Khamis, 19 Januari 2012

PENYAKIT YANG BIASA DIRAWAT SETIAP HARI & TANDA-TANDA UMUM






Hampir setiap hari pesakit yang dirawati di klinik saya adalah penyakit yang dikategorikan sebagai "ringan" ,antaranya ialah:

1-Jangkitan salur pernafasan atas.
Termasuklah jangkitan tekak ,peti suara dan hidung.Biasanya mempunyai simptom(tanda) seperti demam panas,batuk,selsema dan sakit tekak.Penyakit yang paling biasa dirawat ialah Acute Tonsilitis atau pembengkakan kelenjar Tonsil di tekak.

Majoriti jangkitan ini adalahdisebabkan oleh virus dan biasanya sembuh dalam tempoh 2-3 hari tanpa antibiotik.Berjumpalah doktor sekiranya simptom melebihi 3 hari.

Gambar A: Acute Tonsilitis Gambar B;Ruang tekak yang normal.

Acute Tonsilitis jika dibiarkan boleh menyebabkan komplikasi serius terutamanya pada kanak-kanak.Ianya boleh menjangkiti jantung ,sendi dan buah pinggang.

2-Jangkitan virus
Ini termasuklah demam campak dan demam virus lain seakan-akan demam Denggi.Biasanya juga mengalami demam tinggi berserta sakit kepala dan sakit badan/sendi.Jarang mempunyai tanda-tanda seperti tanda jangkitan salur pernafasan atas.

Biasanya jangkitan virus adalah tidak serius.

3-Penyakit kulit.
Ini termasuklah kudis biasa,kudis buta(Scabies),panau,kurap ,kulat air dan alahan kulit.Majoritinya berpunya dari penjagaan kesihatan kulit yang tidak sempurna/baik.

Senang dirawat,cepat sembuh tetapi cepat berulang jika kebersihan kulit diabaikan.Kanak-kanak dan remaja adalah golongan yang paling berisiko,jadi bantuan ibu-bapa adalah sangat diperlukan.

4-Sakit Kepala .
Biasanya dialami oleh golongan dewasa disebabkan oleh berbagai faktor,antaranya tekanan kerja,tidak cukup rehat,masalah sembelit dan sebagainya.

Majoriti pesakit akan menyatakan bahawa mereka mengidap Migrain tetapi perlu diingat Migrain hanya satu anggapan dan hanya betul bila segala pemeriksaan yang dilakukan adalah normal.

Punca yang paling biasa saya dapati setelah melakukan pemeriksaan ialah resdung(kadang-kadang org panggil Sinusitis),perut kembung,sembelit dan gastrik.

Perlu diingat,rawatan untuk sakit kepala hendaklah berpandukan kepada puncanya,jika silap sakait kepala akan bertambah,contohnya jika puncanya ialah Gastrik,ubat sakit kepala(pain killer) akan memburukkan keadaan.

5-Sakit perut
Ini termasuklah keracunan makanan,angin-kembung,kencing kotor,batu karang dan senggugut bagi wanita.Senang dirawat tetapi boleh berulang-ulang.

Penyakit yang boleh dikategorikan sebagai serius yang biasanya memerlukan rawatan dengan kos yang mahal termasuklah Asma,Darang tinggi,kencing manis,Jangkitan paru-paru,luka kencing manis ,angin ahmar dan macam-macam lagi.

Terapi Gantian Hormon(HRT)



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Akhir-akhir ini saya mendapati semakin ramai golongan wanita yang mula berjumpa saya samada untuk mendapatkan penjelasan atau untuk rawatan bagi hal-hal yang berkaitan dengan masalah rumah tangga dan isu-isu sulit wanita.

Mungkin kerana malu atau atas prinsip hal dalam “kelambu” tidak sepatutnya dihebahkan kerana hanya membuka aib maka dulunya ramailah golongan wanita yang menderita tanpa rawatan yang betul ,rumah tangga pula terbiar tunggang-langgang,suami “makan luar” dan isteri “main” kayu tiga dan bermacam-macam lagi hal yang tidak elok didengar.

Kini dengan perubahan masa, maka pemikiran wanita moden kini kelihatan lebih terbuka untuk membicarakan isu-isu yang sememangnya amat penting untuk kesihatan wanita dan keharmonian rumah tangga.

Pernah saya mendapat seorang pesakit wanita berumur 38 tahun,sedang menyusukan anak yang berumur 2 tahun dan berkerjaya,datang untuk mendapatkan rawatan atas desakan suami,beliau mengalami masalah berikut:

1-Badan cepat letih.
2-Kulit kering dan kusam.
3-Hilang berat badan dan bentuk badan tidak lagi menarik.
4-Hilang “nafsu” seks.
5-Payu dara mengecil dan kendur.
6-Sakit kepala dan sukar tidur.
7-Kekeringan Vagina dan Kesakitan semasa seks.
8-Tidak lagi ada kenikmatan dan kepuasan semasa seks.
9-Tidak datang haid untuk 6 bulan.

Dalam kes-kes sebegini biasanya doktor akan cuba mendapatkan penjelasan terperinci secara berasingan daripada suami dan isteri,ini untuk mengelakkan konflik dan untuk menjaga hati masing-masing supaya tidak ada pihak yang “terasa hati” bila kekurangan masing-masing diluahkan.Biasanya pihak doktor akan bertindak secara neutral tanpa memihak kepada mana-mana pihak.

Sebenarnya masalah seperti yang dialami oleh wanita di atas sudah lama berlaku dan ramai wanita berkahwin yang mengalaminya.Pesakit termuda(berkahwin) yang pernah saya rawati ialah berumur 25 tahun,manakala yang masih bujang berumur 17 tahun.

Setelah pemeriksaan ke atas wanita ini,saya mendapati beliau mengalami tanda-tanda “pre-menoupas” yang mungkin disebabkan oleh perkara berikut:

1-Keletihan dan stress akibat kerja.
2-Kekurangan Vitamin .
3-Penyusuan anak.
4-Hubungan seks yang semakin jarang-2 kali sahaja sebulan.
5-Tidak ada kepuasan/ “klimaks” semasa hubungan yang telah lama berlarutan.

Setelah segala permasalahan telah terungkai maka kini bolehlah proses rawatan dilakukan,rawatan biasanya memakan masa panjang dan hasil yang positif biasanya boleh dijangkakan setelah 2 minggu menjalani rawatan jika mendapat kerjasama dari semua pihak.

Antara saranan yang diberikan untuk beliau ialah:
1-Mengambil “supplement” vitamin seperti multivitamin,EPO atau manjakani/kacip fatimah.


Evening Primrose Oil
2-Mengamalkan pemakanan seimbang.
3-Mengurut badan dan Sauna-untuk melancarkan perjalanan darah.
4-Membanyakkan pembacaan terutamanya hal-hal wanita dan hubungan seks.
5-Mengaktifkan semula hal-hal yang dulunya amat “seronok” untuk dilakukan seperti mandi bersama,meraba-raba pasangan dan aktiviti ringan-ringan.
6-Meluangkan lebih masa untuk bersama pasangan.
7-Memperbanyakkan komunikasi antara pasangan .
8-Lebih berfikiran terbuka antara pasangan semasa Seks.
9-Berhenti menyusu badan apabila anak sudah berumur 2 tahun.




Selain itu,antara rawatan yang memang berkesan sekarang ialah terapi gantian hormone atau disebut juga HRT.HRT berfungsi untuk membekalkan semula hormone Oestrogen,pregosteron dan Androgen yang telah berkurangan secara sintetik.







Antara Contoh Pil Hormon




HRT hendaklah diambil setiap hari samada untuk 21 hari atau sebulan tanpa henti bagi mereka yang tidak ingin didatangi kitaran Haid yang biasa.Antara pemeriksaan penting sebelum pengambilan HRT ialah:

1-Pemeriksaan Buah dada.
2-Pemeriksaan Tekanan Darah.
3-Pemeriksaan Pap Smear
4-Pemeriksaan berat badan.

