Rabu, 25 Januari 2012


Bakar Lebih Kalori & Kuruskan Badan

Nak kuruskan badan dengan cepat? Kita perlu pastikan tubuh badan kita membakar lebih banyak kalori dalam tubuh badan kita. Tapi bagaimana ya? :-)
Senang je… Jika kita nak bakar kalori dan tingkatkan tahap kecergasan tubuh badan, kita tak perlukan peralatan senaman yang khas atau kena lakukan senaman dengan lama.
Cukup dengan hanya menggunakan tangga; kita boleh kurangkan berat badan, tingkatkan tahap kardiovaskular dan rendahkan paras kolesterol tak baik dalam darah tubuh badan kita.

Mungkin ada yang kata, jumlah kalori yang dibakar ketika menaiki tangga taklah sebanyak mana pun. Jadi di sini ada beberapa tip untuk kita bakar lebih kalori dengan hanya melakukan senaman mudah ni saja.
Langkah 1
Lakukan regangan dengan berjalan pantas selama lima minit. Ianya dapat membantu meregangkan otot dan menyediakan jantung dan paru-paru kita untuk bersenam.
Langkah 2
Naiki tangga dan mulakan daripada kelajuan biasa kepada langkah yang lebih cepat. Pastikan kelajuan dan pergerakan kita sentiasa konsisten. Jangan paksa diri terutamanya jika kita baru nak bermula.
Langkah 3
Berhenti sekejap di permukaan rata untuk mengambil nafas. Jika kita tak merasa sesak nafas dan otot kaki tak kejang, kita boleh teruskan saja ke langkah seterusnya.
Langkah 4
Panjat lagi anak tangga. Mengikut bagaimana kita rasa, kita boleh ulangi semula ke langkah 3 samada untuk merehatkan diri sebentar atau terus menaiki tangga.
Langkah 5
Terus menaiki tangga untuk 10-15 minit. Jangan lakukannya secara berlebihan. Setiap beberapa minggu, kita boleh panjangkan masa kita bersenam dengan menaiki tangga untuk membakar lebih banyak kalori.
Langkah 6
Berjalan di permukaan rata antara 5-10 minit dalam pergerakan sederhana untuk membantu tubuh badan kita mengurangkan ketegangan otot.
Dan paling best sekali… kita boleh lakukan senaman mudah ni samada di pejabat ataupun di rumah. Apa lagi, jomlah kita mula… ;-)

Khasiat Habbatus Sauda

Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan dalam bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatussauda. Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda(Mesir , Syam), dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Produk mempunyai khasiat yang amat tinggi.

Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Hsauda ini ialah satu supplement/ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain
“Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)
Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.


Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:
  • Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
  • Antiarthritis, mengubati reumatik.
  • Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
  • Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
  • Antiseptik, mengubati bau mulut.
  • Antivirus, mengubati demam dan flu.
  • Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
  • Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
  • Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
  • Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
  • Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
  • Nematocidal, mengubati cacing pita.
  • Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).

 7 ciri-ciri utama habbatus Sauda:

1. Nilai pemakanan
Habbatus Sauda kaya dengan:
  • Monosaccharide glukosa, xylosa dsb.
  • Polysaccharide
  • Fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, efa). Efa tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan
  • Amino acid yang membentuk protein
  • Karotene iaitu sumber vitamin a
  • Kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine

Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor
Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.
Di Timur Tengah, minyak ini telah digunakan selama ribuan tahun sebagai ubat untuk segala macam penyakit alergi, radang, gangguan menstruasi, tekanan moral, dan depresi, tetapi terutama terhadap bronkhitis, asma, dan neurodermatitis serta pencernaan yang buruk, bahkan impotensi.

Apa Itu Penyakit Radang Sendi : Arthritis?

Penyakit ini merupakan suatu penyakit kronik pada sendi-sendi dan juga melibatkan beberapa organ-organ lain. Bahayakah penyakit ini? Baiklah, sebanyak 1-3% daripada penduduk seluruh dunia mengalami penyakit ini. Kebarangkaliannya akan meningkat pada usia 30 sehingga 50 tahun. Wanita yang belum mengalami putus haid adalah lebih berisiko untuk mendapat penyakit ini berbanding kaum lelaki.

Apa Penyebabnya?
Penyebab rheumatoid arthritis masih belum diketahui. Namun, diketahui bahawa rheumatoid arthritis adalah penyakit autoimun semulajadi sistem kekebalan tubuh tidak beroperasi dengan betul, sehingga sistem kekebalan tubuh menyerang rangkaian sendi yang sihat dan menyebabkan keradangan dan kerosakan sendi seterusnya. Genetik juga memainkan faktor penyumbang terhadap penyakit ini.

