Isnin, 17 November 2014
SANTAI BAHASA BERSAMA NIK: Panduan membina Papan Cerita
SANTAI BAHASA BERSAMA NIK: Panduan membina Papan Cerita: Prosedur Penyediaan Papan Cerita Keperluan : 1. Set komputer (multimedia beserta mikrofon) dan pencetak. 2. Perisian Microsoft Office XP y...
Rabu, 29 Oktober 2014
MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI: KITA KONGSI 20 AMALAN MENBUKA PINTU REZEKI
MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI: KITA KONGSI 20 AMALAN MENBUKA PINTU REZEKI: AL – FATIHAH Sebelum memulai 20 amalan mulia yang akan anda mulai sesudah membaca amalan ini, anda terlebih dahulu diharuskan untuk ...
MENYUSUR MINDA...: Cara Mudah Untuk Menabung
MENYUSUR MINDA...: Cara Mudah Untuk Menabung: Kebelakangan ini saya sering melawat blog-blog berkaitan dengan ilmu kewangan dan pelaburan. Rupanya begitu banyak ilmu, tips dan pandu...
atanahmad.net: Pentingnya sedekah dengan murahnya rezeki.
atanahmad.net: Pentingnya sedekah dengan murahnya rezeki.: Salam, Saya mulakan dengan petikan dari AL QURAN. Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (j...
atanahmad.net: Tips menabung. Cubaan mengumpul duit kertas RM5. D...
atanahmad.net: Tips menabung. Cubaan mengumpul duit kertas RM5. D...: Salam, Aku ada terbaca satu blog pasal pengurusan kewangan. Dia akui orang melayu ni kebanyakkannya liat nak menyimpan. Asal ada duit j...
Motivasi : Tips – 8 Petua Menabung Secara Efektif Dan Sistematik
Sudahkah Anda Menabung?
Sudah 10 tahun saya menabung secara serius atas inisiatif sendiri semenjak tahun 2002. Begitu pantas masa berlalu, – dan bersyukur kepada Allah SWT di atas pengalaman yang berharga ini. Bagi saya, menabung adalah satu amalan yang baik dan mampu meninggalkan kesannya yang tersendiri bagi si pengamalnya.
Statistik kajian Persatuan Pendidikan dan Penyelidikan Untuk Pengguna, Malaysia (ERA Consumer Malaysia) dan Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) menunjukan bahawa, antara golongan yang banyak berhutang dan diisytihar bankrap adalah golongan muda yang berusia berusia antara 18 tahun sehingga 35 tahun.
Hasil kajian didapati bahawa lebih kurang 47 % pekerja muda mempunyai hutang yang serius iaitu lebih 30% daripada gaji bulanan mereka digunakan utuk membayar hutang . Dan, kajian juga mendapati, 37 % pekerja muda mengaku bahawa mereka berbelanja melebihi tahap kemampuan mereka. Ia adalah sesuatu yang mengejutkan kita semua. Terfikir bagaimanakah hal ini begitu mudah terjadi? Di manakah silapnya?
Menabung = Latihan berjimat cermat
Kali ini, saya ingin kongsikan sendiri pengalaman 10 tahun menabung yang pada asalnya saya terinspirasi daripada amalan tabungan yang diamalkan oleh abah saya sendiri. Semenjak sekolah rendah, saya akan melihat abah saya sentiasa menyimpan duit syiling RM 1 beberapa keping ke dalam tabungnya yang diperbuat daripada kayu setiap hari. Kemudian, apabila sudah penuh – tabung itu akan dipecahkan. Lalu, antara insan yang terpilih untuk membantu mengira wang adalah saya.
Tahukah apa perasaan saya ketika itu?
Sangat-sangat teruja, termotivasi dan terbangkit perasaan untuk memiliki tabung sendiri. Wang yang banyak dihadapan mata membuatkan saya begitu bersemangat untuk memulakan langkah awal untuk menabung seperti abah saya. Namun, hasrat itu hanya benar-benar berlaku apabila saya memasang tekad untuk menabung secara serius ketika tingkatan 5. Akhirnya, dengan izin Allah SWT saya berjaya menabung selama setahun sepanjang tingkatan 5 dan memecahkan tabung selepas keputusan SPM diumumkan.
Wah! Itulah hasilan pertama yang penuh keterjuaan! Wang pada ketika itu sekitar RM 280. Sehari seringgit, lama-lama membukit! Baiklah, saya kongsikan bersama petua-petua yang berkesan untuk menabung :
1. Tanamkan MINAT Untuk Menabung
Ya. Ia syarat yang utama. Minat itu penting kerana menabung merupakan satu pekerjaan. Ia perlu dilakukan setiap hari tanpa jemu. Tanpa minat yang mendalam, lama kelamaan yang tinggal hanya tabung yang kosong tanpa isi.
