Khamis, 30 Mei 2013



Mungkin sudah nasibku....
Hanya duduk terpaku disini..
Mulanya tidak kuendah
memang sudah tugasku disini
kerja itu satu amanah
Satu ibadah...
Biar yang lain bebas melata
masing-masing berterbangan
Tanpa ada yang kawal selia

Kalau aku????
Surat tunjuk sebab yang kan ku dapat!
Itulah istimewanya aku
Bila resah begini 
Aku rasa bagai dipenjara
kernan sentiasa diperhati

Entahlah! 
Perasaan ini muncul 
Bilamana ada saja yang mengganggu
Yang cuba mengajar aku
tentang tugasku
Yang telah hampir 8 tahun aku lakukan!

Aku bagai ditelanjangi
Dibogelkan
Diaibkan 
Masing-masing memperkatakan soalku
Dan ketika aku tiada disitu
Jadi Bagaimanakah aku mampu untuk 
membela diriku sendiri???

Tangisan menjadi rutinku
Airmata kini menjadi teman setiaku
Tiada lagi ceria didalam diri ini
Yang ada hanya sebuah kesakitan!
Keperitan!
Dan sebuah dendam.....

Tiada ulasan: