Hipokrit? Mesti kita semua pernah dengar perkataan itu dan semestinya kita tak suka akan orang yang bersikap hipokrit. Maksud hipokrit ini dari segi dewan bahasa mempunyai 2 makna,iaitu berpura2 berperangai baik, memperlihatkan keadaan diri yg berlainan dari yg sebenarnya dan satu lagi makna ialah munafik. Bagi maksud munafik ni lebih dari segi keagamaan iaitu seorang yang berpura pura beriman kepada allah,tetapi sesungguhnya mereka kafir serta ingkar kepada Allah dan rasulnya. Namun,erti kata hipokrit ini lebih luas,jum bace lagi~
Banyak perilaku manusia yang menjurus kepada hipokrit dalam perbuatan mereka. Antaranya;
1. CAKAP TAK SERUPA BIKIN
Depan orang,punyalah manis kata. Tapi bila di belakang kita,mengumpat! hu3
Cakap kat depan punyalah manis,tapi..kat belakang kawan mulalah mengumpat sana sini,kutuk kawan,putar belit cakap. Malah,kawan paling rapat sendiri pun ada juga yang bersikap hipokrit sehinggakan membocorkan rahsia yang kita luahkan kepada mereka dengan harapan dia boleh menyimpan rahsia. So,kita perlulah berhati-hati semasa bersahabat!
2. BAGI IDEA BERNAS/ARAHAN, TAPI DIRI SENDIRI TAK BUAT
Dia cuma arahkan orang lain buat kerja,tapi xsumbang apa2 dalam pelaksanaan kerja
Ini pun aku pantang manusia yang rajin beri pendapat yang bagus,tapi bila dalam membuat kerja tak buat pun. Lagi yang aku tak suka bila buat arahan bermacam-macam,lagak seperti ketua. Tapi langsung tak menyumbang tenaga dalam kerja. Ini biasanya berlaku semasa membuat tugasan berkumpulan.
3. KOMEN TENTANG ORANG LAIN BUAT SESUATU,TAPI DIRI SENDIRI BUAT
Doktor ini larang merokok..tp diri sendiri merokok..adehhh
Sebagai contoh,aku tulis kat status yang aku ni takkan pergi 'Clubbing' dengan joyah-joyah itu,padahal realitinya aku pergi ke sana jugak. (kisah tidak benar :P). Perkara ini selalu terjadi dalam perhubungan sosial sekarang. Ada juga kes pasal orang yang melarang orang daripada melakukan sesuatu,tapi diri sendiri buat gak.
Contohnya Ustaz/ustazah melarang orang melakukan sumbang mahram,tapi ada sebilangan kecil mereka tetap melakukan perbuatan tekutuk itu. Contoh lain pula doktor dan aktivis anti rokok yang melarang masyarakat daripada merokok kerana merokok membahayakan kesihatan,tapi ada segelintir mereka yang hisap rokok gak. Ape kess??? hu3.
4. NAMPAK BAGUS DARI LUARAN,TAPI RUPANYA SEBALIKNYA
luaran nampak skema dan baik orangnya. Tengok-tengok kaki tengok citer blue..isk3
Aku cerita pasal ni pun sebab aku kenal sangattttt dengan manusia yang jenis2 ni.Memang ada depan mata pun..Itu yang bahay tu..Kita sendiri memang sentiasa kena beringat . Spesis ni nampak sengihhh je depan kita, tapi bila belakang kita...menyembur-nyembur mengumpat kita tau! Aku dah terkena dengan si polan ni. Dulu pernah jadi kawan baik! Itu yang paling aku kesalkan!pernah menjadi sahabat dia!Kalaulah boleh diulang balik masa ni, akan aku pastikan aku tak hingin jumpa si capok (gelaran) ni! Sumpah! Tak kuasa!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan