanan vegetarian dan makanan yang diperbuat dari beras atau gandum sebagai sebahagian dari diet anda. Makanan ini tidak hanya baik untuk tubuh tetapi juga mengandungi banyak serat yang akan menghindari tubuh daripada mengalami masalah sembelit dan meneran
* Berhati-hatilah ketika mengangkat bebanan yang berat. Jika itu tidak dapat dielakkan, angkatlah dengan cara membengkokkan lutut anda dan bukannya bahagian punggung atau jangan mengangkatnya sama sekali!
* Berjumpalah doktor apabila berasa sakit. Jika mengalami batuk yang lama akibat dingin atau bersin terus-menerus disebabkan alergi, berjumpa doktor untuk merawat batuk dan mengambil ubat alahan. Berhenti merokok. Rokok dapat menyebabkan batuk yang berpanjangan dan hal ini akan menegangkan otot perut.
Soal jawab lazim
Bagaimana mengenal pasti hernia (diagnosis)?
Doktor akan minta anda batuk, mengemut atau berdiri untuk melakukan pemeriksaan fizikal. Bahagian yang menonjol keluar boleh ditekankan masuk dengan tangan.
Pada anak-anak, doktor akan melakukan palpasi dengan cara meraba isi hernia tersebut dengan hujung jarinya, apakah masih boleh dimasukkan kembali ke dalam perut atau tidak. Rawatan yang akan dilakukan bergantung dari pemeriksaan tersebut.
Kenapa hernia patut dibedah?
Semua hernia harus dibedah. Usus boleh menonjol keluar melalui lubang hernia, mengakibatkan usus tersumbat. Pengaliran darah ke usus terganggu dan akhirnya usus bocor dan mati
Bilakah pembedahan patut dilakukan?
Semua hernia patut dibedah awal selepas berjumpa doktor, biasanya dalam masa beberapa hari atau minggu. Bagaimanapun, hernia yang berkomplikasi mesti dibedah secara kecemasan.
Jenis pembedahan yang biasa dilakukan
Kegunaan jaring atau mesh untuk menampal lubang dengan cara pembedahan terbuka atau tebukan laparoskopi
Apa itu pembedahan laparoskopi untuk hernia?
Laparoskopi menggunakan kamera dan peralatan panjang untuk menebuk bahagian badan. Ia boleh menampal tempat hernia yang berlubang dengan mesh atau jaring. Cara baru ini mengurangkan kejadian hernia berulang. Parut dan kesakitan pun kurang.
Adakah jaring atau mesh itu selamat di dalam badan?
Mesh diperbuat daripada sejenis plastik (polypropylene). Ia tidak mengandungi protein. Maka ia tidak mengakibatkan alahan atau penolakan di badan.
Apa yang harus dilakukan jika mesh dijangkiti kuman?
Infeksi mesh jarang berlaku. Biasanya komplikasi ini boleh dirawat dengan antibiotik tanpa pembedahan kedua.
Jenis hernia yang manakah boleh dibedah secara harian (day care)?
Hernia seperti inguinal, umbilikal, femoral atau insisional boleh dibedah secara harian, bermaksud pesakit boleh datang dan balik ke rumah selepas pembedahan pada hari yang sama. Hernia yang besar atau berkomplikasi tidak boleh dibedah secara harian. Hernia yang kecil boleh dibedah dengan bius setempat sahaja.
Bolehkah saya dibedah jika mempunyai masalah perubatan lain?
Kebiasaan pesakit yang ada penyakit seperti jantung, diabetis, tekanan darah tinggi yang terkawal boleh dibedah dengan selamat. Ada sebahagian pesakit perlu diperiksa oleh pakar perubatan dan pakar bius sebelum pembedahan diizinkan.
Berapa lamakah masa diambil untuk sembuh?
Pesakit sembuh dengan cepat dalam masa beberapa hari sahaja. Pesakit boleh menjalankan rutin seharian seperti biasa, tanpa gangguan dengan selamat.
Bilakah saya boleh kembali bekerja?
Kerja-kerja pejabat boleh dimulakan dalam 2-3 hari. Pesakit boleh memandu kereta ke pejabat. Kerja ringan boleh dijalankan dalam 10-14 hari. Kerja berat memerlukan 3-4 minggu rehat.
Bilakah saya boleh mula bersukan?
Tiga hingga empat hari selepas pembedahan, pesakit boleh berjalan pantas, berenang dan joging. Lima hingga tujuh hari selepas pembedahan, pesakit boleh bermain golf, bermain ski dan kasut luncur, boling, bola lisut dan memanjat.
Selepas 10 hingga 12 hari pembedahan, pesakit boleh bermain tenis, berbasikal dan menyertai sukan memanjat gunung bermotosikal. Dua minggu selepas pembedahan, tiada sekatan untuk sukan seperti bola sepak, hoki, angkat berat dan besbol.

Apa Itu Rawatan Akupunktur


Pengenalan Tentang Kaedah Rawatan Akupunktur China



AKUPUNTUR adalah sejenis perubatan yang menggunakan teknik tusukan jarum-jarum halus pada titik-titik tertentu badan yang dikenali sebagai ‘Acupuncture Point’. Rawatan jenis ini boleh dikatakan diguna oleh semua masyarakat kuno yang bertamadun awal seperti orang-orang Bunti Afrika, Arab Tigris, Mesir Kuno, India dan China. Dikalangan ahli-ahli perubatan, mereka memberi penghurmatan kepada China, kerana pengamalan jenis ini banyak diamalkan oleh rakyat jelata sejak 4000 tahun yang silam sampai kehari ini.



Sejarah juga membtuktikan bahawa bangsa China merupakan suku bangsa pertama didunia yang mencatit sejarah tentang Perubatan Akupuntur dengan lengkap dan tersusun yang ditulis oleh Maharaja China yang dinamakan sebagai ‘ Huang Ti The Yellow Emperor Canon of Medicine’ yang dikarang pada tahun 2000 sebelum Masehi (Terjemahan buku ini ada dalam simpanan Prof Dr Nik Omar yang didapatinya dari Beijing, China)



Pada zaman kuno orang-orang China menggunakan batu-batu tajam, kayu, buluh dan lain-lain sebagai asas perawatan untuk menekan atau menusuk dibahagian tertentu badan. Dizaman moden ini, alat-alat tersebut telah diganti dengan menggunakan jarum-jarum halus yang telah tersedia sucihama atau sterile, yang diperbuat daripada berbagai logam seperti ‘Jarum Silver, Copper dan Jarum Emas’

Diantara banyak jarum, Jarum Emas adalah yang termahal dan dikira sebagai jarum yang dapat mengeluarkan tenaga ‘qi’ yang 100 kali ganda kekuatan dari jarum silver. ( Jaum Emas ada dalam simpan Prof Dr Nik Omar yang didapatinya dari Negeri China )



Pada jarum-jarum ini sudah tersedia ada magnetik yang kita namakan sebagai kuasa ubat pada jarum tersebut. Sebab itulah bila ditusuk kesuatu titik khas dibadan, jarum-jarum tersebut akan mengeluarkan rasa seperti berdenyut-denyut, kebas, berat atau bengkak. Semua rasa-rasa ini yang dikenali sebagai ‘Deqi’ mengeluarkan arus letrik melalui apa yang dinamakan sebagai koleteral, channel atau meridian, yang kesmuanya bisa mengeluarkan kuasa qi yang secukupnya untuk melega atau menyembuhkan sesuatu penyakit.


