Jumaat, 17 Februari 2012


Posted: 24 Jan 2012 04:08 AM PST

REAKTIF bermaksud tindak balas terhadap sesuatu yang berlaku. Sesuatu yang berlaku menyebabkan manusia terusik dan melakukan tindakbalas. Tindak balas yang berlaku selalunya bersifat spontan tanpa pemikiran dan kajian yang mendalam. Sikap reaktif selalunya berkait rapat dengan keadaan emosi seseorang.

Sekiranya emosi seseorang tidak stabil, tindak balas akan menjadikan keadaan atau sesuatu itu tidak stabil. Kalau emosinya resah dan kacau jalan berfikirnya penuh dengan kekacauan. Faktanya mungkin tidak lengkap. Analisisnya tidak tepat. Kesimpulan yang diambil juga tidak membayangkan adanya pemikiran yang mendalam terhadap sesuatu isu atau perkara.

Berfikir reaktif boleh membawa kepada kegopohan. Berfikir dalam suasana gopoh boleh menyebabkan kesilapan berlaku. Orang yang berfikir reaktif cepat membuat kesimpulan. Kadang-kadang mengambil pendekatan menghukum lebih daripada pendekatan memahami mengapa ia berlaku, bagaimana mengatasinya dan faktor-faktor apa yang boleh memberikan alternatif terhadap isu atau masalah yang berbangkit.

Berfikir reaktif menjadikan sesuatu keputusan yang dibuat dalam keadaan tidak masak atau separuh masak. Ia kadang-kadang membudaya pada diri seseorang. Bila menghadapi sesuatu masalah, mendepani sesuatu isu, mengalami sesuatu kebuntuan, ia tidak berfikir secara kritikal, strategik ataupun kreatif sebaliknya melakukan sesuatu berasaskan apa yang terlintas pada minda dan emosi dan kadang-kadang ledakan minda dan emosi menyebabkan keadaan menjadi lebih bercelaru.....ingin membaca terus klik sumber dibawah. 

Sumber: DR.SIDEK BABA

Salam Pembaca yang budiman, 

Di atas adalah sebahagian penerangan dari masalah kebuntuan yang diterangkan oleh Dr. Sidek Baba seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak.

Kebuntuan acapkali berlaku kepada semua orang samada berat atau ringan. Captain kadang-kadang juga buntu dibuatnya jika menghadapi masalah yang berat, insyaAllah ia dapat diatasi kemudiannya kerana sesuatu masalah yang dihadapi berat ataupun ringan, ingatkan Allah SWT itu sedang menguji kita. Kerana Allah SWT itu sayang hambaNya yang penyabar. Jadi setiap tindakan selepas itu dipermudahkan oleh Allah SWT. Allah SWT membuka jalan bagi hamba-hamba yang soleh.

Allah s.w.t berfirman di dalam surah al-Baqarah ayat 214 yang bermaksud:-
“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)”
Inilah jawapan dari Allah SWT mengapa kita diuji. Muhasabah kembali diri. Kita belum lagi sampai tahap ujian seperti para sahabat nabi yang mulia. Mengapa?

BACA DOA INI BILA ANDA KEBUNTUAN YANG AMAT SANGAT.


Maksudnya:

21. Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. 22. Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 23. Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya. 24. Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.

Wasallam.

Sumber: Doa ini diemail dari Sheikh Musa Sheikh Jusuh (Anak saudara dari Mekah). 

Yeahh Jom Kita Bersenam!!!









Ce Teka... Apa Yang Mereka Gossipkan?



Kenapa Tak Boleh Buat Panggilan Di Stesen Minyak

 
 
Mungkin ada diantara kita yang memandang remeh simbol di atas, tetapi ujikaji di bawah ini menunjukkanbahawa dengan beberapa panggilan daripada handphone disekitar kawasan yang mempunyai minyakkebakaran boleh terjadi.. Boleh di cuba ujikaji ini jika masih ragu.

Alat yang diperlukan :
1 Kuali (pan), Sedikit kertas, 1 rol aluminium foil, 1 handphone
Bahan-bahan tadi di letakkan seperti gambar di bawah
Selepas itu gunakan handphone untuk membuat
panggilan seberapa banyak...
Setelah beberapa panggilan dibuat ini yang akan terjadi
Ini menunjukkan mengapa kita dilarang menggunakan handphone ketika
berada di stesen minyak..so selamat beramal!