HRT boleh diambil oleh hampir semua wanita yang mengalami masalah ketidak stabilan hormone seks terutamanya yang berumur dalam lingkungan 35 tahun ke atas, kecuali mereka yang mempunyai perkara berikut:

1-Pembengkakan/Benjolan pada buah dada yang belum disahkan bukan Tumor.
2-Darah Tinggi
3-Penyakit Jantung.
4-Kanser/pembengkakan pada peranakan.
5-Mempunyai keluarga yang mengidap kanser buah dada.
6-Pendarahan haid yang bermasalah.
7-Pesakit yang mempunyai risiko pembekuan darah.

Kesan samping HRT biasanya adalah ringan,antaranya ialah:
1-Kenaikan berat badan pada mereka yang kuat makan.
2-Pigmentasi/kloasma .
3-Mual dan loya-loya.
4-Sakit kepala.
5-Kesakitan pada buah dada.

Perlu diingat,HRT bukanlah penyebab Kanser buah dada ataupun kanser pangkal rahim seperti yang sesetengah wanita sangkakan,kebaikan HRT adalah jauh melimpahi keburukan yang mungkin pengamal HRT akan alami.

Secara umumnya,keberkesanan terapi HRT adalah hampir 100%,jadi jika anda tergolong dalam kumpulan yang mengalami masalah seperti di atas,berjumpalah doktor anda,mungkin ini boleh menyelamatkan rumah-tangga anda.

Terima kasih.
Soalan:
CAM MANE NAK HILANGKN BAU KETIAK KETIKA BERPELUH SELAIN MENGGUNAKN DEODORAN ?

Jawapan:
Bau ketiak/badan ketika berpeluh dipengaruhi oleh beberapa perkara:
1-Berat badan.
2-Jantina
3-Kitaran/ketidak stabilan hormone .
4-Alat kosmetik yang dipakai.
5-Pemakanan.
6-Penjagaan kebersihan badan.

Bau badan/ketiak terhasil apabila peluh yang dikeluarkan bertindak balas dengan bahan kimia dan bacteria/kuman yang ada dikawasan terlibat,ini adalah asas untuk menyelesaikan masalah bau ketiak.

1-Berat badan
Jika anda mempunyai berat badan yang berlebihan maka dinasihatkan anda untuk cuba menurunkan berat badan ketahap yang ideal.Umum mengetahui bahawa mereka yang gemuk/berat badan berlebihan akan berpeluh melebihi orang yang lebih kurus.Peluh yang terhasil juga lebih susah meruap pada mereka yang gemuk berbanding mereka yang kurus.

2-Jantina
Secara semulajadinya,kaum lelaki akan menghasilkan peluh yang lebih berbau berbanding kaum wanita atas faktor hormone semulajadi,hormone lelaki biasanya akan merangsangkan pertumbuhan bulu-bulu badan,saiz pori-pori yang lebih besar dan lebih kuat baunya.

3-Kitaran/ketidak stabilan hormone.

Kita dilahirkan mempunyai kedua-dua hormone seks lelaki dan hormone seks wanita tetapi dalam nisbah yang tertentu,lelaki mempunyai kadar hormone seks lelaki yang lebih berbanding kadar hormone seks wanita dan begitulah sebaliknya.Masalah akan timbul sekiranya yang sebaliknya berlaku.

Perempuan yang mempunyai kadar hormone seks wanita yang lebih rendah berbanding hormone seks lelaki secara umumnya akan menghasilkan peluh badan yang lebih kuat baunya berbanding perempuan yang mempunya kadar hormone seks wanita yang normal.

Ciri-ciri lain perempuan yang mempunyai hormone seks lelaki yang lebih tinggi ialah:
a-Saiz badan yang lebih besar/dada lebih bidang.
b-Otot yang lebih besar dan kuat.
c-Tekstur kulit yang lebih kasar,pori-pori lebih besar,kulit lebih berminyak.
d-Bulu badan yang lebih lebat dan kasar.
e-Jerawat yang lebih banyak.
f-Kitaran haid yang terganggu.

4-Kosmetik yang dipakai.
Biasanya wanita manyapu bedak talcum di ketiak/badan setiap hari untuk lebih wangi.Perlu diketahui bedak yang disapu di ketiak boleh menyumbat liang peluh,menghalang pemeruapan peluh dan memerangkap habuk dan kuman.Kombinasi semua ini akan menggalakkan pertumbuhan bacteria yang menghasilkan peluh berbau masam/hangit dan berwarna kekuningan.

5-Pemakanan.
Umum mengetahui bahawa sesetengah bahan makanan/minuman akan menghasilkan bau tertentu.Untuk mengelakkan peluh badan/ketiak berbau ,cuba elakkan pengambilan makanan/minuman berikut:
-Makanan berbau-bawang terutamanya yang dijeruk,petai,jering,budu dan sebagainya.
-Minuman bergas atau berkafeein-Kopi,Nescafe,Tea tertentu.
-Ubatan terutamanya ubatan tradisional seperti jamu tertentu.
-Merokok atau pengambilan minuman keras/beralkohol.

6-Penjagaan kebersihan badan.
Ini adalah faktor yang paling penting,mandi yang cukup dan sempurna boleh mengelakkan pembiakan bacteria/kulat,menghilangkan liang roma yang tersumbat dan menanggalkan sel-sel mati.

Bulu badan/ketiak jika ada hendaklah dicukur/dipotong secara berkala supaya tidak terlalu panjang yang boleh memerangkap peluh/bau dan menjadi tempat pembiakan bacteria yang menghasilkan bau busuk/masam.

Pakaian terutamanya pakaian dalam seboleh-bolehnya hendaklah dari kain kapas yang mudah menyerap peluh,bagi kaum wanita pemakaian anak baju berkain kapas amat membantu untuk mengelakkan bau peluh.

Secara umunya jika anda mempunyai badan/ketiak yang berbau,cubalah langkah perawatan/pencegahan berikut:
-Mendapatkan berat badan ideal.
-Mengamalkan pemakanan seimbang dan meminum 2-3L air sehari.
-Menjaga kebersihan badan.
-Mengamalkan pengambilan vitamin tertentu seperti EPO,Manjakani,Kacip Fatimah untuk golongan wanita.
-Mengelakkan penggunaan bedak diketiak.
-Berjumpa doctor sekiranya anda mengalami jangkitan kuman/kulat,mengalami ketidakstabilan hormone.
-Menjaga pemakanan,lebihkan sayur dan buah-buahan.

Walau apapun sekiranya anda malas untuk berusaha seperti yang disarankan,maka gunalah pelindung bau seperti Deodoran atau pewangi yang sememangnya lebih murah ,cepat dan berkesan untuk jangkamasa pendek.

Harap cik/puan berpuas hati.Terima kasih.

Dr.Mazlan Mat.

Bagaimana Nak Mula Pelaburan Emas


December 10, 2009 by  
Filed under Cerita Emas


Salam sahabat emas…Rupa-rupa masih ramai yang tidak tahu nak mula pelaburan emas.Mereka bukan tak nak tapi tidak tahu hendak mula dari mana.Patut ler pelaburan emas kurang menyerlah di Malaysia berbanding pelaburan haram/skim cepat kaya / mlm / piramid dan seumpamanya.

Adakah mereka yang tahu mengenai pelaburan emas tidak menyampaikan info mengenai pelaburan emas ? Adakah pelaburan emas memerlukan modal yang tinggi ?
Adakah pelaburan emas tidak mendatangkan pulangan yang banyak dan cepat ?
Adakah sikap orang kita sendiri malas untuk mencari ilmu mengenai pelaburan emas ?

Baiklah , kita tinggalkan persoalan diatas kerana jawapannya tidak penting sama sekali.Apa yang penting tindakan.Tanpa tindakan kita tidak akan ke mana-mana.Jika anda sudah pun mengetahui tentang emas , saya rasa ia satu anugerah yang cukup bernilai dari Allah Taala.So tugas kita semua , sampaikan pada mereka yang belum @ tidak tahu mengenai emas.