Apakah Saja Gejalanya?

Permulaan rheumatoid arthritis membawa keletihan, rasa sakit, kekakuan, sakit, dan rasa sakit dan bengkak pada sendi bilateral terpencil. Rheumatoid arthritis biasanya bermula di tangan, atau kaki dan juga akan mempengaruhi pergelangan tangan, beberapa sendi di tangan. Rheumatoid arthritis adalah juga ditemui di siku, bahu, leher, lutut, pinggul dan pergelangan kaki. Seiring waktu, radang sendi boleh rosak dan menyebabkan ciri-ciri lain seperti benjolan atau nodul di bawah kulit.

Siapa Yang Berisiko Terkena?
Rheumatoid arthritis mempengaruhi lebih daripada 2 juta orang Amerika dengan lebih daripada 1 juta wanita berbanding dengan hanya lebih daripada setengah juta orang, Walaupun awal ini umumnya usia pertengahan, lebih umum ditemui pada orang tua. Rheumatoid arthritis juga telah ditemui pada kanak-kanak-kanak dan dewasa muda.

Diagnosis & Perubatan

Dalam banyak kes, diagnosis awal dari rheumatoid arthritis dapat lebih mengawal penyakit ini. Rheumatoid arthritis adalah didiagnosis dengan pola gejala, sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal, x-ray dan ujian darah untuk Rheumatoid Factor, yang merupakan antibodi yang ditemui dalam darah 80% orang dewasa dengan rheumatoid arthritis.
Pada waktu ini, ada beberapa ubat yang berkesan untuk rheumatoid arthritis. Rawatan awal adalah penting untuk menghilangkan rasa sakit, mengurangkan keradangan, melambatkan kerosakan sendi dan mudah-mudahan menangkap kerosakan sendi. Rawatan awal juga membantu pesakit rheumatoid arthritis menikmati kualiti hidup yang lebih baik.

Masih lagi dalam mood cuti sempena sambutan CNY ( Chinese New Year ). Huuu… tugasan yang mesti dibereskan sebelum masuk kerja semula memang berlambak, tapi…haiyooo, malasnya memang tahap kapal selam lah : (. Dengan cuaca yang sebegini panas,serangan batuk dan selesema yang tak habis-habis seminggu dua ni,memang sukar menggerakkan diri untuk bermula. Apapun,i’m trying my best.
Entri ringkas petang Rabu berkaitan manfaat lidah buaya.(p/s: petang Rabu memang meriah kat sini kerana ada pasar malam terbesar yang diadakan di perkarangan Stadium Utama….. tapi dah beberapa bulan tak ke sana :) )
Kebiasaannya, tanaman jenis ini hadir sebagai tanaman hiasan di kebanyakan halaman rumah oleh kerana bentuknya yang agak unik dan menarik selain daripada mudah dijaga.
Daripada dibiarkan ia ‘sepi’ sebagai hiasan semata-mata, apa kata rajin-rajinkan diri oleskan lendirnya ke seluruh wajah beberapa kali seminggu sebelum masuk tidur. Dipercayai zat yang terkandung dalam lendirnya boleh merangsang kelembapan pada tisu kulit, menjadikan kulit lebih tegang, berseri serta awet muda. Petua lain juga ada menyebut bahawa lendir aloe vera ini boleh mengubati jerawat ringan pada wajah. Jadi apa salahnya mencuba.
Selain daripada tujuan kecantikan, ada sesetengah petua mengatakan bahawa resdung juga boleh dirawat menggunakan lendirnya. Caranya ialah dengan memakan sesudu besar lendirnya pada waktu pagi, manakala 2 sudu saiz serupa pula boleh diambil pada sebelah malam. Pasti sahaja sebelum tidur. Namun, bagi resdung tahap sederhana atau berat, mungkin terdapat kesan sampingan yang bakal anda alami iaitu demam untuk beberapa hari.
Bagi pesakit kencing manis, anda juga boleh cuba merebus daunnya dan jadikan air rebusannya sebagai minuman.
Selain meringankan tahap gula dalam darah, air rebusan daun lidah buaya juga dipercayai sangat mujarab untuk membantu proses penyingkiran toksin daripada tubuh. Tak perlu membeli bahan pelawas @ ubat kurus untuk menyahtoksin sekaligus merampingkan tubuh pada harga yang mahal kerana pilihan lebih murah,lebih selamat dan lebih semulajadi sebenarnya ada di halaman rumah anda ! Setuju dengan kata-kata saya ?
Ok,selamat mencuba : )

Rasulullah saw. bersabda, "Sanggupkah kalian mengerjakan seribu kebajikan setiap hari ?" Maka bertanya salah seorang, "Bagaimana caranya kami mengerjakan seribu kebajikan setiap hari itu ?" Baginda menjawab, "Bacalah tasbih (menyebut Subhanallah) seratus kali, nescaya Allah Taala mencatat bagi kamu seribu kebajikan atau dihapus daripadanya seribu kesalahan." (HR. Muslim)


Keras hati


Daripada Ibnu Umar Radhiyallahu 'anhuma berkata: Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda : Janganlah banyak bercakap selain untuk berzikir kepada Allah SWT, sesungguhnya banyak bercakap selain daripada berzikir kepada Allah itu adalah menyebabkan hati seseorang menjadi keras. Dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia daripada Allah SWT itu ialah mereka yang berhati keras. (Hadith Riwayat Tirmizi)

Dari Abu Hurairah, sesungguhnya ada seorang seseorg datang kpd Nabi s.a.w sambil mengadukan hatinya yang keras (kekerasan hatinya). Nabi s.a.w bersabda : "Usaplah kepala anak yatim dan berilah makan orang miskin." (HR. Imam Ahmad)

Rasulullah saw. bersabda, "Sanggupkah kalian mengerjakan seribu kebajikan setiap hari ?" Maka bertanya salah seorang, "Bagaimana caranya kami mengerjakan seribu kebajikan setiap hari itu ?" Baginda menjawab, "Bacalah tasbih (menyebut Subhanallah) seratus kali, nescaya Allah Taala mencatat bagi kamu seribu kebajikan atau dihapus daripadanya seribu kesalahan." (HR. Muslim)


Jangan lebih 40 hari

"Nabi saw telah menasihati kami agar merapi misai kami, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu kemaluan, dan jangan dibiarkannya lebih dari 40 hari." (HR Muslim)

1. Potong: Memotong atau memendekkan atau trim misai adalah lebih afdal dari mencukur atau mencabutnya kerana lebih menepati sunnah.

2. Cabut: Mencabut bulu ketiak lebih afdal dari mencukur atau memotongnya kerana lebih menepati sunnah.

3. Cukur: Mencukur bulu ari-ari lebih afdal dari memotong atau mencabutnya kerana lebih menepati sunnah.


ajikan setiap hari itu ?" Baginda menjawab, "Bacalah tasbih (menyebut Subhanallah) seratus kali, nescaya Allah Taala mencatat bagi kamu seribu kebajikan atau dihapus daripadanya seribu kesalahan." (HR. Muslim)


Jangan Banyak Ketawa


Rasulullah saw. bersabda, “Janganlah banyak ketawa kerana banyak ketawa akan mematikan hati.” (HR At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Rasulullah saw. bersabda, "Sanggupkah kalian mengerjakan seribu kebajikan setiap hari ?" Maka bertanya salah seorang, "Bagaimana caranya kami mengerjakan seribu kebajikan setiap hari itu ?" Baginda menjawab, "Bacalah tasbih (menyebut Subhanallah) seratus kali, nescaya Allah Taala mencatat bagi kamu seribu kebajikan atau dihapus daripadanya seribu kesalahan." (HR. Muslim)


Cukuplah Allah menjadi Penolong

Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung. (Ali Imran: 173)

Ketika Nabi Ibrahim 'alaihi salam dilempar ke dalam api, baginda mengucapkan hasbunallahu wani’ mal wakil, lalu Allah menjadikan api yang panas menjadi dingin sehingga Nabi Ibrahim terselamat dari api yang membara itu.

Mari lazimkan membaca kalimah ini, hasbunallahu wani’ mal wakil.

Moga ada manfaat

Rasulullah saw. bersabda, "Sanggupkah kalian mengerjakan seribu kebajikan setiap hari ?" Maka bertanya salah seorang, "Bagaimana caranya kami mengerjakan seribu kebajikan setiap hari itu ?" Baginda menjawab, "Bacalah tasbih (menyebut Subhanallah) seratus kali, nescaya Allah Taala mencatat bagi kamu seribu kebajikan atau dihapus daripadanya seribu kesalahan." (HR. Muslim)

28 January 2011

Banyakkan selawat pada hari Jumaat


Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, sesiapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)

 Baca ayat Kursi sebelum tidur

Nabi saw. bersabda, "Apabila kamu masuk ke tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi 'Allahu La Ilaha Illa Huwal Hayyul Qayyum', sehingga habis ayat ini. Maka sesungguhnya, akan sentiasa ada penjaga dari Allah untuk kamu dan syaitan tidak akan dapat mendekati kamu sehingga pagi". (HR Bukhari)


Terjemahan :
Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekelian makhlukNya. Yang tidak mengantukdan tidak tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi pertolongan melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya). (al-Baqarah ayat 255)