Assalamualaikum warahmatullah,
Sebetulnya,
entry kali ini adalah untuk peringatan kepada diri saya sendiri, diri
saya sendiri dan juga diri saya sendiri. Jika ada yang berminat untuk
membacanya, bacalah. Ambil iktibar dan teladan jika ada….
Seminggu yang lepas, selepas entry
Beriman kepada qada' dan qadar Allah SWT,
saya sangat marah hati saya
‘panas’ [
NB: I could blame it on the hormones, though… hik… hik…] dan berasa
sangat tidak tenteram akibat
perang email ‘serangan’ seorang dua hamba Allah yang saya tafsirkan ‘tidak puas hati’ dengan posting saya di egroup yang saya sertai.
Sungguh,
saya tidak sempat membuat research berkenaan G.A.H., malah hampir tidak
berminat dengan mereka dan seangkatan dengannya, walau bagaimanapun
saya pernah dimaklumkan oleh rakan blogger [
UMMU WAHEEDAH]
tentang golongan ini, tapi saya tidak menyangka sama sekali yang saya
akan berhadapan dengan mereka. Apa yang saya tahu, salah satu ciri-ciri
kumpulan ini, mereka
SUKA mempertikaikan hadis-hadis Rasulullah SAW dan
MENOLAK
rukun Iman ke 6. (Sumber JAKIM). Dalam egroup yang saya sertai, mereka
suka tanya soalan ‘sengal’ yang seakan-akan memperlihatkan keBODOHan dan
keJAHILan mereka. Tapi saya percaya, mereka memang sengaja berbuat
begitu, mereka ada bersembunyi di dalam egroup ini dan sekali sekala
muncul untuk provoke akidah umat Islam. Apapun alasan mereka, cuma
mereka dan Allah sahaja yang mengetahui.
Siapa yang tidak panas
hati dengan permainan mereka? Sengal dibalas sengal-lah... Itulah
kesilapan saya, sepatutnya api tidak dibalas api. Jika api dibalas air,
mungkin saja api boleh sejuk, tetapi saya percaya, mereka tidak begitu.
Saya lihat si hamba Allah itu cuba mempermainkan persoalan akidah dan
ini amat berbahaya. Kuasa Allah menggerakkan hati saya menjawap
pertikaiannya tentang qada’ dan qadar Allah SWT kerana, ia adalah
tanggungjawab saya sebagai seorang muslim. Patutkah saya berpeluk tubuh
dan berdiam diri sahaja?
Seorang hamba Allah [NurulKamarul] menerusi PM mententeramkan saya. Katanya,
“Jika
saudara/i rasa perlu untuk menjawab soalan-soalan yang tidak
membangunkan minda itu, teruskan sahaja menjawab. Manusia yang begini
perlu diingatkan adakala mereka terlupa/buat-buat lupa. Lagipun pendapat
saudara/i bukan pendapat kosong malah disokong dengan hujah-hujah.
Sekurang-kurangnya saudara/i telah memberikan pendapat, selebihnya
mereka nak terima atau tidak bukan menjadi tanggungjawab lagi. Saudara/i
boleh saja menganggap, kadang-kadang manusia yang sebegini sengaja dipertemukan untuk menguji tahap kesabaran dan keimanan...”Alhamdulillah, pada mulanya saya merasa
sedih
‘down’ sangat, seolah-olah dihentak dengan batu saja kepala ini. Saya
bersyukur kerana masih ada yang sudi memberikan kata-kata semangat untuk
saya meneruskan perjuangan. Saya sedar, usaha saya cuma sedikit jika
dibandingkan dengan orang lain, tetapi usaha yang sedikit ini juga,
entah mengapa, dapat membuatkan jiwa saya tenang...
Benar juga kata
ustaz InsanManusia, saya sepatutnya tidak tidak terpancing dengan provokasi dari orang yang tidak beriman seperti N**R A**I itu. [
NB : N**R A**I ~ hamba Allah itulah] Ustaz juga berpendapat
sepatutnya keahliannya dari egroup ini dilucutkan sahaja, banyak buruknya manusia seperti ini dalam yahoogroups. Tetapi, jika saya diamkan sahaja perbuatan mereka, saya
tak mahu
takut akan dipersoalkan oleh Allah di hari pertimbangan nanti, apa yang
telah saya lakukan untuk membetulkan keadaan? Takut rasanya, jika saya
tidak berbuat apa-apa, bermakna saya mengiyakan saja perbuatan mereka
yang menghina agama!
