Rabu, 8 Februari 2012

Jurnal Nutrisi: # Sarapan Sihat

Jurnal Nutrisi: # Sarapan Sihat: Apa yang kita ambil untuk sarapan pagi tadi? "Nasi lemak ayam goreng dengan kopi o panas.." "Roti canai telur dengan teh tarik mamaklah....

Jurnal Nutrisi: # Sarapan Sihat

Jurnal Nutrisi: # Sarapan Sihat: Apa yang kita ambil untuk sarapan pagi tadi? "Nasi lemak ayam goreng dengan kopi o panas.." "Roti canai telur dengan teh tarik mamaklah....

Jurnal Nutrisi: # Wah! Tak makan nasi boleh kurus?

Jurnal Nutrisi: # Wah! Tak makan nasi boleh kurus?: Sejak kebelakangan ini, sudah menjadi trend sekarang untuk wanita atau lelaki yang ingin kurus, mengelakkan makan nasi. Atau bahasa mudahnya...

Jurnal Nutrisi: Snek sihat: Yang mana satu idaman kalbu?

Jurnal Nutrisi: Snek sihat: Yang mana satu idaman kalbu?: Makanan lengkap tiga kali sehari sememangnya diperlukan untuk setiap manusia bagi memastikan kandungan nutrisi dan zat yang bakal dihadam a...





Selasa, 7 Februari 2012


Posted: 16 Jan 2012 03:56 AM PST

Salam kepada pembaca yang budiman,

Berikut adalah diantara surah-surah Al-Quran yang sungguh berkesan untuk mengeluarkan jin, benda-benda halus atau racun-racun perbuatan ilmu sihir atau santau dari badan manusia. Mengeluarkan benda-benda tersebut sangat sukar jika sudah bersarang dalam tubuh badan pesakit. Sebaik-baiknya jika baru terkena sihir, santau atau racun yang ditujukan cepat-cepatlah berubat. 

1. Surah Asy Syuaraa' ayat 95 hingga 118.
2. Surah Arrad ayat 30 hingga 34.
3. Surah Fussilat ayat 25 hingga 44.
4. Surah Furqaan ayat 61 hingga 77.
5. Surah Al-Mukminun ayat 105 hingga 118.





Pilihlah mana-mana ayat-ayat diatas dan amalkan dan bacalah kepada ahli keluarga yang terkena santau, sihir seperti diberitahu. Jika nak baca kesemuanya sekali surah-surah tersebut sangat digalakkan.

Cara-caranya: 

Sebelum memulakan bacaan: 

1. Istighfar 3x.
2. Shalawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.
4. Ayatul Kursi 1x.

Sediakan air kosong, setiap kali habis membaca surah-surah berkenaan, maka ditiupkan kepada air tersebut. Pesakit dinasihatkan minum air bacaan setiap hari. Mandi dengan air yang telah dibacakan dan minum setiap hari sehingga kesan-kesan sihir atau santau sampai hilang. Jika rasa nak muntah cari kain putih dan tadah muntah tersebut dan lihat apakah jenis racun itu dan hanyutkan bisa dan racun tersebut dan dibuangkan dalam sungai. Jika ada makhluk halus yang mendiami dalam tubuh badan anda akan meninggalkan buat selamanya sekiranya diamalkan selama 7 hari amalan ini. Boleh dibaca dan ditiupkan pada ubun-ubun kepala pesakit bagi yang kena gangguan makhluk halus. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semuanya dengan izin-Nya.

1. SURAH ASY SYUARAA': AYAT 95 hingga 118.


2. SURAH AR RA'D: AYAT 30 hingga 34.


3. Surah Fussilat: Ayat 25 hingga 44.


4. SURAH AL FURQAN: AYAT 61 hingga 77.


5. SURAH AL MUKMINUN: AYAT 105 hingga 118, 


Wasallam.

Bagaimana Mengajak Anak Membaca di Rumah

by Mommy Lyna on January 31, 2012 · 9 comments
Langgan RSS Feed Blog ini sekarang agar anda tak terlepas tips-tips menarik lagi menguntungkan. Jika tidak, pasti anda kecewa kelak.
Kini budaya mengajar anak di rumah kembali mendapat tempat. Malah kita boleh dapati ramai budak2 kecil seawal umur 2-3 tahun dan pandai membaca. Sedikit sebanyak prestasi anak2 kecil ni mendorong ibu bapa lain untuk buat benda yang sama dengan anak2 di rumah.
Kalau ikut mereka yang pro-ECE, usia di bawah 3 tahun adalah masa yang paling bagus untuk ajar anak membaca, mengira dn sebagainyalah. Walaupun ramai lagi ibu bapa tak bersetuju atas alasan awal sangat.
Dari pengamatan saya, ada 4 jenis ibu bapa yang mengajar anak di rumah:-
(1) Peminat ECE – mereka ni sebelum anak lahir dah korek info tentang ECE, kaji method yang sesuai, keep record, letak target dan sebagainya.
(2) Kebetulan – mak ayah memang jenis ‘belajar’ di rumah, jadi secara tak langsung anak terikut-ikut
(3) Dari taska – ada taska/tadika yang memberi homework kepada anak2, jadi alang2 buat homework, ibu bapa ajarkan benda lain sekali
(4) Kepelbagaian aktiviti – nak memberikan aktiviti untuk anak buat, kalau tak ada benda nak dibuat kang buat mereka restless
Apa-apa pun langkah pertama untuk buat anak minat dengan buku ialah dengan memperkenalkan asas membaca. Antara asas2 membaca ialah:
- ibu bapa yang membaca
- storytelling
- read aloud
- membaca bersama
Untuk mendapatkan anak yang suka membaca, ibu bapa kena lah rajin membaca. Sangat tak kena bila ibu suruh anak baca buku tapi dia terlopong tengok Cerekarama. Anak besar takpe kot, tapi anak2 kecil dia akan ikut apa kita buat. Bagi dia bila mak dia buat pasti benda tu seronok.
Storytelling atau bercerita tentang kisah2 dongeng atau kisah2 ambiya’ yang mana buku2 nya boleh didapati di mana2. Jadi bila kita membawa anak ke kedai buku, dan dia mendapati ada buku yang kita selalu ceritakan pada dia, anak akan lebih appreciate.
Read aloud adalah tricks untuk ibu/bapa yang sibuk dan tak ada masa nak baca buku. Baca buku yang kita nak baca semasa sesi read aloud (buku yang sesuailah), pada masa yang sama, kita pun dapat gunakan masa untuk membaca.
Baca buku bersama dengan anak pasti lebih menarik. Macam2 jenis buku kanak2 yang berwarna-warni boleh didapati sekarang ni. Antaranya:-
- buku cerita (bergambar dan tulisan tak banyak)
- ensaiklopedia kanak-kanak
- buku2 tentang watak kartun yang anak suka
Walau apa pun, jadikan membaca tu satu aktiviti yang menyeronokkan.. Bila anak seronok, kita seronok, then takdela rasa ‘nak dera anak’ atau rasa dia bosan.
& kalau kita bukan peminat ECE tegar, ‘niatkan’ untuk isi masa anak2 di rumah je… Daripada melopong depan TV kan. Bukan nak suruh dia cepat pandai baca ..(kalau risau anak bosan bila masuk sekolah).
Saya paling suka ensaiklopedia kanak2.. Sebab maknye boleh belajar juga 

Posted: 01 Feb 2012 04:51 PM PST

Salam Pembaca,

Malam tadi seorang staff sekolah Menengah Hutan Melintang, Perak. Allahyarhamah Faridah Hanim, 49 tahun telah kembali kerahmatullah kerana penyakit kanser. Agak terlewat juga kerana penyakit kanser arwah telah dikesan 4 bulan yang lalu pada "Stage 4". Semuga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempat dikalangan orang-orang yang beriman.

