Selasa, 14 Februari 2012

Posted: 11 Feb 2012 06:57 AM PST
*JANGAN lupa Follow Julmazli Dot Com di Twitter.
Antara lain, kali ini kita akan mempelajari:
- Beberapa artikel menarik untuk dibaca yang berkaitan coding blog.
- Bagaimana membuat border?
- Cara menjadikan blog anda Do Follow.
- Memperbaiki kesalahan kod HTML di blog.
7 artikel coding berbaloi untuk dibaca
Berikut adalah artikel yang saya cadangkan untuk anda baca..
//
Membuat Border Pada widget, Post Entri & Date
Walau Kak Kujie menulis dengan penuh santai dan diselangi lawak, artikel ini tetap mengandungi beberapa perkara penting berkaitan CSS dan HTML. Ia menunjukkan kepada anda bagaimana menghasilkan template yang ada kotak.
//
Tutorial Jadikan Blog NoFollow Kepada DoFollow
Link di bahagian komen bagi blog sama ada yang dihostkan oleh WordPress.com, Blogspot.com mahupun self hosted dipasang siap dengan rel ‘nofollow’. Walaupun perkara ini masih menjadi perbalahan banyak pihak, tetapi jika anda ingin menukar pautan di komen anda daripada nofollow kepada dofollow atau sebaliknya. Tutorial daripada Ariff Shah ini pasti membantu.
//
Cara Meminimakan Error HTML dan CSS
Kulanzsalleh.com adalah sahabat saya yang begitu arif dalam soal-soal teknikal blog. Kali ini beliau akan menunjukkan bagaimana cara membetulkan masalah coding yang melibatkan kod HTML dan CSS. Ikuti penerangannya.
//
Jenis-Jenis Heading Tags SEO
Kupasan ringkas tuan Shahrul Hasanal dari forblogger.net berkenaan heading tag seperti h1, h2 sehingga h6. Apa yang menariknya, anda boleh tonton video penerangan yang beliau hasilkan untuk lebih memudahkan pemahaman anda.
//
Tutorial Memaparkan Widget Twitter Tanpa Plugin
Menggunakan plugin dan widget memang mudah dan ringkas. Satu kelemahan ketara penggunaan plugin adalah kesannya yang melambatkan loading blog. Cara mengatasinya adalah dengan menggunakan kod HTML dan CSS. Tuan Mohd. Isa berkongsi teknik bagaimana memaparkan widget Twitter tanpa sebarang penggunaan plugin atau widget.
//
Memaparkan Beberapa Jenis Garisan Dalam Entri Post Anda
Entri akan kelihatan lebih menarik dengan penggunaan ‘kotak’ atau garisan (border) yang sesuai. Ia akan membezakan isi penting atau perkara khusus yang anda ingin tekankan. Beberapa jenis kod HTML border dikongsikan di dalam post ini.
//
Jadikan Blog Mesra Mobile Browser
Melayari Internet menggunakan mobile browser adalah pengalaman yang berbeza daripada desktop browser. Jika laman anda tidak dijadikan mesra mobile browser, kemungkinan besar ianya tidak boleh dibuka atau susunannya menjadi tunggang-langgang. Mr Piratz memberikan jalan penyelesaian mudah.

Banyak Cara Belajar Bahasa Cina

Posted: 06 Sep 2011 02:30 AM PDT

Bismillah,

Agak banyak kali juga saya dah cerita di dalam blog ini yang dua anak saya berada di sekolah Cina. Susah rupanya menghantar anak ke sekolah Cina dalam keadaan kita tidak mempunyai sebarang basic tentangnya. Saya yakin persaingannya pastilah sengit jadi sebagai ibu bapa saya perlu mengkayakan diri dengan sumber mana yang sesuai untuk digunakan oleh anak2 supaya mereka menjadi seorang yang boleh berdiri sama tinggi dengan pelajar Cina di sekolah Cina malah pelajar lain di sekolah kebangsaan.

Meletakkan anak di sekolah Cina bukanlah sekadar mahu mempunyai anak yang tahu pelbagai bahasa. Ia bukan sekadar di situ. Sebenarnya ia adalah pemanjangan kepada hasrat suami saya yang mahu menjadi orang yang mudah berdakwah. Berada dalam kelompok Cina dan membawa masyarakat Cina berada dalam naungan Islam adalah matlamat utama kami tatkala menghantar anak ke sekolah Cina.

Rupanya, silibus SJKC dan SK adalah tidak sama. Level untuk pelbagai subjek lain juga sebenarnya adalah tidak sama dimana level SJKC adalah lebih rendah sedikit. Jadi, bagi menjadikan anak2 saya sebagai anak yang boleh berbahasa Cina tetapi level pemahamannya adalah sama dengan pelajar sekolah lain memerlukan usaha yang lebih.

Saya terjumpa dengan beberapa kaedah di bawah yang barangkali boleh membantu, jika kalian ada penambahan atau mahu betulkan apa yang saya tahu, sila maklumkan di kotak komen :)

  • VCD - ini menjadi main source dalam rumah kami. Itu adalah kaedah paling senang bagi saya mengajar kesemua anak kami berbahasa Cina. Asal ada sahaja set pengajaran bahasa Mandarin, jika ada peruntukan insya ALLAH saya akan beli.
  • Tuisyen - selain dari VCD, so far saya menghantar anak-anak ke kelas tuisyen. Cikgu Lim itu mengajar semua subjek dan setahu saya semuanya dalam bahasa Cina.
  • Tutor.com.my

eChinese4Kids merupakan laman web yang pertama untuk kanak-kanak mempelajari bahasa Cina sebagai bahasa kedua. Kumpulan sasaran laman ini adalah terdiri daripada kanak-kanak berumur empat hingga tiga belas tahun. Matlamat laman web ini adalah untuk memberikan inspirasi kepada kanak-kanak belajar bahasa Cina mengikuti cara yang mereka sukai.

Namun anda sebagai orang dewasa atau ibu bapa juga boleh turut mempelajari eChinese4Kids bersama anak-anak anda. Anda tak perlu berasa segan dan malu untuk belajar bersama anak-anak anda. Di samping dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan anda juga mampu memantau dan memahami sendiri proses pembelajaran anak anda semasa belajar bersama.

  • Brillkids

The Little Reader Chinese Curriculum will help you teach your young child to recognize thousands of Simplified or Traditional Chinese characters, understand their meanings, and to learn to speak Mandarin.

Fully customizable lessons progress from single characters all the way up to complete stories. Using Little Reader's Pattern Phonics™ system, the Chinese Curriculum will also familiarize your child with the pinyin system (Mandarin phonetics), setting the foundations for further learning of Mandarin in the future.

Untuk menggunakan kit yang ini, kita terlebih dahulu perlu memiliki kit basic kerana kata Watie GBOB, kit basic itu adalah jantungnya. Kalau tak faham boleh call Watie yang bercakap macam peluru... tertelan air liur saya dengar kelajuan dia bercerita macam dialog ada kat depan mata suda :P *ngusik je Watie cumil*

Saya sedang dalam proses mengumpulkan duit untuk membeli set ni. Dah bayar kepada Watie separuh dari jumlah penuh. Baik saya bagi pada Watie dari saya terbelanja. Mujur juga dah bagi pada Watie sbb raya ni duit jalan mcm air je... wuwuuuu

  • Ni Hao Kai Lan ~ klik sini. Anak-anak saya jarang explore dekat komputer tapi kalau ada dalam TV saya kasi je diorang tengok. Tak banyak sangat pun tapi semoga boleh lah sikit-sikit kan mcm diorang belajar bahasa apa ntah dalam Little Einstein tu :)
  • Kamus banyak bahasa ~ adik saya (maksu diorang) ada belikan satu kamus yang ada tulisan rumi, jawi, bahasa Inggeris dan bahasa Cina bersama cara sebutannya. Memang bestlah kamus tu dan saya dah ajar mereka menggunakan bahagian indeks kamus dan setakat ni Asmaa' dan Usamah dah boleh mencari apa yang mereka nak sama ada bahasa Arab, Melayu, English dan Cina di dalamnya.