Macamana? Bolehkah dengan langkah pertama ini?
Anda berminat?
2. Pastikan Target Simpanan Yang Akan Ditabungkan Setiap Hari
Ini penting. Jumlah tabungan harian perlulah jumlah yang sama. Contoh sehari RM 1. Justeru, kita akan pastikan setiap hari sebanyak RM 1 akan dimasukan ke dalam tabung kita tanpa sehari pun tertinggal.
Jika tertinggal, maka kita akan cover balik dengan memasukan jumlah hari yang terlepas.
Sebagai permulaan, tidak perlu banyak. Jika mampu RM 0.50 maka, menabunglah RM 0.50. Kemudian, lihatlah hasilnya setahun kemudian.
Saya yakin, pada tahun pertama anda akan begitu gembira!
3. Jenis Tabungan Yang Kukuh Dan Selamat
Saya syorkan jenis tabung anda adalah jenis yang diperbuat daripada kayu, besi, aluminium atau ukiran tanah liat. Yang penting asalkan, ia sukar dibuka. Jadi, wang kita sama ada syiling atau kertas akan kekal di situ selepas setahun.
Jika terdesak pun, kita tidak akan usik wang tabungan kita kerana ia susah dibuka dan memerlukan usaha untuk memecahkannya.
4. Letak Tabung Ditempat Selamat Tetapi Mudah Lihat
Seterusnya, sewajarnya kita meletakan tabung kita ditempat yang selamat tetapi ia mudah dilihat oleh kita. Kerana apa? Ia akan menarik perhatian kita setiap hari di awal pagi untuk menabung.
Contoh, sebelum ke tempat kerja, sekolah atau univerisiti – tabunglah yang akan kita lihat dan memasukan duit ke dalamnya sebelum berbuat urusan kerja yang lain. Secara tidak langsung, ia menjadi perkara utama yang kita lakukan setiap hari.
5. Masukan Menabung Sebagai Keutamaan Dalam Jadual Hidup
Kelihatan petua ini terlalu mudah, tetapi ramai yang gagal menabung kerana “minda” si penabung tiada dalam agenda hidupnya. Akhirnya, terlupa dan akan terus terlupa.
Mudah bukan, celik mata – antara perkara terawal kita lakukan ialah masukan duit ke dalam tabung. Mulakan dengan mindsetting sebegini, yakinlah bahawa akhirnya menabung akan menjadi sebahagian daripada kehidupan kita.
6. Kenalpasti Punca Simpanan Tabungan Anda
Ada yang akan tertanya-tanya. Mana cukup duit saya untuk disimpan? Maka pelbagai alasan yang akan kedengaran. Baiklah, begini sahaja. Kita sebenarnya boleh semak seharian perbelanjaan secara menyeluruh dan akan sedari ada barang-barang harian yang dibeli tanpa keperluan.
Jika kita gantikan ia dengan niat untuk menabung, maka wang itu akan bermanfaat untuk tabungan kita. Bagi contoh seperti membeli surat khabar 2 jenis yang berbeza , maka kita kurangkan kepada satu. Satu akhbar berharga RM 1.20 sudah boleh disimpan wangnya dalam tabungan kita. Contoh lain ialah bayaran mencuci kenderaan kita motor atau kereta. Kita rajinkan diri membasuh kereta dan wangnya tadi boleh disimpan sebagai tabungan. Mudah bukan?
Bagaimana? Nampak laluannya?
7. Disiplin, Disiplin dan Disiplin
Wah! Penatnya membaca perkataan ini. Relaks dan tenang-tenang sahaja. Untuk menjayakan misi menabung ini – saya perlu akui bahawa disiplin adalah prasyarat yang harus ada amalan menabung. Tanpanya, segala impian akan terkubur!
Bagaimana hendak disiplin?
Jawapannya : Paksa, paksa dan paksa diri. Jika sudah memiliki tabung, maka paksalah diri untuk melaksanakannya. Jika terlupa, kita cuba cover balik mana yang tertinggal. Yang terpenting, kita teruskan menabung tanpa putus asa.
8. Berpegang kepada prinsip – Seringgit demi seringgit, lama-lama membukit!
Akhirnya, ialah yang harus ada kepada si pengamal amalan menabung. Prinsip sabar, sabar dan sabar. Tiada kejayaan yang mudah dalam apa jua lapangan dan bidang kerja. Begitu juga dengan menabung.
Sehari Seringgit, Lama-lama membukit akan menjadi kenyataan jika kita terus cekal dalam kesabaran. Mulakan secara berperingkat-peringkat dan bertahap. Yakinlah dengan diri sendiri.
Anda boleh!
Penutup : Rahsia Kehidupan
Yang terpenting yang saya perolehi daripada amalan menabung ini ialah rahsia mengecapi kejayaan dalam kehidupan. Apakah dia?
Itulah – istiqamah, konsisten dan berterusan. Melalui tabungan 10 tahun ini, saya telah menggunakan wang itu untuk pelbagai perkara – termasuk perbelanjaan perkahwinan saya, membeli buku-buku ilmiah saya, mengurus keperluan keluarga saya dan target masa hadapan ialah saya akan gunakan ia untuk menunaikan ibadah haji pada tahun 2025 nanti.
Apakah perkara yang paling menggembirakan hasil daripada menabung?
Mengira wang simpanan yang banyak? Bagi saya tidak, yang menggembirakan ialah apabila kita dapat memanfaatkan dan menggunakan wang hasil tabungan untuk sesuatu yang berharga untuk diri dan keluarga kita serta boleh disedekah kepada mereka yang memerlukan.
InsyaAllah. Keberkatan menabung akan kita rasai suatu hari nanti. Justeru, usah tunggu lagi.
Menabunglah hari ini dan sekarang juga!
——
Tabung + Wang + Niat + Matlamat = Berkat!
kredit to :http://langitilahi.com/v2/11548
Selasa, 28 Oktober 2014
Cara Buat Minuman Detoks Sendiri - Mudah & Murah!
Cara Buat Minuman Detoks Sendiri - Mudah & Murah!
- See more at: http://jurnalcikros.blogspot.com/2013/10/buat-minuman-detoks-sendiri-dirumah_10.html#sthash.qyJGDhaU.dpuf
Selalunya kita memilih untuk minum air kosong sahaja bagi menghilangkan dahaga, atau setelah mengambil minuman yang manis kita imbangikan pula ia dengan meminum lebih banyak air putih..
Disini saya ingin berkongsi satu cara detoks yang mudah, murah dan selamat.
Disini saya ingin berkongsi satu cara detoks yang mudah, murah dan selamat.
Jika sebelum ini kita selalu mengambil air putih dengan tujuan yang sama, apakata kali ini kita cuba variasikan sedikit air minuman kita seperti cara di bawah:
Bahan-Bahan:
-1-2 liter Air Putih (bergantung pada banyak mana yang anda inginkan)
-Tembikai @ Timun - dipotong/dihiris
-1 biji lemon
-beberapa helai daun pudina (lebih kurang 10-13 helai)
-Ais kiub
-Tembikai @ Timun - dipotong/dihiris
-1 biji lemon
-beberapa helai daun pudina (lebih kurang 10-13 helai)
-Ais kiub
Cara-Cara Penyediaan:
- Masukkan buah tembikai atau timun yang telah dipotong ke dalam sebekas jag
- Kemudian masukkan lemon yang telah dihiris bersama buah tadi.
-Masukkan daun pudina dan tuangkan air sejuk ke dalam bahan tadi.
-Biarkan kesemua bahan ini semalaman di dalam peti ais
Pilihan 1: Tembikai + Mint
Pilihan 2: Timun + Lemon
ATAU
Combine je mana-mana buah / lemon / daun pudina atau campur je semua
dalam minuman detoks anda..pun boleh juga
senang je kan =)
nak tau lebih lanjut boleh lawat everydayroots.com -> sini
saya pun nak cuba juga nanti di rumah
kalau dah buat nanti jangan lupa share post anda disini ;)
Redcomel: CARA NAK KURUSKAN BADAN II : DIET APPLE HIJAU
Redcomel: CARA NAK KURUSKAN BADAN II : DIET APPLE HIJAU: Hi :D Saya tak tahula samaada saya ni orang yang bertauliah nak bercerita pasal diet ni; sebab saya bukan medical doctor ataupun ahli terapi...
Isnin, 27 Oktober 2014
New Interesting Manuscripts: Minuman Fiber Jadi Pilihan Untuk Kurus!
New Interesting Manuscripts: Minuman Fiber Jadi Pilihan Untuk Kurus!: Assalamualaikum WBT, Kenyang sudah sebab baru je lepas makan nasi untuk lunch. Takpe2, still boleh maintain, hehe.. Eh, tadi saya ...
Bukan Kisah Dongeng: Review Produk 1 : Tawas Crystal Deodorant
Bukan Kisah Dongeng: Review Produk 1 : Tawas Crystal Deodorant: Salam, Aku memang allergic dengan deodorono ( bak kata Shahrul Shiro ), especially kalau yang dalam bentuk roll-on atau stick. Sebelum ...
Langgan:
Catatan (Atom)