Rabu, 9 Julai 2014

Motivasi Hidup Hari Ini


Sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis, tetapi sebatang mancis juga dapat membakar jutaan pokok.

Jadi, satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran positif. Begitu juga satu fikiran positif dapat membakar semua fikiran negatif.

Mancis mempunyai kepala, tetapi tidak mempunyai otak. Oleh kerana itu, setiap kali ada geseran kecil, mancis akan terus terbakar.

Kita mempunyai kepala dan otak, jadi kita tidaklah perlu terbakar dengan perasaan marah hanya kerana geseran kecil.

Ketika burung hidup, ia memakan ulat tetapi setalah ia mati, ulat pula yang makan burung.

Waktu terus berputar sepanjang zaman sama seperti kitaran kehidupan terus berlaku. Jangan merendahkan siapa pun dalam hidup. Bukan kerana siapa mereka, tetapi kerana siapa diri kita.

Kita mungkin berkuasa hari ini tetapi ada yang lebih berkuasa dari kita.

Waktu kita sedang berjaya, kita merasa banyak teman di sekeliling kita. Apabila kita sakit, kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi harta.

Ketika kita tua, kita baru tahu bahawa masih banyak perkara yang belum kita kerjakan dan setelah diambang kematian, kita baru tahu begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia kerana sibuk hal keduniaan.

Hidup tidaklah lama, sudah saatnya kita bersama-sama membuat hidup lebih bahagia.

Saling menghargai, saling membantu dan memberi, juga saling menyokong.

Jadilah teman perjalanan hidup yang tanpa banyak soal dan syarat. Apa yang ditanam, itulah yang akan kita tuai.

Kita ini boleh diibaratkan seperti botol. Botol yang sama :

(1) kalau diisi air mineral, harganya RM1
(2) kalau diisi jus, harganya RM10
(3) kalau diisi madu, harganya RM100
(4) kalau diisi minyak wangi, harganya RM 1,000
(5) kalau diisi air longkang, ianya akan dibuang kerana langsung tiada harga dan tidak berguna

Botol yang sama tetapi harganya berbeza disebabkan oleh isi dalamnya yang berharga.

Manusia semua adalah sama. Yang membezakannya adalah iman dan amal dalam dirinya yang menyebabkan die berharga disisi manusia dan Allah atau dipandang hina oleh Allah lalu dibuang ke dalam neraka.

Fikir-fikirkanlah sebelum kita dipanggil dan disoal apa tujuan kita dihidupkan di dunia ini.

Wallahualam

kredit to :http://koleksi-ilmiah.blogspot.com

Khamis, 26 Jun 2014