Asal kita rajin explore untuk anak-anak, memang ada banyak sangat kemudahan untuk belajar sama ada secara percuma atau berbayar. Ia terpulang kepada kemampuan masing-masing. Apa yang kami usahakan ni adalah sekadar apa yang termampu. Doakan semoga mereka dimudahkan dalam pembelajaran :).

SharHanah •: Sepuluh tabiat mudah menabung

SharHanah •: Sepuluh tabiat mudah menabung: Berhenti Merokok "Saya berhenti merokok sejak pengumuman harga baru rokok. Saya berjaya menjimatkan RM20 seminggu." Usia lebih panjan...

Fakta Mengenai Lagenda Bolasepak Negara Mokhtar Dahari

Tanggal 11 Julai 1991 akan genaplah 20 tahun pemergian Lagenda Bola Sepak negara kita , Allahyarham Mokhtar Dahari yang juga dikenali dengan gelaran Supermokh. Beliau banyak mengharumkan nama Malaysia dalam arena sukan bolasepak di rantau Asia khususnya dan peringkat dunia amnya dengan kelincahan dan kepantasannya sebagai seorang penyerang yang amat berbisa dan digeruni oleh barisan pertahanan lawan.

Jadi marilah kita sama-sama menyingkap beberapa fakta yang menarik mengenai Supermokh ini agar kita dapat lebih mengenang dan menghargai jasa-jasa beliau semasa hayatnya.

1. Dikatakan tiga batang jari mendiang R Arumungam, bekas penjaga gol negara pernah patah ketika cuba menampan satu sepakan kencang Supermokh ketika dalam satu sessi latihan.

2. Ketika berusia 23 tahun, Mokhtar Dahari telah diiktiraf Majalah World Star Soccer sebagai penyerang terbaik Asia dan ketika itu jugalah dia dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 1976.

3. Mokhtar Dahari tidak suka diganggu ketika menjalani sessi latihan apatah lagi mengaitkan kemasyhuran dirinya di padang dengan kehidupan peribadi.

4. Selepas tamat Sijil Rendah Pelajaran (SRP) pada tahun 1968 , Mokhtar Dahari dihadiahkan sepasang but bola hanya berharga RM15 oleh ayahnya dan dia amat menghargai pemberian itu sambil berkata "Kasut but yang diberi oleh ayah saya mungkin hanya berharga RM15, tetapi ia amat bermakna dalam kerjaya bola sepak saya".

5. Perlawanan pertamanya ketika mewakili Selangor dalam Pertandingan Piala Burnley 1971 (sekarang Piala Razak) menentang Kedah dan menjaringkan gol pertamanya pada perlawanan itu.

6. Pertama kali terpilih mewakili pasukan kebangsaan ketika Kejohanan Piala Jakartaraya 1972.

7. Pernah menjaringkan gol terbanyak (5 gol) dalam satu perlawanan 1974 antarabangsa ketika menentang Filipina di Sukan Asia 1974 di Teheran.

8. Mokhtar Dahari menjaringkan 2 gol untuk kemenangan pasukan Malaysia yang menundukkan gergasi kelab Inggeris , Arsenal dalam satu perlawanan persahabatan pada tahun 1975 di Stadium Merdeka Kuala Lumpur dan keesokkan harinya khabar angin mengatakan bahawa the Gunners berminat untuk membeli beliau ketika itu.

9. Mokhtar menjaringkan 1 gol yang membawa negara meraih pingat emas Sukan SEA yang pertama pada tahun 1977 apabila menewaskan Thailand 2-0 pada perlawanan akhir.