WANITA MUDAH ORGASME :- JIKA BIBIR ATAS LEBIH TEBAL...???




SATU lagi alasan untuk kita berasa cemburu dengan Angelina Jolie. Selain hidup bersama Brad Pitt, pemilik bibir seksi ini telah pun dinilai dapat memuaskan bekas suami Jennifer Aniston itu. Kerana apa?


Berdasarkan sebuah kajian baru yang diterbitkan oleh International Society for Sexual Medicine, wanita yang memiliki tuberkulum (area di tengah bibir atas) tebal lebih mudah meraih orgasme.


Tetapi belum diketahui apa kaitannya, namun penelitian yang dilakukan University of West Scotland terhadap 258 wanita tersebut membuktikan wanita yang memiliki bibir atas lebih tebal, lebih mudah orgasme. Sehingga, dengan bibir atas yang tebal, bintang "Wanted" tersebut dinilai mudah mengalami orgasme. Demikian seperti dikutipCosmopolitan, Rabu (28/6/2011).


Namun jangan berkecil hati bagi Anda pemilik bibir atas tipis! Sebab, bagaimana pun bentuk bibir Anda, Anda tetap boleh mengalami nikmatnya meraih titik G-Spot saat beradu asmara!!!



Cats And Dogs


01 Cats And Dogs
02 Cats And Dogs
03 Cats And Dogs
04 Cats And Dogs
05 Cats And Dogs
06 Cats And Dogs

07 Cats And Dogs
08 Cats And Dogs
09 Cats And Dogs
10 Cats And Dogs
11 Cats And Dogs
12 Cats And Dogs
13 Cats And Dogs
14 Cats And Dogs
15 Cats And Dogs
16 Cats And Dogs
17 Cats And Dogs
18 Cats And Dogs
19 Cats And Dogs
20 Cats And Dogs
Source
Sumber: Barnorama

Khamis, 16 Februari 2012


Idea Perniagaan Yang Boleh Anda Jalankan Di rumah

1
Posted on June 7, 2011 by
coklat 300x225 Idea Perniagaan Yang Boleh Anda Jalankan Di rumah
Anda suri rumah yang ingin menambahkan pendapatan keluarga? Atau ingin berjinak-jinak dalam perniagaan tapi tidak mempunyai modal yang tinggi..Di bawah ini idea menarik untuk anda jana pendapatan melalui perniagaan dari rumah
Produk yang boleh di buat di rumah tetapi dapat menjana pendapatan anda:
Coklat Buatan Tangan
Membuat Coklat merupakan suatu kemahiran dan juga hobi yang boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan. Jika kita ingin membuat coklat untuk dijual kepada pengguna, maka faktor kos pembuatan coklat perlu dibuat dengan teliti.
Kos utama yang terlibat dalam membuat coklat ini merangkumi kos bahan mentah seperti coklat, inti coklat, kos pembungkusan coklat, kos buruh, kos penghantaran serta upah ataupun nilai keuntungan dalam membuat coklat ini.
Bagi pengguna, rasa yang sedap, bentuk yang cantik serta jika coklat itu mudah didapati dan mempunyai bentuk yang unik, faktor kos yang tidak menjadi masaalah untuk pengemar coklat membelinya.
Membuat coklat ini secara homemade serta menjualnya melalui internet merupakan suatu fenomena baru dinegara kita. Membuat coklat dirumah ini dapat menjimat ataupun mengurangkan kos dalam menghasilkan coklat kerana kita tidak perlu menyewa kedai yang mahal serta kos pengurusan yang tinggi.
“Rahsia Perniagaan Coklat Buatan Tangan Dari Rumah Kini Terbongkar. Ketahui Bagaimana Untuk Bermula Dengan Kos Yang Minimum! ”
7 Sebab Kenapa Anda Perlu Memulakan Perniagaan Coklat Buatan Tangan Dari Sekarang…
  • Anda boleh bermula dengan Kos dan risiko yang minimum.
  • Tiada Sijil dan Kelayakan diperlukan.
  • Menjana Kreativiti anda & Dapat duit daripadanya!
  • Bekerja Dari Rumah. Jadi Bos anda sendiri.
  • Kadar Keuntungan yang tinggi. Ia mencecah 300% daripada kos anda!
  • Buat kerja yang anda suka …coklat..hmmm sedapnya.
  • Cari Duit Tambahan untuk keluarga. Jadi tak lah mengharapkan suami je.
Jangan buat alasan lagi. Perniagaan coklat sememang perniagaan yang cukup mudah walaupun anda bekerja makan gaji atau sekadar surirumah.
Kini telah ramai yang telah berjaya memulakan perniagaan coklat mereka dari rumah samada secara separuh masa ataupun sepenuh masa. Anda bila lagi?

Pelukan Nikmat

0
Posted on January 30, 2012 by
peluk Pelukan Nikmat
PERKAHWINAN dan kasih sayang antara suami isteri boleh dikekalkan apabila pasangan selalu mempraktikkan ungkapan-ungkapan kasih kepada pasangan masing-masing seperti ucapan sayangf sekurang-kurangnya tujuh kali sehari.
Bukan itu sahaja, berkomunikasi dengan baik, bergurau senda dan memanggil pasangan dengan panggilan hebat seperti ‘sayang’, ‘abang’, ‘manja’ dan sebagainya juga dapat mengeratkan lagi perhubungan suami isteri.
Masing-masing perlu memainkan peranan untuk memupuk perasaan sayang agar ia sentiasa mekar dalam jiwa dan membuahkan keserasian dan kemesraan.
Selain itu, tahukah anda bahawa pelukan juga boleh membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim?
Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangan. Kajian mendapati pelukan bukan sesuatu yang bersifat seksual. Ia satu daripada kaedah untuk mendapatkan keselesaan.
Begitupun, biasanya suami menganggap pelukan bermakna isteri dahagakan hubungan seksual. Sebenarnya para isteri lebih menikmati pelukan dari hubungan seksual.
Menurut Doktor Perubatan Kanan Kumpulan Perubatan Penawar Johor Bahru, Dr. Zubaidi Ahmad, para suami tidak perlu rasa ‘kelam kabut’ sekiranya tidak bersedia bila isteri minta dipeluk.
Ini kerana jelas beliau, bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal dan ada kalanya merimaskan selain tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk.
mencadangkan ‘rawatan pelukan’
“Sebenarnya suami isteri saling memerlukan antara satu sama lain untuk mengurangkan tekanan perasaan.
“Ramai pakar psikologi yang mencadangkan ‘rawatan pelukan’ di mana suami dan isteri digalakkan berpeluk sebelum tidur selama 10 minit. Pelukan ini harus dinikmati tanpa diteruskan dengan hubungan seks.
“Tujuannya agar segala perasaan negatif yang tersimpan dalam hati sepanjang hari dapat dilepaskan dengan memeluk suami atau isteri. Jadi, pelukan sangat diperlukan dalam hubungan suami isteri. Ia akan merapatkan lagi hubungan suami isteri,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.
Katanya, pelukan bukan bermakna mukadimah pada hubungan seks antara suami dan isteri.
Ia juga harus dilihat sebagai hubungan perasaan dan perkongsian emosi antara suami dan isteri.
Mengulas lanjut, Dr. Zubaidi berkata, pelukan adalah satu sentuhan fizikal yang erat dilakukan di leher, belakang badan atau pinggang.
Pelukan juga kadang kala melibatkan kucupan, pandangan mata, sentuhan mesra dan beberapa gerakan tubuh lain.
Oleh itu, mereka yang berpelukan menandakan hubungan mereka amat rapat dan mempunyai pertalian kasih sayang yang mesra.
Kata Dr. Zubaidi, ramai ahli psikologi kini bimbang dengan pasangan suami isteri yang jarang berpelukan.
Mereka bimbang perkahwinan pasangan seperti itu hanya diikat oleh ‘lafaz nikah’ dan hubungan fizikal dan seks saja dan bukan hubungan emosi serta perkongsian perasan.
“Islam juga menggalakkan hubungan emosi dan dalam satu hadis Rasulullah SAW memberitahu, barang siapa yang tidak mengasihi, maka ia tidak akan dikasihi. (riwayat Bukhari dan Muslim).
“Oleh yang demikian, perbanyakanlah luahan kasih sayang dengan ucapan dan sentuhan fizikal (pelukan).
“Secara tidak langsung, bagi pasangan yang agak berat untuk meluahkan perkataan ‘Saya sayang awak’, pelukan adalah cara alternatif terbaik untuk melafazkannya,” ujarnya.
Pelukan juga akan menyebabkan kelenjar di otak mengeluarkan hormon serotonin dan dopamine yang memberikan rasa tenang dan tenteram.
Perbuatan itu juga akan menyebabkan gelombang di otak menjadi lebih tenang, lalu mengurangkan stres dan kerisauan.
Oleh itu bagi pesakit yang mengalami masalah kerisauan (anxiety) dan mempunyai emosi yang tertekan, memeluk binatang peliharaan adalah rawatan kejiwaan yang baik.
Namun apa yang lebih baik lagi bagi suami atau isteri selain memeluk pasangan masing-masing ketika mereka mengalami tekanan jiwa dan dalam keadaan kerisauan.
Oleh mariatul qatiah zakaria



warna Psikologi Warna Dalam Hiasan Dalaman
Warna adalah komponen penting dalam dunia hiasan dalaman. Bila memilih warna untuk rumah anda, secara semulajadinya, anda akan tertarik dan menyukai warna tertentu disebabkan bagaimana warna tersebut memberi kesan terhadap perasaan anda. Warna juga telah terbukti menghasilkan respon secara fizikal. Jadi, pertimbangkanlah psikologi warna semasa anda merancang skema warna untuk mana-mana ruang di dalam rumah anda. Maklumat ini mungkin ia dapat membantu anda memperoleh mood yang diingini.
BIRU, warna langit dan lautan, terkenal sebagai “warna kegemaran”. Biru mencerminkan kepercayaan, tidak bergantung, dan komited. Ia sangat popular untuk bilik tidur, dan selalu digunakan untuk dekorasi pejabat. Banyak bilik tidur berwarna biru kerana warnanya tenang dan nyaman. Biru juga menggambarkan keamanan, kesejahteraan, dan selamat. Apa yang menarik untuk catatan anda, secara global warna biru ialah warna yang paling selamat digunakan. Biru mudah untuk dipadankan dengan banyak warna, dan sebab itulah skema warna biru selalu dipilih. Biru juga dikenali sebagai warna ‘bersih’. Jadi ia sangat sesuai untuk bilik air dan ruang mencuci pakaian. Tetapi, penggunaan biru untuk bahagian dapur agak kurang berkesan.
KUNING menyerlahkan suasana tawa riang, kegembiraan, dan hari-hari indah. Seseorang yang dikelilingi warna kuning akan merasa lebih optimis. Tetapi berhati-hatilah dengan warna ini, jika tonanya keterlaluan. Kerana kuning lebih terserlah berbanding warna lain di sekelilingnya. Ia lebih mudah menyebabkan keletihan mata berbanding warna-warna lain. Kuning juga warna api dan kajian menunjukkan bayi mudah menangis di dalam bilik berwarna kuning terang.
HIJAU bermaksud semulajadi, subur, sihat dan muda. Dengan keseimbangan antara warna warna ‘sejuk’ dan ‘hangat’ (biru dan kuning), kehijauan semulajadi ini memperlihatkan rasa segar dan nyaman. Ciri semulajadi yang dimiliki juga membolehkan hijau sangat mudah dipadankan dengan warna lain. Ia selalu digunakan dalam hiasan untuk mendatangkan kesan nyaman. Hijau juga dikaitkan dengan iri hati, tuah, dan murah rezeki. Dan secara tradisi, dikenali sebagai warna keamanan.
MERAH ialah warna paling ‘hangat’ dan bertenaga dalam spektrum warna. Merah digunakan untuk merangsang badan dan fikiran, serta memperbaiki peredarannya. Jika anda ingin menarik perhatian seseorang, gunakanlah merah. Pastinya merah tidak sesuai untuk bilik si manja anda, tetapi sangat berkesan untuk membuat orang tertarik. Walaupun ia bukanlah pilihan untuk persekitaran yang tenang, merah kerap digunakan di ruang makan untuk merancakkan sesi borak sembang dan menambah daya tarikan di situ. Anda tidak digalakkan menggunakan merah secara keterlaluan, lebih baik dengan jumlah yang sedikit pada tempat yang sesuai. Merah juga boleh menampilkan ciri elegan dan menambah banyak karakter pada skema warna – sama ada tradisional mahu pun kontemporari.
UNGU dikatakan eksotik, kerana jarang atau luar biasa bagi warna alam semulajadi. Ia melambangkan raja, bangsawan, kerohanian, dan misteri. Ungu mengandungi keseimbangan unsur merah yang merangsang dan biru yang menenangkan. Kesan sesetengah tona ungu mungkin agak keterlaluan, tetapi penggunaan tona seperti pastel lavender untuk sebuah bilik boleh memberi rasa segar dan ‘terangkat’. Dengan unsur raja dan mistik, ungu menggambarkan ciri kemewahan dan kekayaan. Warna ini juga boleh membantu minda dalam menyelesaikan masalah. Selain itu, ungu turut menjadi warna kegemaran bagi kebanyakan remaja perempuan.
MERAH JAMBU dikaitkan dengan keremajaan, dan keseronokan. Merah jambu ialah warna kegembiraan, ceria, dan adakalanya seperti ‘bebas daripada sebarang masalah’. Ia dibayangkan sebagai warna romatik, dan rasa kelembutan. Warna merah jampu juga ialah warna yang tepat untuk cinta.
JINGGA, yang terhampir dengan merah, ialah warna berkait rapat dengan masa seronok, suka ria dan hari-hari yang bertenaga. Ia juga dikaitkan dengan keinginan. Kebiasaannya, berbanding warna-warna lain, terdapat kesan positif dan juga negatif yang kuat pada warna jingga, di mana warna jingga asli secara umumnya akan melahirkan rasa ‘sangat suka’ atau ‘sangat benci’ pada seseorang. Warna tersebut mampu memberi kesan yang baik pada tema kontemporari, tetapi bukannya pada tema tradisional. Pemilihannya untuk ruang dapur dan ruang makan boleh mewujudkan rasa yang lebih selesa.
COKLAT menyatakan kestabilan, kebolehpercayaan, setiakawan, dan senang didekati. Coklat ialah warna bumi (tanah) dan dikaitkan dengan semua unsur semulajadi dan organik. Ia juga mampu memberi suasana nyaman dan selesa. Coklat sesuai digunakan untuk ruang-ruang yang kerap menjadi tumpuan seperti ruang tamu. Coklat juga boleh dipadankan dengan warga ‘garang’ atau warna ‘hangat’.
HITAM adalah persepsi bagi kuasa, kekuatan, elegan, misteri, dan mewah. Ia juga warna untuk kebijaksanaan, selain menunjukkan stail dan ‘tak lekang dek zaman’, dan satu warna penegasan yang cantik untuk hiasan dalaman. Hitam menonjolkan ciri ‘serius’ yang dapat membangkitkan emosi yang kuat. Ia mudah mengganggu sekiranya terlalu banyak warna hitam. Kecerahan hasil gabungan hitam dan putih lazimnya memperlihatkan ciri sangat moden.
PUTIH, walaubagaimana pun, menzahirkan ketulenan dan kesucian. Ia adalah gabungan semua warna yang ada di dalam spektrum warna. Ia juga digunakan untuk menghasilkan kesan ‘tanpa warna’, atau neutral.
KELABU ialah warna bagi intelek, berpengetahuan, dan bijaksana. Ia diertikan sebagai tahan lama, klasik, dan selalu juga sebagai licin atau halus. Ia juga lebih bersifat konservatif dan membawa maksud berkuasa. Kelabu juga dianggap sebagai warna yang boleh bertolak ansur, mungkin kerana kedudukannya di antara hitam dan putih. Kelabu adalah warna neutral yang sempurna, di mana para pereka selalu menggunakannya sebagai warna bagi latar belakang. Sedikit sentuhan warna kelabu berguna untuk mendapatkan mood yang mantap, tetapi, terlalu banyak warna kelabu, hanya akan menimbulkan rasa ‘kosong’.
Anda mungkin juga meminati:     

Petua Meluruskan Rambut



rambut Petua Meluruskan Rambut
Santan kelapa boleh digunakan untuk meluruskan rambut secara semulajadi tanpa membuat teknik rebonding. Anda boleh saja mencuba petua meluruskan rambut dibawah ini :
Caranya :
- Ambil sebiji kelapa tua yang sudah diparut dan perah santannya.
- Ambil pati santan yang diperah dan campurkan dengan segelas air suam.
- Setelah itu masukkan air perahan sebiji limau nipis.
- Simpan santan tadi dalam peti sejuk/kulkas.
- Gunakan sebagai krim rambut sekali sehari.
- Setelah itu basuh/cuci rambut dengan air sejuk.
- Anda boleh membuat rawatan ini setiap hari ataupun 3 kali seminggu.