Apakah bentuk akupunktur China



Dalam akupuntur ada berbagai teknik antaranya ialah:-



i) Akupuntur Klassik ( Menggunakan Jarum-Jarum Halus )

ii) Akupuntur Eletrik ( Menggunakan Stimulaor Letrik Voltage Rendah )

iii) Akupuntur Elektronik ( Mengggunakan alat-alat elektronik kecil )

iv) Akupuntur Bekam Darah ( Acu-Bekam Mengeluarkan Darah Kotor )

v) Akupuntur Bekam Angin ( Acu-Bekam Sedut Angin Keluar Dari Badan)

vi) Akupuntur Mosibusi ( Akupuntur menghangatkan pada titik tertentu)

vii) Akupuntur Kepala ( Scalp Acupuncture )

viii) Akupuntur Telinga ( Auricular Acupuncture )

ix) Akupuntur Mata ( Eye Acupuncture / Iridology )

x) Akupuntur Kaki ( Foot Acupuncture / Reflexology )

xi) Akupuntur Urut ( Acupressure / Shiatu / Massage, Reiki )

xii) Akupuntur Homeopati ( Integrated Homeopathic & Acupuncture - Homeopuncture ), dll



Apakah tusukan jarum akupunktur menyakitkan



Kebiasaannya tusukan jarum akupuntur dimana-mana bahagian badan tidak mendatangkan apa-apa kesakitan kerana jarum-jarum yang digunakan adalah terlalu halus, lembut dan tajam. Jarum tersebut diletakkan dibahagian lapisan atas kulit sahaja diantara 1 ‘cun’ hingga 2 ‘cun’ atau 0.5cm hingga 1 cm sahaja. Kalau pun sakit, ianya bagai digigit semut pada tusukan pertama sahaja.


Apakah jarum akupunktur bahaya



Jarum akupuntur moden telah datang dalam keadaan siap dalam packing yang telah disuci-hama atau sterile. Setiap pengamal akupuntur sudah pasti pegang jarum tersebut terlebih dahulu sebelum menusujkan kepada badan pesakit. Oleh itu jika ada bakteria atau hama tentu doktor dahulu yang dijangkitinya . Hal ini sama sekali tidak diingini oleh setiap doktor.

Anda tidak perlu khuatir setiap jarum akupuntur adalah bersih dan selamat.



Apakah jarum akupunktur merebak Aids



Belum pernah ada sejarah bahawa AIDS merenbak melalui jarum akupuntur.

AIDS hanya merebak melalui jarum yang tidak bersih, yang diguna pakai oleh penagih dadah, mereka bergilir-gilir menggunakan jarum yang sama dan menyuntik lebih dari berpuloh-puloh kali jarum yang sama, tanpa bersih, tanpa rebus atau tanpa di masukkan kedalam autoclave.



Apakah beza antara jarum akupunktur dengan jarum biasa



Jarum biasa mempunyai ukuran badan yang besar dan keras. Didalammnya berongga untuk mengalirkan ubat-ubat sewaktu melakukan sesuatu suntikan. Suntikan dengan jarum-jarum ini mendatangkan kesakitan 80 - 90 %

Sementara Jarum Akupuntur, halus sebesar rambut yang diperbuat daripada logam khas bermagnet, tidak ada lubang, tidak berkarat dan tidak boleh patah. Sakit pada suntikan jarum akupuntur hanya 5 % sahaja.

Bagi orang-orang yang takut pada jarum atau orang-orang sensitif, kesakitan boleh mencapai 20 % Boleh dikatakan 80 % pesakit menyatakan tidak mengalami apa-apa kesakitan.



Apa yang dapat disembuhkan oleh perubatan akupunktur.



