Isnin, 8 September 2014
Curi tulang gajinya haram 2
Kita berasa marah dan jijik kepada pencuri kerana perbuatan itu adalah salah di sisi agama, akhlak dan masyarakat. Sikap negatif kita terhadap pencuri disebabkan pendidikan agama yang diterima selama ini. Pencuri yang ditakuti biasanya adalah pencuri harta, karya dan benda yang dapat dilihat atau dirasa. Sebaliknya kita tidak sedar berlaku pencurian masa atau lebih difahami dengan istilah ‘curi tulang’ dalam tugas harian. Apabila kita ditawarkan pekerjaan di dalam kerajaan atau swasta. Dalam surat tawaran kerja akan tercatat perintah tetap atau “standing orders” ataupun mengenai bidang tugas yang dipertanggungjawabkan kepada kita.
1. Waktu kerja. 8.00 pagi -5.00 petang.
Masalah Curi Tulang -Curi tulang gajinya haram
Budaya melewat – lewatkan kerja dan curi tulang sebenarnya adalah topik menarik untuk diperbincangkan kerana ianya begitu sinonim dengan budaya orang melayu.
Masa berkenaan mungkin memberi kesan positif pada budaya kerja syarikat, persekitaran kerja dan hasil perniagaan. Penggunaan internet untuk peribadi dan urusan rasmi pejabat selalunya bertukar ke dalam idea perniagaan baru atau pandangan ke arah meningkatkan keberkesanan operasi pada masa depan.
PERSOALANNYA : Apakah hukumnya pekerja yang segaja melewat-lewatkan kerja yang di pertanggungjawabkan ke atasnya ataupun semata-mata ingin claim hour lebih dengan niat untuk mendapat wang over time lebih dan sebagainya.
Pekerja curi tulang hilang keberkatan rezeki. Itu termasuk perbuatan tidak amanah lain seperti curi tulang
dengan tidur atau keluar minum sesuka hati dalam waktu bekerja, mencuri masa dengan melengah-lengah kan
kerja yang dipertanggung jawapkan semata-mata untuk membuat tuntutan kerja lebih masa.
Rezeki yang diperolehi dengan cara ini adalah tidak halal.

Teman beranggapan bahawa tanggungjawab kita menyiapkan kerja tepat pada masanya...melainkan memang tidak sempat kerana terlampau banyak kerja....seseorang itu perlu tahu tanggungjawab dan tugas masing-masing...barulah kerja yang dilakukan akan siap tepat pada masa yang di tetapkan….melengah - lerngahkan kerja untuk mendapat kerja lebih masa...itu tidak baik...kena ingat rezeki yang kita dapat nanti...akan jadi tidak halal. Peribahasa Inggeris menyebut ` don’t wait until tomorrow what you can`t do today `.
Itu belum lagi kita membicarakan soal kelewatan hadir ke mesyuarat, program, usrah, gotong royong dan sebagainya yang terkadang – kadang sudah menjadi suatu rutin dalam organisasi melayu maupun organisasi yang berteraskan perjuangan Islam….walaupun ayat surah Wal – Asri dan tasbih khafarah menjadi sebutan wajib sebelum berakhirnya majlis tertentu. Dalam isu ini siapa bohong siapa ?. Jawapannya ditangan kita kerana ciri- ciri keberkatan perjuangan adalah pendokongnya ` MENEPATI MASA, MENGHORMATI MASA DAN TIDAK MEMBUANG MASA `. Mulakan perubahan hari ini.
Teman teringat kekawan teman pernah sebut dulu – dulu pekerja ` tukang kebun ` di sekolah dan town board tak lah macam sekarang ini ada mesin rumput yang canggih dan cepat…..dulu hanya menggunakan ` pisau sabit ` tapi yang seronok katanya diaorang ini masa duduk berborak - borak sambil relax mengasah pisau 4 jam daripada memotong rumput 1 jam. Ini juga unsur – unsur curi tulang.