Sebelum ini berbagai N3 telah captain masukkan di dalam blog ini berkenaan penyakit kanser. Daripada N3 "Daun belalai Gajah" sehingga "Surah-surah untuk memusnahkan sel-sel kanser". Kenapa captain terlalu ambilberat tentang penyakit ini?. Kerana ada ahli keluarga yang mengidap kanser berkaitan darah dan kulit. Jadi berbagai ikhtiar dilakukan mahu perubatan moden dan homopati termasuk juga menggunakan ayat-ayat al-quran. InsyaAllah usaha ini diberkati Allah SWT dan nampak perubahan yang positif. Semua penyakit sembuh dengan izinnya. Semalam ada pembaca yang SMS captain minta "Daun Belalai Gajah" dan captain telah bagi no tel pembekal yang di Johor.


N3 kali ini satu lagi ikhtiar untuk mengelakkan kanser atau mengurangkan pertumbuhan sel-sel kanser melalui pemakanan "Tapai ubi" yang sedang dikaji oleh Dr Latifah Saiful Yazan 33, seorang pensyarah Fakulti Perubatan dan Sain Kesihatan, UPM. 

Kajian awal mendapati tapai ubi berpotensi mencegah tujuh penyakit kanser termasuk kanser payu dara, servikal ovari termasuk leukimia.


Kepada pembaca yang mempunyai ahli keluarga atau saudara yang mengidap kanser, jadikan tapai ubi sebagai menu setiap hari supaya dapat mencegahkan penyakit kanser.


Disini captain sertakan cara-cara membuat "Tapai Ubi" sekiranya pembaca ingin membuat sendiri.


Bahan-bahan:

1kg ubi kayu yang telah dikupas dan di bersihkan
1 1/4 keping ragi yang berukuran sebesar duit syiling 50sen (dikisar dan diayak)
beberapa helai daun pisang
gula pasir secukupnya

Cara-caranya:

Ubi yang telah dibersihkan direbus hingga separuh masak sahaja. Kemudian disejukkan . Potong ubi anggaran 6cm panjang, kemudian sapukan ragi yang telah dihaluskan tadi. Taburkan gula secukupnya keatas ubi dan disusun kedalam sebuah bekas yang beralaskan daun pisang. susun sehingga habis dan tutup dengan daun pisang lagi lalu di tutup rapat bekas. Bungkus dengan sehelai kain putih atau plastik dan peraplah selama 3hari. Apabila bau tapai sudah naik, ia akan mengeluarkan air dan ubi akan menjadi lembut.

Sumber Resepi: RossyaBakes

Wasallam.
Posted: 01 Feb 2012 03:43 PM PST

Assalamualaikum

Umar bin Al-Khattab ra berkata, 
“Tiga perkara yang dapat memurnikan kecintaan saudaramu terhadapmu: pertama; jika engkau bertemu dengannya, ucapkanlah salam, berbagi tempatlah dengannya di dalam majlis, dan panggillah ia dengan nama kesukaannya.” 
Umat Islam selalu dirujuk sebagai saudara seagama atau umat bersaudara kerana sillaturahim yang terikat kemas oleh kepercayaan yang satu serta cara hidup sama dipandu oleh al-Quran dan hadis.

Walaupun ada kala kita tergelincir daripada jalan-Nya, ia bukan bermakna akan putus saudara atau hilang kasih dan sayang antara kita tetapi itulah hikmah bersaudara, tujuannya supaya saling menegur dan memperingatkan. 

Dalam sesebuah rumah tangga, yang sering memberi teguran tentulah seorang yang paling prihatin dalam kalangan ahlinya, sama ada ia seorang bapa, ibu atau anak. Tidak kiralah siapa pun yang ikhlas membetulkan kesalahan, ia tentulah bertujuan menjadikan ahlinya lebih baik, bukan lebih buruk.

Dalam konteks yang lebih besar, umat Islam bersaudara walau tanpa pertalian darah dan kaitan kerabat. Persaudaraan atau sering disebut ukhuwah, datangnya daripada kesedaran bahawa setiap individu tidak akan mampu bersendirian kerana saling memerlukan adalah asas kekuatan bagi setiap umat Islam. Meskipun begitu, ukhuwah hanya menjadi ikhlas sekiranya kita ikhlas membajai hati dengan rasa kasih dan sayang kepada saudara seagama. Perasaan tersebutlah yang memungkinkan kita mempercayai antara satu sama lain.

Hasil daripada sifat kepercayaan terhadap saudara pula akan membawa kepada pembelaan terhadap setiap perilaku saudara seagama terutama yang baik, dan cuba membantu dalam konteks kekeluargaan sekiranya perilaku itu tidak baik, tanpa perlu menghebahkannya kepada masyarakat yang tidak menganggap mereka sebagai saudara. Ini kerana ukhuwah akan mengatasi rasa benci, menjauhi hasad dengki dan caci maki sesama insan, sebaliknya menyuburkan kebaikan dan mendekatkan manusia kepada cara hidup yang bertoleransi.

Ukhuwah amat penting dalam agama. Itulah asas yang menjadikan umat Islam bersatu dan menjernihkan yang keruh, bukan membuka jalan keaiban terhadap kekurangan dan kelalaian orang lain. Anggaplah saja sebarang kesilapan manusia sebagai lumrah dalam meniti hidup sebagai manusia, bukan menambahkan lagi rasa benci hingga sebahagian besar umat Islam hari ini saling bermusuhan, bukan saling bersaudara.

Bukanlah bermakna masalah dalam setiap perhubungan insan adalah petanda kehancuran Islam, tetapi darjat persaudaraan amat penting untuk mengharmonikan setiap manusia yang menjunjung al-Quran. 

Rasulullah SAW dan sahabat contohnya, telah menyemai rasa kasih dan sayang sesama mereka hingga sanggup memperjudikan nyawa untuk mempertahankan nyawa saudara yang lain. Rasulullah SAW juga memulakan pembinaan Madinah dengan persaudaraan antara kaum Muhajirin dan Ansar, hingga mereka bersatu dan mengumpul kekuatan yang akhirnya menjadikan Islam teguh di persada dunia.

Melalui persaudaraan, umat Islam akan saling bekerjasama dan menolak kepentingan diri demi membina kemajuan agama dan umatnya, terutama supaya keamanan dapat dipertahankan yang sekali gus memungkinkan tanggungjawab terhadap Allah SWT dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Allah SWT merakamkan kisah itu dalam Surah Al-Hasyr, ayat ke-9 yang bermaksud: 
“Dan orang Ansar yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum kedatangan mereka (orang Muhajirin) mengasihi orang yang berhijrah ke negeri mereka dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berkehendakkan kepada apa yang telah diberikan kepada orang yang berhijrah itu, dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan sangat-sangat berhajat. Dan sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhil maka merekalah orang-orang yang berjaya.
Oleh kerana itulah Rasulullah SAW yang hanya seorang manusia yang terbatas sifatnya dilantik Allah SWT untuk membawa banyak peranan dalam kehidupan.

Hikmahnya ialah supaya umat Islam sehingga ke penghujung zaman pun boleh mengambil iktibar daripada setiap tindak tanduk Rasulullah, sama ada sebagai seorang pemimpin keluarga, masyarakat, sahabat, guru, usahawan, petani, panglima perang, hakim, pengembara, peneroka, malah sebagai seorang umat yang paling taat kepada suruhan Allah SWT.

Tetapi sekiranya hakikat ini tidak dipeduli, alangkah ruginya kita bernabikan baginda Rasulullah SAW, yang susur galur hidupnya menjelaskan secara terperinci kehidupan sebagai seorang Muslim yang sebenar. Bukan itu saja, keutamaan dijanjikan oleh Allah SWT kepada setiap orang mempertahankan ukhuwah akan hilang begitu saja, sedangkan Allah SWT menjanjikan kemanisan iman dan pengampunan dosa buat mereka yang bersaudara dan bersatu kerana akidah yang satu. Allah SWT juga menjanjikan naungan arasy.

Wassalam