Sebenarnya banyak penyakit dapat dimanafatkan oleh pesakit melalui rawatan akupuntur. Badan Kesihatan Dunia, WHO telah menggariskan penyakit-penyakit yang disenaraikan disini adalah baik untuk rawatan akupuntur :


Sistem Pernafasan Gangguan Mata

Resdung / Sinusitis Sakit Mata Awal / conjunctivitis

Selsema / Rhinitis Radangan Retina / retinitis

Selsema Berair Myopia Pada kanak-Kanak

Tonsilitis Katarat


Gangguan Pencernaan Gangguan Mulut

Spasm pada esophagus Sakit Gigi

Tersedu / hiccough Sakit Gusi

Gastroptosis Sakit Halkum

Gastrik

Duodenal Ulcer, Colitis Sistem Pernafasan

Sembelit, Cirit Birit Batuk Bronkitis

Paralysis Usus Asma Bronkial



Neurological and Musculo-Skeletal Disorder

( Rawatan Yang Dianggap Terbaik Pada Akupuntur )



Sakit Kepala dan Migrin

Sakit Urat Saraf Muka atau kepala

Lumpuh Sebelah Muka / Bell Palsy

Kesan dari Strok / Lumpuh

Penyakit Meniere’s

Masalah Kencing Kerap atau Tidak boleh kencing

Frozen Shoulder atau Tennis Elbow

Sakit Belikat / Sakit Bahagian pinggang

Sakit Kerangka Punggong

Sakit Sendi Tulang


Dimana boleh hubungi kami



Di Kuala Lumpur : 118 Jalan Raja Laut [ Dekat Simpang KFC - PWTC ] Tel 03 4042 2020

Kejayaan Rawatan Alternatif

Kejayaan Melalui Rawatan Akupunktur
Testimonial Pesakit

1. Migrin Sembuh

Pesakit Mrs X, telah mengalami mingrin sejak 20 tahun lepas, berbagai cara perawatan telah dilakukan, namun sakit kepala berterusan. Setlah mencuba dengan rawatan akupunktur sebanyak 5 terapi. gejala sakit kepalanya berkurangan dan terus hilang dan semuh. Dari rekod Prof Dr Sir Nik Omar

Point yang dugunakan: DU 20, Extra 6, Li11, LI 4

Remedi Homeopati digunakan: Nux Vomica 30c & Iris ver. 200c.

2. Stroke - Boleh Berjalan Semula


Seorang Guru , Che Gu Y telah terkena strok secara tiba-tiba sehari sebelum Hari Raya Haji dan tidak boleh berjalan. Pada pagi hari Raya pesakit dibawa ke Kelinik Homeopati dan Akupunktur Dr Nik di Kubang Kerian. Setelah menjalan terapi akupunktur selama 3 kali serta dengan memakan ubat-ubatan homeopati dari dalam, pesakit terus boleh berjalan. Kes rekod Dr Nik

Ac Point yang digunakan: Ashi Point, DU 20, St 36 dan Scalp Acupuncture

Remedi Homeopati: Causticum 200 bid follow by Lyco 200 bds

3. Resdung Dan Akupunktur


Mengikut kes rekod dari Dr Tang Chunyu ,Anshan Central Hospital, China didapati sebanyak 50 kes perenial allergic rhinitis (Resdung) telah dibawa ke hospital ini untuk mendapatkan rawatan secara akupunktur telinga.

40 kes ( 80%) bertambah baik, 6 kes ( 12 %) memberi kelegaan 3 kes ( 6%) tidak ada apa-apa respon. Ini menunjukkan bahawa 98 % kes resdung seumpama ini mendapat respon yang baik melalui rawatan akupunktur.

4. Kayap Kelamin / Herpes Zoster


Dr Yao Kanyi dari Wuhan Hospital, China telah melapurkan bahawa 191 kes telah dirawat melalui kaedah akupunktur di Hospital Wuhan dimana 148 kes telah dirawat dengan kaedah Scalp Acupuncture. 90% kes berjaya dirawat sehingga lega, sementara 4 kes langsung tidak memberi kesan.

5. Bersalin Tanpa Bius


Mengikut rekod yang dilakukan oleh Prof Dr Sir Anton Jayasuriya dari Sri Lanka telah mengedalikan kes bersalin seorang wanita Sinhale dengan selamat tanpa menggunakan sebarang ubat bius biasa, malah beliau menggunakan titik-titik akupunktur untuk melegakan kesakitan diwaktu bersalin. Yang menajubnya ibu ini bersalin sambil tersenyum. Lihat rekod dalam buku 'Clinical Acupuncture' oleh Prof Anton.