10. Gerakan menarik beliau yang menggelecek 5 pemain England dan menjaringkan gol penyamaan dalam satu perlawanan persahabatan antara Malaysia dan England pada tahun 1978 telah menyebabkan jurulatih England ketika itu , Bobby Robson berang dengan anak-anak buahnya.

11.Mokhtar Dahari menerima kad merah pertama dan terakhirnya dalam karier bolasepaknya ketika menentang Singapura dalam saingan Piala Malaysia pada tahun 1981. Pengadil `bersejarah' yang menghadiahkan kad merah itu ialah Othman Omar.

12. Kali terakhir mewakili negara pada Pra-Kelayakkan Piala Dunia menentang Korea Selatan di Seoul tahun 1985.

13. Dengan kaps antarabangsanya sebanyak 167 caps, dan jumlah gol dalam Piala Malaysia ialah 177 jaringan dan 125 jaringan di peringkat antarabangsa membuatkan tiada lagi pemain yang dapat menyaingi rekodnya sehingga kini.

14. Khabar angin mula-mula bertiup pada tahun 1987 mengatakan Mokhtar Dahari menghidap sejenis penyakit 'ganjil' sebelum beliau disahkan mengidap penyakit Mascular Dystrophy pada tahun 1989. Beliau meninggal dunia pada hari Khamis, 11 Julai 1991 jam 8.25 pagi di Pusat Perubatan Subang meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.

15. Mendapat anugerah Darjah Dato' Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (D.S.S.A), dari Sultan Selangor yang membawa gelaran Dato' pada tahun 2001 iaitu sepuluh tahun selepas kematiannya.

Tetapi itu semuanya kini hanya tinggal sebagai kenangan yang ada dalam lipatan sejarah. Namun nama Mokhtar Dahari masih tetap segar dan diingati terutamanya kepada mereka yang pernah melihat ketangkasan dan kehebatannya di era 80-an.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, amin.

Ahad, 12 Februari 2012

Rahsia Surah Al-Kauthsar

  • 0digg
  •  
    Share
RAHSIA SURAH AL – KAUTHSAR
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Johan raja lawak-Seniman menangis LAWAK MINGGU INI

Release Stress
ummuhaq

Apabila kita stress dan berada di dalam keadaan yang tidak tenang seperti benci, marah, dendam, angkuh dan segala yang bersifat negatif maka badan dan otak-saraf kita terpaksa mengeluarkan bahan-bahan kimia yang dipanggil adrenaline dan cortisone.
Kimia-kimia ini wujud seperti racun (toxins) yang mempunyai empat kesan buruk iaitu:
Ø Merosakkan sel dan tisu, serta menganggu gugat fungsi pelbagai enzim dan asid amino.
Ø Mengalirkan tenaga untuk respon lawan, lari atau survival.
Ø Menggunakan terlalu banyak tenaga (glukos), vitamin, zat galian dan enzim kerana emosi negatif memerlukan lebih banyak tenaga dari emosi yang tenang.
Ø Menggunakan banyak bekalan oksigen untuk gerak-geri badan dan tubuh yang geram, muka marah serta jeritan dan perasaan keras. Dalam keadaan ini bekalan oksigen ke otak akan berkurangan.
Akibat dari kesan buruk di atas ialah:
Ø Banyak bahan-bahan yang diperlukan untuk fungsi intelek terpaksa digunakan (terbakar) untuk tenaga yang keras, kuat atau marah.
Ø Tubuh bacan, sel dan tisu mudah rosak.
Ø Mudah letih.
Ø Keuzuran lambat pulih.
Ø Susah faham, cepat lupa dan tidak mampu untuk konsentrasi.
Ø Menjadi kebiasaan untuk mudah marah, benci, dengki, jahat dan segala emosi negatif akan menjadi respon tabii yang mudah tercetus.
Ø Susah dan sukar mendapat ketenangan.
Ø Mudah mendapat penyakit seperti darah tinggi dan jantung.
Sekarang kita sudah faham mengapa Islam menganjurkan kepada umatnya supaya banyak bersabar. Dan orang yang bersabar tempatnya ialah di sisi Allah dan menjadi hamba yang paling di kasihiNya. Seperti di dalam firman Allah yang bermaksud:
“Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (agama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.”
Surah Ali Imran: 146
Berbalik kepada perkara di atas, kita berfikir melalui fungsi dan tugas otak. Otak yang nisbah beratnya adalah 2% hingga 5% dibandingkan dengan berat badan, memerlukan lebih dari 20% nisbah bekalan oksigen. Jika berkurangan fungsi otak kita akan terjejas dan tergugat seperti mula pening, pelupa, mengantuk, pengsan, sawan, koma atau mati. Apabila kita mudah stress, marah, geram, benci dan khianat maka fungsi otak kita akan mudah terjejas.
Oleh itu, antara cara boleh meningkat kesabaran apabila menempuh pelbagai cabaran kita sama-sama praktikan cara berikut:
Ø Selalu bernafas yang mendalam (deep breathing).
Ø Bernafas secara rentak (rhythmic breathing).
Ø Sering lakukan: bernafas dalam kiraan 7; tahan nafas dengan kiraan 7, lepaskan nafas dalam kiraan 7. Ulanginya lagi.
Ø Selalu amalkan latihan bernafas di atas sambil berzikir.
Ø Berdiri dan tolak tangan dan kaki (stretch) sejauh-jauhnya (stretch body, hands and legs) bertahan dalam keadaan tersebut dalam kiraan 15-20. Ulang 3-5 kali atau lebih.
Ø Dalam keadaan duduk, kita buat latihan tekanan otot tangan, leher dan peha.

Khamis, 9 Februari 2012

Posted: 01 Feb 2012 04:08 PM PST
10 Rahsia Jika Ingin Hidup Dengan Penuh Keindahan
1. CINTA 
Hiduplah dengan cinta. Mencintai hidup, mencintai sesama dan seluruh alam semesta akan membuat kita terasa lebih hangat dan indah luar biasa.
2. RESPECT 
Memberi dan menerima, sudah menjadi hal yang semestinya kita lakukan dalam kehidupan. Salah satunya memberikan rasa hormat kita pada orang lain. Membuat orang senang itu menyenangkan, let’s get do it.
3. BERSYUKUR 
Tak ada yang lebih indah daripada kata hidup. Berterima kasihlah bahwa Tuhan telah memberikan hidup pada kita. Mari jadikan hidup penuh syukur.
4. BAHAGIA 
Kata orang, bahagia itu relatif, tapi punya tanda minimal, yakni senyum. Orang yang berbahagia selalu menunjukkan senyumnya yang paling manis. Bukankah senyum pada saudara adalah ibadah.
5. FORGIVENEES 
Banyak orang stress gara-gara tak bisa memaafkan dirinya sendiri dan orang lain. Hidupnya penuh dengan kemarahan, yang akhirnya membuat ia tertekan. Padahal jadi seorang pemaaf lebih menyenangkan.
6. BERBAGI 
Salah satu cara membuat hidup itu tidak sepi adalah dengan berbagi. Berbagi apa saja, curhat sama teman, berbagi kasih sayang dengan anak yatim atau yang lainnya.
7. KEJUJURAN
Hidup tanpa kejujuran seperti nelayan yang selalu menambal jala sebelum terjun ke laut. Jujur mampu membuat hidup kita lebih ringan, tak ada beban untuk menutupi kebohongan yang kita lakukan.
8. KETULUSAN
Jika kejujuran membuat hidup kita lebih ringan, ketulusan membuat hidup kita lebih mantap.
9. KEPEKAAN 
Suatu keajaiban yang diberikan Tuhan pada kita adalah hati. Dengan hati, kita bisa merasakan sedih dan senang, bisa memilih kebenaran. Tinggal kita menjaga hati yang tetap peka
10. KEDAMAIAN 
Kedamaian adalah anugerah yang sangat mahal. Jadi carilah kedamaian di dalam dan di luar hati anda.