So bagi meneruskan cerita emas pada kali ini , saya huraikan secara ringkas bagaimana nak mula pelaburan emas / perniagaan emas.

  1. Sediakan modal yang mencukupi.Modal yang diperlukan dalam bentuk duit fiat dan ilmu mengenai emas ( ilmu boleh dipelajari blog ini secara percuma @ cari info di enjin carian @ belajar secara langsung dengan orang yang berpengelaman ).
  2. Setelah anda mempunyai modal , terdapat 2 kaedah pelaburan emas.Kaedah pertama dengan beli/jual emas fizikal seperti dinar kelantan/kijang emas/emas public gold dan sebagainya.Kaedah kedua dengan membuka akaun pelaburan emas dengan bank Maybank atau Public Bank.
  3. Akhir sekali , anda perlu sentiasa mengikuti perkembangan emas dari semasa ke semasa.
alhamdulillah, bukankah Nabi Muhammad telah menjelaskan dalam beberapa hadis sahih bahawa semua penyakit pasti ada ubatnya kecuali mati. Contohnya madu,habbatussauda, minyak zaitun banyak khasiatnya. saya ingin berkongsi ilmu yang saya pelajari dari Tuan Haji Ismail (HPA) gunakan malac(akar buluh dan akar lalang) dan air mineral untuk mengeluarkan wap panas dalam badan melalui air kecil. jika perlu penjelasan atau berkongsi ilmu boleh hubungi saya Amir( Langkawi) 0134866960
lagi satu kalau kena gatal2 kulit boleh cuba ubat buatan sendiri ( home made ) ambil kulit limau purut ( kulit sahaja ) & kunyit - tumbuk sampai lumat lepas tu gaul dgn minyak zaitun kemudian sapu - InsyaAllah berkesan,sebelum tu bacalah surah Fatihah dgn ingatan minta bantuan direct kepada Allah ArRahman ArRahim
Elakkan langsung makan ayam, udang, kerang, ketam, sotong dan telur.

Rawatlah buah pinggang sdr dengan panduan di GOUT, punca dan insya-Allah anda boleh puleh, TIPs di url http://emjayjb.multiply.com/journal/item/75.

Gunakan krim di farmasi untuk mengubat kurap dan beli sekali sabun kurap.

Mudah-mudah dapat mengatasi masalah tersebut.

40 Hikmah terhasil daripada solat yang Khusyuk


http://sub3.rofof.com/img4/05eqjvn12.jpg
آية عظيمة تتحدث عن أنبياء الله عليهم السلام، وتصفهم بعدة صفات منها الخشوع، يقول تعالى: (إِنَّهُمْ كَانُوا يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَيَدْعُونَنَا رَغَبًا وَرَهَبًا وَكَانُوا لَنَا خَاشِعِينَ) [الأنبياء: 90].
90.  Maka kami memperkenankan doanya, dan kami anugerahkan kepada nya Yahya dan kami jadikan isterinya dapat mengandung. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada kami dengan harap dan cemas[970]. dan mereka adalah orang-orang yang khusyu’ kepada kami.
[970]  Maksudnya: mengharap agar dikabulkan Allah doanya dan khawatir akan azabnya.

أما المؤمنين فقد شملتهم هذه الصفة أيضاً، يقول تعالى: (قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ * الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ) [المؤمنون: 1-2].
1.  Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,
2.  (yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam sembahyangnya,

وحتى الجبل فإنه يخشع أمام عظمة كلام الله تعالى، يقول البارئ سبحانه: (لَوْ أَنْزَلْنَا هَذَا الْقُرْآَنَ عَلَى جَبَلٍ لَرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُتَصَدِّعًا مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ) [الحشر: 21].
21.  Kalau sekiranya kami turunkan Al-Quran Ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. dan perumpamaan-perumpamaan itu kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.


والسؤال الذي كنتُ دائماً أطرحه: هل الخشوع مجرد عبادة أم أن له فوائد طبية تعود بالنفع على المؤمن؟ لقد درس العلماء حديثاً ما يُسمَّى بالتأمل، وبعد تجارب كثيرة على التأمل (ولدينا في الإسلام الخشوع) تبين وجود عدد كبير من الفوائد نلخصها في النقاط الآتية:

1- ينخفض استهلاك الأكسجين أثناء الخشوع مما يوفر للجسم حالة راحة مثالية.
Merendahkan kandungan oksigen semasa khusyuk memberi kerehatan terbaik untuk tubuh badan.

2- يخفّض نسبة التنفس مما يساعد على الوصول لمستويات مثالية في الاسترخاء.

2 – mengurangkan kadar pernafasan, yang membantu untuk mencapai tahap ketenangan yang sempurna.
3- يحسِّن جريان الدم كما يحسّن أداء القلب.
3 – meningkatkan aliran darah dan meningkatkan prestasi jantung.

4-ممارسة الخشوع مفيدة جداً لأولئك الذين يعانون من انفعالات عصبية مزمنة!
4 – amalan khysyuk  amat berguna untuk mereka yang mengalami emosi neurologi kronik!


5- يخفض نوبات القلق، ويزيد من التفاؤل والأمل.

5 – mengurangkan kebimbangan, meningkatkan keyakinan dan harapan.

6- يخفض التوتر العضلي ويساهم في استرخاء العضلات.

6 – mengurangkan ketegangan otot dan membantu otot berehat.

7- يساعد على الشفاء من أمراض القلب وبخاصة الموت المفاجئ.

7 – Membantu dalam penyembuhan penyakit jantung dan kematian  secara tiba-tiba.
8- يساعد على شفاء بعض الأمراض المزمنة مثل الحساسية والتهاب المفاصل.
8 – membantu menyembuhkan beberapa penyakit kronik seperti alahan dan artritis.

9- يقوّي النظام المناعي للجسم مما يساعد على مقاومة أي مرض كان.

9 – menguatkan sistem imun yang membantu untuk menentang sebarang penyakit.
10- يمنح الإنسان القوة والثقة بالنفس والطمأنينة.

10 – memberikan kekuatan manusia dan keyakinan diri serta  ketenangan fikiran.
11- يمكن ممارسة الخشوع لتخفيض الوزن!
11 – Boleh mengamalkan amalan khusuk  untuk mengurangkan berat badan!
12- يخفض تنكّس الخلايا مما يؤدي إلى إطالة العمر وتأخير الشيخوخة (بإذن الله)!
12 – mengurangkan degenerasi sel, yang membawa kepada memanjangkan jangka hayat dan penuaan kelewatan (Insya-Allah)!
13- يمكن ممارسة الخشوع كعلاج للأوجاع والآلام المزمنة والصعبة، (السيطرة على الألم).
13 – Berusaha mencapai khusyuk  sebagai rawatan untuk kesakitan dan sakit kronik, sukar, (dapat mengawal kesakitan).
14- الخشوع أسهل علاج للصداع النصفي والشقيقة.
14- Khusyu adalah cara paling mudah untuk merawat  sakit kepala dan migrain.
15- يساعد على علاج الربو.
15 – Membantu menyembuhkan asma.
16- يحسّ، النشاط الكهربائي للدماغ ويرفع طاقة الجسم.
16 – Menimbulkan kecerdasan otak dan meningkatkan tenaga badan.
17- يمنح الإنسان ثقة عالية بالنفس.
17 – Manusia memberi  keyakinan diri yang tinggi pada mereka yang khusyuk.
18- لمعالجة الخوف وبعض التوترات النفسية المتعلقة به.
18 – Dapat mengawal perasaan takut dan  ketegangan mental serta panyakit yang ada berkaitan dengannya.
19- يساعد على التركيز والسيطرة على القدرات العقلية.
19 – Dapat merancang dan mengusai  mental .
20- يساعد على زيادة القدرة على التعلم والاستيعاب والتذكر.
20 – Membantu meningkatkan keupayaan  belajar dan mengambil pangajaran serta mengingatinya.
21- الخشوع هو الطريق الوحيد للحصول على التفكير الإبداعي!
21 – Khusyuk adalah satu-satunya cara untuk menghasilkan buah  fikiran yang kreatif!
22- الخشوع يساعدك على الاستقرار العاطفي.
22 – Khusyuk  membantu anda untuk kestabilan emosi.
23- يساعد في صيانة الخلايا وبخاصة خلايا الدماغ.
23 – membantu dalam penyelenggaraan sel-sel, terutama pada  sel-sel otak.
24- يؤدي إلى تحسين العلاقات مع الآخرين (حسن الخلق).
24 – Mendidik kepada hubungan baik dengan orang lain (melalui akhlak yang baik).
25- يساعد على إهمال القضايا التافهة (لاحظ أن الله تعالى ذكر الخشوع ثم ذكر اللغو فلماذا؟).
25 – Membantu mengabaikan isu remeh-temeh  (Perhatikan pada firman Allah SWT  tentang khusyuk pada bahasa , kenapa kita masih mensia-siakannya, mengapa?).
لقد ربط القرآن بين الخشوع وبين الإعراض عن الأشياء التافهة (اللغو)، ويؤكد العلماء هذه القاعدة، حيث يقولون: إن أفضل طريقة لمعالجة التفكير السلبي والهموم المستعصية والاهتمامات غير المفيدة والكلام الكثير بدون فائدة… كل هذا يمكن علاجه بسهولة وبقليل من التأمل كل يوم، وبالنسبة لنا المسلمين نقول: أفضل طريقة لعلاج أي مشكلة نفسية أو جسدية أو اجتماعية أن تبدأ برياضة الخشوع فتقرأ القرآن وعلومه وتتفكر في خلق الله!!
Terjemahan google tanpa edit
Hubungan antara al-Quran dan menghormati semua gejala perkara remeh (terbiar), dan saintis mengesahkan peraturan ini, di mana mereka berkata: Cara terbaik untuk menangani pemikiran negatif dan kebimbangan kronik dan kebimbangan adalah berguna dan banyak bercakap tanpa faedah … Semua ini boleh dirawat dengan mudah dan dengan meditasi sedikit setiap hari, bagi kita umat Islam, kita katakan: cara terbaik untuk merawat sebarang masalah fizikal atau psikologi, atau untuk memulakan menghormati sukan sosial membaca al-Quran dan Sains dan memikirkan tentang ciptaan Allah!
26- الخشوع يساعدك على زيادة معدل إنتاجك في العمل.
26 – Khusyuk membantu anda untuk meningkatkan produktiviti anda di tempat kerja.
27- يطوّر قوة الإرادة وينقّي الشخصية من المشاكل النفسية.
27 – membangunkan tekad dan membersihkan jiwa daripada masalah psikologi peribadi.

28- يساعد على تحسين أداء الدماغ، مما يساعد على اتخاذ القرار الصحيح.

28 – Membantu meningkatkan prestasi otak, yang membantu untuk membuat keputusan yang betul.

29- يخفف من العدوانية لدى الأشخاص ذوي الميول العدوانية.

29 – mengurangkan keganasan dalam masyarakat dengan kecenderungan agresif.
30- يساعد على الشفاء من “داء التدخين” !!

Membantu dalam penyembuhan daripada “penyakit merokok!”
31- يساعد على نوم أفضل ويعالج الأرق، ويعالج اضطرابات النوم.
31 – Membantu untuk tidur yang lebih baik dan insomnia penawar, serta gangguan tidur .
32- يزيد الشعور بالمسؤولية.

32 – Menambah  rasa lebih bertanggungjawab.
33- يطوّر مهارات الاستماع والتفاعل مع الآخرين وكسب ثقتهم.

33 – Membantu membangunkan kemahiran mendengar dan interaksi dengan orang lain dan mendapat kepercayaan mereka.
34- الخشوع يمنحك قدرة غريبة على تحمل المصاعب ومواجهة الظروف الصعبة بهدوء!
34 – Khusyuk   memberikan anda keupayaan untuk menghadapi kesusahan dan menghadapi keadaan sukar secara tenang!
35- يجعل الإنسان أكثر توازناً في حياته الاجتماعية.

35 – Menjadikan   manusia yang lebih seimbang dalam kehidupan sosialnya ( dalam masyarakat ).
36- يمنحك الهدوء النفسي والقدرة على حل المشاكل وبخاصة عندما تواجه أكثر من مشكلة في وقت واحد!
36 – Membantu  anda menghasilkan ketenangan fikiran dan kemampuan untuk menyelesaikan masalah, terutama apabila berhadapan dengan lebih banyak masalah pada satu masa!
37- يحسن العلاقة بين الدماغ والقلب وبين النفس والروح.
37 – Menambah kebaikan dalam  hubungan di antara otak dan hati serta jiwa dan roh.

38- يزيد من قدرتك على العطاء والحب والخير.

38 – Menambah kemampuan anda  untuk memberi atau membantu orang lain dan kasih sayang serta  kebaikan .
39- يساعدك على التأقلم مع مختلف الظروف، وبخاصة الواقع الذي تعيشه.

39 – membantu anda untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang berbeza,  khususnya suasana kehidupan anda alami sekarang.
Rujukan Makalah :
http://www.nlpnote.com/forum/t38973/
Rujukan gambar Kaifiat Solat Malam :
http://www.yahosain.com/vb/showthread.php?t=135789
Silakan hantarkan pembetulan jika terdapat kesilapan dalam penterjemahan teks.
Memang demam panas sangat merbahaya untuk anak-anak kecil. Itulah sebabnya saya ajarkan ilmu daun bunga raya. Ambil secekak daun bunga raya, basuh, campur air dan ramas hingga keluar lendirnya. sapukan lendir ini di kepala dan ketiak anak. Ulang proses ini apabila ia kering.

Selain daun bunga raya air asam jawa juga boleh digunakan

Apa yang penting di dalam setiap proses ini adalah untuk mengelakkan suhu demam anak meningkat hingga boleh menyebabkan sawan.

Kalau demam campak lagi lama demam panasnya. Selain tuam kepala dengan air bunga raya atau asam jawa, kena cari air kelapa hijau untuk diminum bagi cepat mengeluarkan campaknya dan kena cari daun semambu untuk mengubatinya dan menghilangkan gatalnya. Bagi kes campak, elakkan ambil ubat doktor atau injection. Bila demamnya tak serius, campaknya tidak akan keluar dan penyakit campak ini akan ambil tempuh yang lagi lama untuk selesai dan anak akan on off demam.
Anak saya yang pertama banyak sekali bergantung kepada doktor dan ubat-ubatan moden. Anak saya yang terakhir (nombor 6) alhamdulillah dengan bimbingan arwah guru adalah anak yang paling tidak bergantung kepada ubat doktor terutama sekali antibiotik.

Bila demam, hanya kawal dari suhu tinggi melampau dengan menggunakan air daun bunga raya yang diramas disapukan ke kepala. Biarkan anak ini pulih dari demam secara semula jadi. Hasilnya memang fantastik alhamdulillah. Dia makin jarang demam.

Saya mendapat ilmu ini hanya setelah mendapat anak ke enam. Tidak ada anak lagi untuk diamalkan ilmu ini tetapi saya menasihati pembaca laman emjay untuk mengamalkannya. Antibiotik hanyak akan melemahkan imunisasi tubuh badan. Lebih baik latih badan untuk menghasilkan antibodi secara cekap untuk mengatasi demam. Dalam kes kronik tertentu, antibiotik mungkin diperlukan tetapi dalam kes demam biarkan badan kita cekap mengatasinya sendiri melalui pembinaan antibodi dengan jangan menggunakan antibiotik.

Saya gunakan ubat doktor dan farmasi hanya untuk kes-kes tertentu seperti gatal, luka dsbnya.

Sekian wassalam wallahualam