6. Pembedahan Buasir / Haemorrhoid Operation

Dr Xiao Jifang dari Gangxi College of TCM, China telah membuat kajian terhadap 112 orang pesakit buasir yang telah mengalami kesakitan didubur setelah melakukan pembedahan buasir. 61 kes lelaki sementara 51 kes wanita. setelah melkaukan beberap terapi dengan kaedah akupunktur dengan menggunakan titik-titik B2 (Zanzhu), Hegu (LI4) dan Tangli (H5)

17 % gagal memberi respon yang baik sementara 84.9 % kesakitan didubur dapat dihentikan serta merta.

7. Pulehkan Pitam Kurang dari 1 minit.


Jika anda tidak pecaya, cuba gunakan titik akupunktur Rezhong DU 26 kepada pesakit yang mengalami pitam, tidak kira apa jenis pitam. Anda akan dapat sedarkan pesakit tersebut dalam tempuh kurang dari 1 minit, tanpa menggunakan apa-apa ubat. Selamat mencuba.

8. Lumpuh Muka / Bell Palsy


Tanyalah kepada En Mohammad Nordin dari Kampong Chicha, Kubang Kerian, dimana beliau hanya menjalani hanya satu terapi sahaja untuk memulihkan masalah lumpuh muka atau bell palsy yang dialaminya, tanpa memkan apa-apa drug kecuali ubat homeopati dari jenis causticum 30c.

Juga cuba tanya Che Gu Abdullah dari Kampong yang sama, yang mengalami masalah serupa, tetapi sudah sembuh melalui rawatan homeo-puncture dari doktor pakar homeopati Prof Dr Sir Nik Omar

9. Senggugut / Dysmenorrhoea


Mengikut catitan Dr Faridah Hamat dari Kelinik Homeopati & Akupunktur di Kuala Lumpur. Beliau telah memberi kelegaan hampir 80 % pesakit-pesakit yang mengalami masalah sakit bulanan / senggugut dengan menggunakan tusukan dengan Ac point Ren 4, 5 dan Hegu. Ubat homeopati yang digunakan ialah 'Mangnesian Phosphoricum 30c' Laman web beliau: www.geocities.com/dr_faridah

10. Anti Rokok


Dr Taufik Yap Abdullah dari Jengka telah melakukan penyelidikanya tersendiri untuk mengatasi masalah perokok dan beliau berjaya mengurangkan ketagihan merokok dua orang pesakit dengan menggunakan titik sedative DU 20 serta Quichi dalam 4 siri rawatan yang berselang 7 hari setiap sesi selama 30 minit.

11. Sakit Pinggang / Lumbago

Ac Hajjah Zaharah telah melakukan akupunktur hampir 10 orang pesakit setiap hari ( 300 orang pesakit dalam satu bulan ) Beliau boleh dianggap sebagi salah seorang ahli akupunktur wanita yang amat berjaya di Kelantan. Banyak kes-kes sakit pinggang atau sakit belakang telah dirawatnya melalui rawatan akupunktur dibahagian pinggang. Laman web beliau: www.geocities.com/dr_zaharah

12. Berdengong Dalam Telinga / Tinnitus


Prof H/Dr Che Musa merupakan salah seorang tenaga pengajar di Fakulti kami yang cukup aktif dalam mengembangkan perubatan homeopati dan juga akupunktur, Beliau banyak meyembuhakn kes-kes berdengung dalam telinga dengan menggunakan titik-titik akupunktur St7 Xiaguan, Si 19- Tinggomg dan SJ 21 -Ermen

13. Tersedu / Hiccough


Jika anda mengalami masalah tersedu yang berpanjangan, jangan risau anda cuba dapatkan seorang ahli akupunktur yang bertauliah dan berpengalaman, masalah tersedu yang anda alami - InshaAllah akan sembuh dengan hanya sekali rawatan sahaja - MashaAllah.