Menghabiskan masa melayari internet bagi tujuan peribadi seperti membaca dan membalas e-mel dan memasuki bilik sembang menjadi kaedah paling popular bagi pekerja menjadi trend mencuri tulang ketika bertugas.
Kadar pekerja melepak didapati sebanyak 2.09 jam sehari tidak kira waktu makan tengahari dan masa ini didapati dua kali ganda lebih lama berbanding sejam sehari yang dijangkakan oleh majikan.
Kadar pekerja melepak didapati sebanyak 2.09 jam sehari tidak kira waktu makan tengahari dan masa ini didapati dua kali ganda lebih lama berbanding sejam sehari yang dijangkakan oleh majikan.
Masa berkenaan mungkin memberi kesan positif pada budaya kerja syarikat, persekitaran kerja dan hasil perniagaan. Penggunaan internet untuk peribadi dan urusan rasmi pejabat selalunya bertukar ke dalam idea perniagaan baru atau pandangan ke arah meningkatkan keberkesanan operasi pada masa depan.
Bekerja mencari rezeki halal bukan sahaja bermaksud jangan bekerja di kilang pembuatan arak, di kandang kandang babi , bekerja sebagai pelayan yang menghidangkan arak, atau apa sahaja lah yang berada dalam kontek haram ni.
Mencari rezeki yang halal juga bermaksud bekerja dengan bersungguh sungguh, walaupun tiada dalam description job masa dapat offer letter tu.... tapi itu yang dikehendaki oleh majikan kita. Hendaklah kita melaksanakan kerja dengan amanah dan penuh tanggungjawab.
Manusia yang tabiatnya suka ponteng, lewat, curi tulang akan hilang rasa hormat orang lain terhadap kita. malah mungkin kita akan di cop.. "alah, dia tu, bukan hang tak tau, dia kan selalu lambat! tak punctual punya orang".. kata- kata itu mengundang rasa tidak enak bagi diri kita sendiri bila mendengar atau mengetahui orang berkata tentang kita.. sudahnya timbul masam muka pula nanti...lainlah jika kita jenis manusia yang tidak makan saman.
Saya tertarik dengan mutiara kata Almarhum Dato` Fadzil Mohd Noor yang bermaksud ` pekerjaan yang kita lakukan dalam perjuangan ini bukanlah sukarela….ianya adalah menjadi kewajipan dan amalan kita, dan jangan biarkan sehari pun berlalu TANPA kita bekerja untuk kemenangan Islam.
Shereen Yahya: apa nak buat kalau orang tak suka dekat kita ?
Shereen Yahya: apa nak buat kalau orang tak suka dekat kita ?: Assalamualaikum w.b.t buat semua followers & readers <3 Syukur Alhamdulillah for everything happened J Bismillahirrahm...
Jumaat, 5 September 2014
Kembaraku: PAKEJ BUDGET CUTI2 REDANG, PERHENTIAN & LANGKAWI 2...
Kembaraku: PAKEJ BUDGET CUTI2 REDANG, PERHENTIAN & LANGKAWI 2...: PAKEJ BUDGET CUTI2 REDANG 2014!!! Lokasi : Chalet di Kg Baharu Pulau Redang (bukan di Long Beach ye) PAKEJ PERTAMA 1) One day...
Khamis, 28 Ogos 2014
..SYAHRIN RAHIMI in the blog: DETOX DIET
..SYAHRIN RAHIMI in the blog: DETOX DIET: DIET DETOX merupakan diet yang agak popular di negara barat dan kini mula menular ke negara kita. Diet detox merupakan sejenis diet yang mem...
Limau Kasturi: 20 jenis sumber makanan fiber terbaik
Limau Kasturi: 20 jenis sumber makanan fiber terbaik: hai guys.... haa.. tajuk pertama yg cik limau nk bincangkan adalah tadaaaa..... "20 jenis sumber makanan fiber terbaik" .. ...

Langgan:
Catatan (Atom)