Hari ini pula, saya membaca di
Genta-Rasa, pesanan si pemangkin minda saya. Katanya :
Ya,
berapa ramai orang yang lupa kita terlalu asyik mengingatkan? Berapa
ramai yang lalai dengan Allah ketika begitu pantas dan tangkas
mengucapkan kalimah cinta-Nya? Mereka hanya umpama tanah yang keras dan
kering… mampu menakung air untuk memberi minum orang lain, tetapi hati
sendiri gersang dan terbakar kerana kehausan!Lalu
aku ingin mengingatkan diriku dan dirimu… berhati-hatilah ketika
berbicara tentang hati. Betapa banyak hati yang lalai kerana dihijab
oleh limpahan peringatan. Umpama anak benih yang mati “kelemasan” kerana
terlalu banyak disirami air! Atau lilin yang membakar diri… kononnya
untuk menerangi orang lain!Dunia
yang diselubungi hedonisme dan materialisme ini tidak sudi berpaling
kepada para muttaqin. Dan mereka yang berpegang pada sunnah, akan
semakin dilihat asing. Terpinggir. Terpencil… malah dibenci oleh umat
Islam sendiri. Para daie yang ikhlas, tidak bermuka-muka… terus bekerja
tanpa menggamit nama dan biaya. Mereka hanya mendapat kebahagiaan ketika
bekerja tanpa diketahui oleh yang lain. Marilah kita berdoa untuk para
mujahidin di seluruh dunia, yang ketika ini sedang dihenyak, dibelasah
dan disekat oleh pelbagai tribulasi dan mehnah.Sesungguhnya, apa yang kita deritai kerana jalan Allah ini… tidak secubitpun jika dibandingkan dengan kesusahan mereka.
Berdoalah untuk mereka… agar diberi taqwa, sabar dan kebijaksanaan
serta keberanian dalam menghadapi pejuang syaitan (fisabilitthagut).
Mudah-mudahan satu ketika nanti, kami yang kerdil ini mampu menyusul dan
menyusur jalan-jalan mulia yang kau telah rentas itu. [
NB : full entry di sini : Dengan-keyakinan]
Alhamdulillah,
tenang rasa hati bila membaca kata-kata semangat seperti ini. Hari ini
saya titipkan sambungan sedikit lagi berkenaan qada’ dan qadar Allah
SWT. Membaca artikel di
ud1.blog.friendster.com,
membuatkan saya rasa perlu untuk kongsikan di sini. Semoga saya, saya,
saya dan kita semua lebih tabah menghadapi setiap cabaran yang
mendatang. BENARLAH kata-kata NurulKamarul,
Manusia tidak boleh menyalahkan takdir sebagai alasan untuk tidak beribadah dan berusaha. Seorang tidak boleh berkata,
“Jika
aku telah ditakdirkan baik dan beriman, mengapa aku harus
bersusah-payah beribadah dan beramal soleh? Bukankah sudah pasti aku
akan masuk syurga?”Seorang juga tidak sepantasnya berkata,
“Jika
aku telah ditakdirkan menjadi kafir, apakah manfaatnya jika aku
berusaha menjadi mukmin? Bukankah yang aku lakukan akan sia-sia, kerana
takdir telah menetapkan bahawa aku akan masuk neraka?”Jika
kita dilahirkan dari perut seorang ibu yang fasik atau kafir, adakah
kita patut membiarkan diri kita sesat sampai bila-bila?
Kata-kata seperti itu
jelas keliru dan
TIDAK BOLEH diucapkan. Tidak sewajarnya kita mengatakan,
“Jika
nasibku telah ditentukan dan ditetapkan sejak lahir, apa untung dan
ruginya bila aku bekerja keras dan beribadah sekarang ini?”Contoh yang paling baik untuk kita renungkan adalah cerita Nabi Adam a.s. dengan Iblis laknatullah.
Iblis menyalahkan takdir yang menyebabkannya durhaka kepada Allah.
Kemudian ia menjadi kafir dan dikeluarkan dari rahmat Allah dan diusir
dari sisi-Nya. Nabi Adam a.s. pun mengakui kesalahannya. Beliau
menganggap kesalahan itu adalah tanggung jawabnya sendiri. Kemudian ia
memohon ampun kepada Allah SWT. Maka beliau mendapat rahmat dan ampunan
Allah SWT.
Jangan kita mengorek qada’ dan qadar Allah. Nabi
Uzair (Uzayr) pernah mempersoalkan asal-usul kejadian makhluk, kemudian
mematikannya dan menghidupkannya kembali. Maka Allah SWT kemudian
mematikannya selama seratus tahun. Kemudian Dia menghidupkannya kembali
seperti sebelum hidup di dunia dan sekali lagi mematikannya. Semua
dilakukan agar menjadi iktibar kepada manusia. [
NB : Baru aje masukkan kisah ini di sini -> Kisah Nabi Uzair a.s.]
Apabila
di dunia ini kita menemukan orang-orang yang berbuat dosa, seperti
mencaci Allah, munafik, menyekutukan Allah, mempermainkan hukum-hukum
Allah, merendahkan kalam Allah, dan sebagainya yang secara zahir jahat
dan keji,
janganlah semua itu membuat iman kita goyah atau lemah.
Itu adalah semua ujian dari Allah untuk kesabaran kita dan pelajaran dari Allah tentang orang-orang yang disesatkan Allah. Ya, kata-kata ini akan saya sematkan dalam hati sampai bila-bila, insya Allah.
Sebaiknya
kita mendoakan semoga Allah memberi taufiq dan hidayah kepada orang
tersebut. Insya Allah kita akan terhindar dari sifat dan perbuat tercela
seperti yang dilakukan orang tersebut, kerana Rasululllah SAW pernah
bersabda yang bermaksud,
“Doa
seorang muslim untuk saudaranya sesama muslim dari kejauhan tanpa
diketahui olehnya akan dikabulkan. Di atas kepalanya ada malaikat yang
telah diutus, dan setiap kali ia berdoa untuk kebaikan, maka malaikat
yang diutus tersebut akan mengucapkan amin dan kamu juga akan mendapat
seperti itu.” (Hadis riwayat Muslim)
Ketahuilah
bahawa semua kebaikan yang kita perbuat bukan berasal ‘dari’ kita
sendiri, tetapi sebenarnya hanya ‘melalui’ diri kita. Tegasnya, tanpa takdir Tuhan tidak ada yang dapat kita perbuat.
Jadi, takdir atas pekerjaan dan kejayaan kita datangnya dari Allah.Apabila kita bersalah, kesalahan itu adalah hak atau milik kita agar kita mengenal erti bertaubat.
Kesalahan itu datang dari angan-angan dan niat yang wajar dari ego
kita. Jika kita memahami hal ini dan mengikuti petunjuk-Nya, kita
termasuk dalam golongan manusia yang difirmankan Allah SWT yang
bermaksud,
“Dan orang-orang yang
apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiayai diri sendiri, mereka
ingat akan Allah, lalu memohon ampun atas dosa-dosanya, dan siapa lagi
yang dapat mengampuni dosa itu selain Allah? Dan mereka tidak
melanjutkan perbuatan keji itu. Sedangkan mereka mengetahui.” (Surah ali-‘Imran ayat 135)
Dalam Kitab al-Hikam karangan Syeikh Ibn Athoillah tertulis :
“Keinginanmu untuk lepas dari urusan duniawi, padahal Allah membekalimu
dengan sarana penghidupan, adalah syahwat yang samar. Sedangkan
keinginanmu untuk mendapatkan sarana penghidupan, padahal Allah telah
melepaskanmu dari urusan duniawi, adalah suatu kemunduran dari cita-cita
luhur.”Di sini kita diajarkan agar redha atas peranan
yang telah Allah takdirkan kepada kita. Orang yang ditakdirkan Allah
menjadi karyawan jadilah karyawan yang baik, yang menjadi petani jadilah
petani yang baik, yang menjadi aparatur negara jadilah aparatur negara
yang bertanggungjawab dan adil, yang menjadi pengusaha jadilah pengusaha
yang jujur dan dapat menafkahkan hartanya di jalan Allah, yang jadi
ulama jadilah ulama yang dapat menyinari dan memimpin umat dari
kegelapan kepada jalan yang terang.
Jika kita tidak redha dan
berpanjang angan-angan terhadap peranan lain dari yang telah Allah
tetapkan bererti kita telah memperturutkan syahwat yang samar. Yang
harus dilakukan adalah bersungguh-sungguh memfokuskan niat, perhatian
dan perjuangan pada Allah, yang ada di balik semua wujud dan kejadian.
Sehingga apapun yang kita lakukan menjadi lahan ibadah kepada Allah dan
segala potensi yang ada kita sujudkan untuk menyembah Allah.
Syeikh Ibn Athailah dalam al-Hikam mengatakan :
“Salah satu tanda bergantung pada amal adalah berkurangnya harapan tatkala gagal.”
Ini bermaksud, jika kita beranggapan bahawa sumber kekuatan di balik
usaha-usaha kita adalah diri kita sendiri, kita akan kecewa kala
hasilnya tidak sesuai dengan harapan-harapan kita. Tetapi, kalau kita
benar-benar berserah diri kepada Allah, maka kita akan melihatnya satu
asal dan penyebab di balik usaha, peranan peribadi kita dalam
melaksanakannya dan juga hasilnya. Kegagalan kemudian hanya akan kita
anggap sebagai peringatan untuk memperkuat kesadaran pada kehendak,
rahmat, dan kemurahan Allah. Di mata orang yang tercerahkan, terdapat
kesatuan total dalam usaha dan hasil. Kalau kita sudah mempunyai
keyakinan seperti tersebut, insya Allah kita tak akan sombong dan angkuh
jika berhasil dalam kehidupan dunia dan berputus asa jika gagal dalam
kehidupan ini.
Syeikh Ibn Athailah lebih lanjut mengatakan :
“Ketika Allah membukakan pintu pengertian bagimu tentang penolakan-Nya, maka penolakan itu pun berubah menjadi pemberian.” Maksudnya,
kita menyaksikan ke-Maha kuasaan-Nya ketika diberi nikmat dan melihat
Keindahan dan Kelembutan-Nya ketika diberi nikmat. Yang penting adalah
penyaksian, bukan keadaannya. Yang diinginkan oleh orang yang
mendapatkan nur ilahi bukan keduanya, kerana fokus perhatiannya adalah
pada sumber seluruh wujud, Pencipta seluruh makhluk, yang Kemurahan-Nya
melampaui apa yang tampak sebagai kesempitan atau kelapangan, kerana
Kemurahan-Nya ada dalam setiap waktu dan keadaan.
“Ketika
Allah memberimu, Dia memperlihatkan kepadamu belas kasih-Nya. Ketika
Dia menolak memberimu, maka Dia memperlihatkan kepadamu kekuasaan-Nya.
Dan dalam semua itu, Dia memperkenalkan diri kepadamu dan menghadapmu
dengan kelembutan-Nya.”Janganlah kita membanggakan zikir,
solat, sedekah, zakat, haji dan amalan-amalan lainnya, kerana itu semua
adalah pertolongan Allah, bersyukurlah kepada-Nya kerana banyak yang
mempunyai kemampuan fizikal, harta dan waktu tidak diberikan pertolongan
oleh Allah untuk melakukan perbuatan baik tersebut. Alhamdulillah, ya
Allah.
Janganlah bangga jika
dipuji orang, kerana sesungguhnya kasih Allah telah menutupi aib kita
sehingga orang hanya melihat kebaikan kita tanpa melihat aib kita.
Janganlah marah ketika dihina orang, kerana itu adalah pertolongan Allah
agar kita memperbaiki kesalahan kita atau memperbaiki kekurangan amalan
kita dan agar kita menjadi orang yang lebih sabar.Secara
peribadi janganlah kita mencemuh dan menganiaya orang yang berbuat
dosa, melainkan serahkan kepada hukum yang berlaku untuk tegaknya
ketertiban dalam masyarakat. Kepada orang lain, berilah nasihat dengan
bijaksana kepada orang-orang yang tingkatannya di bawah kita. Janganlah
memberi nasihat dengan ilmu, tetapi lakukanlah dengan kasih sayang, agar
hatinya tidak liar. Kepada orang yang sebaya atau setingkat sampaikan
kebenaran dari Allah dengan ilmu yang tidak menggurui. Kepada orang yang
lebih tinggi dari kita sampaikan kebenaran dari Allah dengan tetap
memelihara kehormatannya. [
NB : Inilah kesilapan yang mungkin memang saya sengajakan ketika berhadapan dengan si hamba Allah itu.]
Debat Nabi Adam a.s. dan Nabi Musa a.s. Pertikaian
qada’ dan qadar Allah ini juga berlaku di antara Nabi Adam dan Nabi
Musa, seperti yang pernah diceritakan oleh Rasulullah SAW dalam lewat
hadisnya di bawah :
Dari Abu
Hurairah r.a., dia berkata, “Rasulullah SAW telah bersabda, “Adam dan
Musa alaihi salam tengah berdebat di sisi Allah. Namun akhirnya Adam
dapat mengalahkan Musa alaihi salam.” Musa berkata, “Kamulah Adam yang
telah diciptakan Allah dengan kekuasaan-Nya. Kemudian Allah
menghembuskan roh-Nya ke dalam dirimu. Setelah itu, Allah memerintahkan
semua malaikat-Nya untuk bersujud kepadamu dan Dia menempatkanmu di
dalam syurga-Nya, tetapi kemudian kamu membuat manusia turun ke bumi
kerana kesalahanmu.” Adam menjawab, “Kamulah Musa yang telah dipilih
Allah dengan risalah dan Kalam-Nya. Allah juga telah memberimu beberapa
lembaran yang berisi penjelasan tentang segala sesuatu dan mendekatkanmu
untuk menerima firman-Nya. Berapa tahunkah Allah telah menulis kitab
Taurat sebelum aku diciptakan?” Musa menjawab, “Empat puluh tahun.” Adam
bertanya lagi, “Apakah kamu dapatkan, di dalam kitab Taurat, ayat yang
berbunyi: ‘……dan durhakalah Adam kepada Tuhannya serta sesatlah ia.’
(QS Thaahaa (20): 121).” Musa menjawab, “Ya.” Adam bertanya lagi,
“Mengapa kamu mencelaku terhadap sesuatu yang berlaku dengan ketetapan
Allah azza wa Jalla, empat puluh tahun sebelum Allah menciptakanku?”
Rasulullah SAW bersabda: “Akhirnya Nabi Adam a.s. tetap berhujah
(mengemukakan dalil) dengan Nabi Musa a.s.” (Hadis riwayat Muslim)
Kesimpulan Ketetapan (takdir) Allah yang pasti dilaksanakan mengikut waktunya (qada). Dan hadis dari ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al-’Ash, beliau berkata, bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud,
“Allah
subhanahu wata’ala telah menetapkan takdir masing-masing makhluk
sebelum Allah ta’ala menciptakan langit dan bumi , lima puluh ribu tahun
sebelumnya dan ‘Arsy Allah ta’ala telah berada di atas air. ” (Hadis riwayat Muslim)
Semoga
kita mengambil pengajaran dari dialog Nabi Adam dan Nabi Musa tersebut,
agar kita tidak mencela orang yang berbuat dosa. Kita harus bersikap
‘egaliter’ [
NB : egalitarian – (orang yang memegang prinsip hak yang sama untuk semua]
terhadap semua hamba Allah. Di dalam hati nurani orang yang menapaki
tarikat, mahabbah dan ma’rifat tidak sepantasnya memiliki kebencian dan
kesombongan di dalam hatinya, kerana kesombongan hanya pantas dimiliki
oleh Allah. Kerana kesombonganlah Iblis dilaknat Allah…
Astagfirullah hal aziim...
Ya
Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan
sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami
rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi
(karunia). (ali-‘Imran ayat 8)
Amiin…