14. Darah Tinggi / Hypertension


Jika tekanan darah tinggi anda tidak mahu turun-turun dengan memakan berbagai jenis ubat. jangan takut untuk mencuba rawatan akupunktur. Dua titik utama yang dapat menurunkan tekanan darah anda dalam tempuh 1 jam ialah LIV3 - Taichong dan Hegu LI4. Pembuktian, cuba dahulu dan lihat kesannya. Rawatan akupunktur dalam kes tekanan darah tinggi amat menajubkan doktor-doktor Barat.

Satu lagi kes Seorang Wanita Melayu berusia 33 tahun
Berasal dari Melaka.
Kes Tekanan Darah Tinggi


Kes Tekanan Darah 180 - 220 dan bawa antara 90 - 110, tidak turun-turun walau
diberi berbagai jenis ubat.

Waniat ini cuba merawat dengan memakan ubat homeopati dan memakai laser [ refer: http://laser-profnik.blogspot.com ]

Setelah 2 minggu doktor terkejut, dimana tekanan darah tinggi turun ke paras hampir normal 130 / 90
Belum pernah turun begitu walau pun menukar bernagai jenis ubat.
Ini yang menajubkan.

15. Kencing Manis / Diabetes


Salah satu kebaikan rawatan akupunktur ialah dalam kes gula dalam darah yang terlampau tinggi. Cuba anda gunakan teknik Akupunktur dengan titik 'Sanyinjiao' atau SP6 dan ukur kembali kadar gula dalam darah selepas 45 minit menjalani terapi mengikut kaedah ini. Tanpa makan apa-apa ubat, ia bisa menurunkan kandungan guna dalam darah secara pelahan-lahan. Susah untuk mempercayainya, jika anda memiliki fikiran tidak menentu. Cuba dan lihat kesannya.

16. 204 kes Selaput Mata / Senile Cataract


Dr Wang Fulong dan Liu Lian dari TCM Academy Heilongjiang Province, China telah melapurkan 204 kes selaput mata yang dirawat di hospital tersebut mendapat respon yang baik melalui rawatan akupunktur. Hampir 94.96 % kes selaput mata tersebut telah dapat diatasi dengan sempurna dengan hanya menggunakan titik akupunktur Jingming

17. Uluran atau Burut / Hernia Sembuh


Pak Chik Zin , umur 70 tahun tiba-tiba tidak boleh bberdiri untuk meneruskan solat kerana sakit dibahagian telur zakar (testes) semakin menjadi-jadi. Selepas solat, Prof Dr Nik terus memeriksa masalah Pak Chik Zin dan didapat sah ia mengalami uluran angin atau hernia. Dr Nik terus memberi 4 titik akupunktur dibahagian paha dan Ren 3. Amat menajubkan sekali dengan hanya satu kali rawatan selama 30 minit. Gejala burut tersebut surut serta merta dan Pak Chik Zin boleh bangun dan berjalan sendiri..

18. Detok Penagihan Dadah / Drug Addict


Setiap hari kita menerima tidak kurang dari 2 hingga 3 orang penagih dadah yang mahu mendapatkan rawatan untuk membuang ketagihan sama ada heroin, ubat batuk, arak dan juga merokok. Di Hong Kong, penagihan dadah dirawat secara akupunktur untuk mematikan ketagihan atau detox. Ianya amat berkesan, maka pendekatan tersebut kami gunakan untuk mengatasi masalah penagihan dadah di Malaysia dan kami amat berbangga kerana hampir 50 % pesakit tersebut dapat dipulihkan [ tidak 100% ] melalui rawatan akupunktur dan homeopati serentak.

Rawatan ini dilakukan pada hari Selasa sahaja.



Talian Hotline kami: Kuala Lumpur 03 4042 2020

laser-profnik satu rawatan alternatif: Discover Your Inner Strength

laser-profnik satu rawatan alternatif: Discover Your Inner Strength: Are you concerned about maintaining healthy body system ? Concerned about pain or discomfort associated with aging or high levels of stress...

laser-profnik satu rawatan alternatif: Ingin Maklumat Lanjut Tentang Klinik Kami

laser-profnik satu rawatan alternatif: Ingin Maklumat Lanjut Tentang Klinik Kami: Klinik Homeopathy Dr Nik Omar alamat Klinik dan Kaedah Rawatan, sila layari laman http://www.homeopathymalaysia.org.my

laser-profnik satu rawatan alternatif: Ingin Maklumat Lanjut Tentang Klinik Kami

laser-profnik satu rawatan alternatif: Ingin Maklumat Lanjut Tentang Klinik Kami: Klinik Homeopathy Dr Nik Omar alamat Klinik dan Kaedah Rawatan, sila layari laman http://www.homeopathymalaysia.org.my

Hernia: Apakah Ia dan Apa Yang Perlu Anda Lakukan

Hernia berlaku apabila kecacatan kecil di dinding otot abdomen menyebabkan tisu yang lembut menonjol keluar. Ini kelihatan seperti bonjolan kecil pada kulit dan akan jelas kelihatan semasa anak batuk atau menggeliat. Keadaan yang biasa di alami oleh kanak-kanak ialah hernia pusat. Keadaan ini berlaku di bahagian pusat. Masalah ini disebabkan kelemahan otot pada dinding abdomen semasa kelahiran. Hernia inguinal berlaku di bahagian groin dan biasanya dialami oleh anak lelaki. Kecacatan ini berlaku selepas testikel telah turun ke dalam skrotum. Biasanya hernia pusat tidak memerlukan rawatan kerana keadaan ini akan pulih dengan sendirinya. Hernia inguinal juga boleh pulih sendiri tetapi jika sebahagian kecil usus terperangkap dalam hernia, ini perlu dibetulkan melalui pembedahan.
Hernia inguinal.Adakah keadaan ini serius?
Jika usus tidak terperangkap dalam hernia, keadaan ini biasanya tidak serius.
Tanda-tanda
  • Bonjolan tidak sakit di permukaan kulit berdekatan pusat atau groin yang menjadi besar semasa anak batuk, bersin atau menangis.
  • Muntah dan abdomen terasa sakit jika usus tersepit.
Apakah tindakan pertama?
Cuba tolak hernia dengan lembut. Hernia biasanya boleh ditolak masuk ke dalam dinding otot dengan mengenakan sedikit tekanan.
Perlukah saya berjumpa doktor?
Bawa anak berjumpa doktor dengan segera jika anda melihat bonjolan pada perut bayi yang berumur kurang enam bulan. Bawa anak berjumpa doktor dengan segera jika hernia menjadi keras dan bonjolan tidak masuk apabila ditolak dengan lembut atau anak mengalami kesakitan dan muntah.
Apakah tindakan doktor?
Jika hernia terasa keras atau tidak masuk semula, doktor akan merujuk anak kepada pakar pediatrik. Hernia tersebut mungkin perlu dibetulkan melalui pembedahan. Pembedahan bagi hernia sangat mudah. Jika umur anak anda kurang enam bulan dan dia menghidap hernia inguinal, doktor mungkin akan mengesyorkan pembedahan untuk mengelak usus dari tersepit.
Bagaimanakah saya boleh membantu?
  • Selagi hernia pusat masih wujud, lakukan pemeriksaan dengan kerap, misalnya selepas mandi, untuk memastikan hernia tidak membesar atau menjadi keras. Pastikan juga hernia masuk semula selepas ditekan.
  • Berbincang dengan doktor tentang langkah-langkah yang perlu diambil untuk menentukan sama ada untuk membiarkan hernia pulih dengan sendiri atau dibedah.
  • Pastikan anda membawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan.