Khamis, 19 Januari 2012


Khamis, Februari 21, 2008

Rahsia di sebalik senyuman


1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan kerana kurang ketawa.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan di sebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Daripada keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline'.

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40% orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

Pujangga menyebut: "SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA"

Jumaat, April 23, 2010

Senyum itu satu sedekah


Senyuman anak yang manis ~ gambar hiasan

Assalamualaikum warahmatullah,

Hari ini saya kongsikan sesuatu perkara yang amat mudah untuk kita lakukan sehari-hari dan akan beroleh pahala pula jika kita mengerjakannya, insya Allah.

Hadis dari Abu Dzar r.a. bahawa Rasulallah SAW yang bermaksud, “Tidak ada lain dari anak Adam itu sedekah pada tiap-tiap hari yang naik matahari padanya.” Bertanya para sahabat, “Dari mana datangnya harta untuk kami bersedekah wahai Rasulallah?” Sabda Nabi, “Bahawa pintu-pintu kebajikan itu banyak; Tasbih, Takbir, Tahlil, Amar makruf dan nahi (mencegah) mungkar, membuang duri di jalan, mendengar orang pekak, menunjuk jalan kepada orang buta, menunjuk arah perjalanan kepada yang meminta ditunjuk, memberi air minuman kepada yang dahaga, menolong meringankan beban orang yang tidak berdaya. Semua itu sedekah bagi diri kamu.” Malah dalam riwayat yang lain menambah, “Senyum anda terhadap saudara anda adalah sedekah.” (Hadis riwayat Ibn Hiban dan Al Baihaqi)

Ini adalah sebuah hadis yang dikira cukup baik yang memerlukan setiap orang berfikir, dapat mengetuk dan membuka pintu hati dan jiwa manusia ke arah kebajikan dan juga dapat mengikat diri manusia dengan kasih sayang dan cinta yang mendalam.

‘Sedekah’ perkataan yang selalu didengar, biasanya dikaitkan dengan wang ringgit dan harta benda. Ia berlaku apabila si kaya membantu si miskin, atau orang yang kuat memberi pertolongan kepada mereka yang memerlukan. Demikianlah fahaman sempit yang selalu kita dengar dan kesannya pun amat terhad, walhal terdapat lebih banyak lagi cara kita bersedekah, selain daripada pemberian material semata-mata. Tidaklah dinafikan bahawa ianya mampu menjadi satu mekanisma untuk menwujudkan keadilan sosial dalam masyarakat, tetapi hadis ini meluaskan lagi skop sedekah dan pemikiran mengenainya; iaitu dari makna material kepada makna yang bersifat kejiwaan, membuka suatu ruang yang luas tanpa sempadan.

“Setiap yang baik itu sedekah, setiap orang mampu bersedekah.” Benar, sedekah dari skop kebendaan adalah terbit dari hati yang baik, kalau tidak sedekah atau derma itu menjadi riak, bohong, menunjuk-menunjuk kotor dan keluar dari hati yang tidak ikhlas. Maka kalau sedekah yang lahir dari hati yang tulus dan jiwa yang baik, itulah sumber kebaikan yang sebenar kerana setiap yang baik terbit dari jiwa yang baik dan setiap yang kotor keluar dari hati yang kotor. Jesteru itu, sebuah senyuman manis yang ikhlas adalah lahir dari jiwa yang jernih dan tulus ikhlas.

Seseorang yang membantu orang lain dengan wang seringgit atau dua ringgit, membantu orang yang lemah melintas jalan, menolong mengangkat barang yang berat ataupun lain-lain yang seumpama, dan ianya terbit dari hati yang bersih dan ikhlas maka itulah yang dikatakan rasa kemanusiaan yang amat tinggi nilainya, iaitu dengan menolong sesama manusia terasa ada hubungan kemanusiaan antara yang menolong dan yang ditolong. Ini juga salah satu bentuk sedekah, seperti yang disebutkan dalam hadis di atas.

Jika sedekah dihadkan kepada bentuk material, nescaya kebaikan itu juga terhad kepada mereka yang berada sahaja, tetapi Rasullallah SAW mahu kebaikan itu berada di setiap diri individu, yang mana cahayanya akan melimpah ruah yang tidak ada had dan kesudahannya.

Rasullallah SAW bukan sekadar memperkenalkan punca atau asas kebaikan, tetapi lebih lagi dari itu, Baginda mengajar kita supaya membiasakan diri dengan kebaikan adalah jiwa hidup, bergerak dan berkesan. Jiwa yang kaku dan beku adalah jiwa yang mati sebelum ajal yang tidak akan melahirkan apa-apa kebaikan darinya.

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Adakah orang yang dilapangkan dadanya oleh Allah untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah) dari Tuhannya sama dengan orang yang sesat (keras) hatinya (dengan kedurhakaan). Maka celakalah bagi mereka yang keras hatinya untuk menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka itu adalah dalam kesesatan yang nyata.” (Surah az-Zumar ayat 22)

Senyum itu satu sedekah

Senyum itulah sedekah yang paling murah mudah. Tetapi sesetengah orang amat berat dan payah sekali untuk berbuat demikian. Ada yang sukar memberi senyuman, mungkin jiwanya sakit atau dalam dirinya tertutup pintu kebaikan dan kebajikan. Mukanya masam, muram dan kusam. Menjengkil perasaan benci kepada sesama manusia. Isunya di sini bukanlah seteguk air, sesuap nasi, atau sebuku roti, tetapi ‘pemberian’ yang didalangi oleh gerak dari dalam diri membuka dan mengetuk pintu hati yang tertutup.

Senyuman itu berkait dengan jiwa bagi mereka yang sedang berdepan dengan masalah, dengan tersenyum jiwa mereka akan merasa lega dan tenang. Manakala apabila melihat orang memberi senyuman padanya, jiwa yang lesu akan kembali ceria. Senyuman secara umumnya adalah sedekah.

Mari kita ikuti kisah teladan di bawah :

Pada suatu hari Abu Yazid Al-Busthami, ahli sufi terkenal didatangi seorang lelaki yang tinggal sekampung dengannya. Lelaki itu memang terkenal rajin, ringan tulang dan kuat ibadat. Namun hidupnya sentiasa dilanda kesulitan. Dengan wajah murung lelaki itu mengadu kepada Abu Yazid.

“Sepanjang hidup, saya tak pernah lupa beribadat kepada Allah. Orang lain tidur saya masih bermunajat.” Lelaki itu diam seketika, mukanya kelat tanpa secalit pun senyuman.

Abu Yazid memerhatikan wajah lelaki yang sedang duduk dihadapannya. Raut mukanya itu seperti orang yang menangung masalah yang maha berat.

“Selalunya sebelum isteri saya bangun pagi, saya sudah mengaji. Saya tidak pernah lupa tuhan, tapi.......” lelaki itu tidak dapat meneruskan kata-katanya.

Abu Yazid mengangguk kerana dia memang amat mengenali jirannya itu, rajin dan warak. malah dia tidak pernah melihat orang sebaik dan serajinnya.

Kemudian lelaki itu melepaskan keluhan yang berat, “…entahlah tuan, nasib saya selalu malang dan hidup penuh dengan kesulitan...”

Abu Yazid memegang bahu lelaki tersebut dan berkata, “Sahabatku, senyumlah. Mulai hari ini, ubah penampilan kamu kerana aku lihat kamu tidak pernah senyum dan dahi sentiasa berkerut walaupun ketika bercakap dengan aku. Cubalah senyum, insya Allah nasibmu akan berubah. Rasulullah SAW adalah orang yang paling miskin semasa hidupnya. Namun wajahnya tidak pernah keruh, bermuram dan berkerut dahi, baginda sentiasa senyum, ceria dan wajahnya berseri-seri.”

Abu Yazid menyambung sambil melemparkan senyuman kepada lelaki tersebut. Lelaki itu hanya mengangguk tapi raut wajahnya masih tidak berubah. Dia seperti belum dapat memahami apa yang telah disampaikan oleh Abu Yazid.

“Menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah orang yang bermasam muka dan membuat orang lain curiga padanya,” Abu Yazid menambah.

Setelah mendengar nasihat Abu Yazid, lelaki itu balik, lelaki tersebut telah mengubah penampilannya. Sesiapa sahaja yang ditemui dia akan mendahului dengan salam dan tersenyum walaupun mereka tidah pernah dikenalinya. Lelaki itu berubah menjadi peramah, kerut-kerut di dahinya sudah dibuang jauh dan mukanya sentiasa manis. Dari hari ke hari hidupnya semakin senang dan rezekinya melimpah ruah.

Itulah contoh jelas betapa besarnya hikmah senyuman dalam kehidupan seharian kita sehingga Rasulullah SAW sendiri sebagai sedekah yang paling murah tetapi tinggi pahalanya. Manfaat senyum adalah besar, ia jalan untuk membuka rezeki, pengubat jiwa, memudahkan urusan dan mengeratkan kasih sayang. Paling penting senyuman adalah perhiasan diri yang paling mahal kerana dari sifat itu akan lahir keceriaan, kegembiraan, wujud keyakinan dan tanda kesediaan untuk didekati. Kepada orang menerima senyuman, mereka akan merasa dihargai. Secara tidak langsung, bangkitlah rasa keyakinan dalam diri mereka.

Senyuman itu berkait dengan jiwa bagi mereka yang sedang berdepan dengan masalah, dengan tersenyum jiwa mereka akan merasa lega dan tenang. Manakala apabila melihat orang memberi senyuman padanya, jiwa yang lesu akan kembali ceria. Senyuman secara umumnya adalah sedekah.

Walau bagaimanapun, beringatlah, bukan semua senyuman yang dilemparkan itu sedekah. Senyuman juga ada berbagai-bagai tafsiran. Ada senyuman kambing sinis, senyuman kelat dan senyuman terpaksa. Yang dikatakan senyuman sedekah itu adalah yang ikhlas, secara sukarela dari jiwa yang suci dan spontan.

Tidak kira kepada siapa kita lemparkan senyuman, asalkan dengan ikhlas dan hati yang bersih, ia adalah sedekah. Pahala yang Allah ganjarkan untuk senyuman itu adalah sama dengan pahala kita bersedekah.

Senyumlah hiaskan diri anda dengan senyuman terutama kepada orang yang paling hampir dengan kita seperti ibu bapa, ketua, orang bawahan, jiran dan teman-teman. Senyumlah, kita tidak akan rugi apa-apa...

Renung-renungkan dan mari beramal!


Tips Paling Berkesan Mencegah Dan Menghilangkan Jerawat!

Posted: 25 Oct 2011 09:41 PM PDT

Ada orang memanggilnya sebagai jerawat. Ada pula yang menyebutnya jeragat. Hampir-hampir setiap individu pernah mengalami masalah jerawat. Ia berlaku secara automatik apabila mulai menginjak usia remaja. Dikatakan 85% daripada remaja menghidapinya. Saya sendiri pernah mengalami.

Tips Paling Berkesan Mencegah Dan Menghilangkan Jerawat!

Walaupun begitu, ada juga sesetengah orang (yang amat sedikit bilangannya) cukup bertuah kerana tidak pernah dihantui masalah jerawat. Saya ada seorang dua rakan yang bertuah ini seperti ini. Tekaan rambang dan dengaki saya – mungkin kerana tubuh mereka tidak menghasilkan cukup banyak minyak terutama di bahagian muka. Hehee..

Jerawat bukan sahaja di wajah, ia boleh tumbuh di bahagian badan yang lain. Antaranya kawasan belakang badan, lengan, peha dan sekitar atas dada ke leher. Paling tak tahan kalau diserang jerawat batu. Pedih dan cukup tidak selesa. Walaupun sekali-sekala sahaja tumbuh.

Kalau menurut pandangan pakar kesihatan, jerawat adalah keadaan dimana liang roma kulit tersumbat oleh sebum. Ia terhasil daripada aktiviti hormon-hormon pada kelenjar minyak (sebaceous glands) pada kulit yang membawa kepada penutupan liang roma dan kecederaan tisu (lesion) yang biasanya dipanggil jerawat.

Dari pandangan sosial, masalah jerawat boleh mengecewakan dan mencacatkan dalam kes-kes tertentu. Jerawat juga memberi kesan ekonomi yang penting kerana banyak wang dibelanjakan untuk rawatan preskripsi dan bukan preskripsi, terapi dan produk-produk berkaitan jerawat.

Tidak perlu pening-pening memikirkan itu semua. Kalau difikirkan secara optimis, ia masalah biasa saja. Semua orang melaluinya, hanya sama ada kronik atau tidak sahaja. Jadi idea kita kali ini adalah bagaimana untuk meminimakan kesan jerawat. Berikut tips paling mudah menghilangkan jerawat dan mana-mana remaja (serta dewasa) boleh melakukannya. Kos untuk setiap tips ini juga cukup-cukup rendah!

1. Utamakan kebersihan diri dan persekitaran kulit muka.
Basuh sekurang-kurang tiga kali sehari dengan pencuci muka yang betul. Harus diingat, jangan berlebihan dalam menggunakan pencuci dan jangan mengosok muka terlalu kuat. Sekadarnya sahaja. Asalkan minyak sudah hilang dan anda yakin kebersihannya.

2. Jangan sentuh bahagian wajah kalau tidak perlu.
Jangan cuba-cuba. Elakkan sama sekali. Tangan sebenarnya merupakan tempat yang mempunyai jutaan bakteria. Ia akan dipindahkan ke muka dan seterusnya menyebabkan masalah jerawat bertambah kronik. Pastikan tangan dalam keadaan bersih jika memegang muka (sebaiknya basuh tangan dahulu).

3. Minum air secukupnya.
Tips ini kelihatan kolot bukan? Seolah tidak ada kait-mengait langsung. Jangan begitu. Sebenarnya badan kita terdiri daripada 70% air dan kita sepatutnya mengambil minima 2 liter air sehari. Pengambilan jumlah air yang mencukupi akan menjamin kesihatan tubuh dan kulit. Jika kulit sihat, masalah kulit juga akan dapat dicegah. Itu termasuklah jerawat.

4. Amalkan memakan sayuran dan buahan.
Seperti juga poin di atas, diet harian yang mengandungi banyak sayur dan buah akan membekalkan khasiat secukupnya kepada tubuh. Sudah pasti ia akan menyukarkan jerawat membiak.

5. Kurangkan pengambilan makanan berlemak.
Semua tahu, jerawat adalah disebabkan oleh penghasilan minyak berlebihan di kulit. Keadaan inilah yang menjadi tempat kesukaan bakteria hidup lalu mengakibatkan masalah jerawat timbul. Jadi sudah semestinya antara langkah paling asas menghindari jerawat adalah dengan mengurangkan pengambilan lemak. Makanan mengandungi lemak tepu dan tek tepu harus dijauhi.

6. Jangan memicit jerawat!
Jangan pula ada yang menjadikan memicit ‘jerawat masak’ sebagai hobi. Terfikir mengenainya pun jangan. Jerawat masak itu sebenarnya mengandungi nanah (yang penuh kotoran), jika anda memicitnya maka anda sebenarnya menyebarkan benih jerawat plus bajanya sekali ke kawasan lain di muka anda. Anda akan menjadi penternak jerawat yang berjaya nanti.

Jadikan tips-tips mencegah dan menghilangkan jerawat yang dikongsikan ini sebagai amalan. Inilah kuncinya! Anda tidak boleh misalnya memakan sayuran dengan banyak selama seminggu dan kemudian langsung tidak mengambilnya pada minggu seterusnya. Minum air dan lain-lain tips juga begitu. Jadikannya gaya hidup.


Islam mengajar kita untuk menahan marah seperti berikut:

Pertama
Melatih diri untuk bersifat baik dan positif seperti lemah lembut, baik hati, sabar, tenang dalam menghadapi apa saja situasi. Rasulullah saw telah menunjukkan contoh terbaik kepada kita dalam hal ini seperti kisah yang berikut: 

Suatu hari seorang lelaki yang bernama Zaid bin Sa’nah (sebelum keislamannya), datang berjumpa Nabi Muhamad SAW untuk meminta hutang daripada Nabi SAW namun, hutang tersebut belum masanya lagi untuk dibayar. Zaid datang dgn penuh kekerasan dan kekasaran. Nabi menyambut kedatangan Zaid dengan senyuman dan berlapang dada. Umar mengherdik Zaid atas kekasaran Zaid terhadap Rasulullah SAW. Maka, Nabi pun berkata kepada Zaid dan Umar.
“Aku dan dia(zaid), kami lebih memerlukan kepada sikap yang lain daripada apa yg kamu tunjukkan wahai Umar. Engkau sepatutnya menyuruh aku supaya membayar dengan baik dan menyuruh lelaki tadi(Zaid) meminta dengan cara yang baik”
Nabi meminta sahabat untuk membayar hutang tersebut namun Nabi telah membayar lebih daripada hutang tersebut sebagai tanda memujuk Zaid atas sikap Umar. Dengan sikap dan akhlak yang ditunjukkan Nabi maka, akhirnya Zaid memeluk Islam. (Hadith riwayat Ibnu Hibban al-Hakim dan at-Thabrani)
Kedua
Hendaklah seseorang itu menguatkan jiwanya ketika mana dia hendak marah, kemudian ingat tentang akibat buruk marah dan mengingati kelebihan orang yang menahan marah dan memaafkn kesalahan orang lain.


Firman Allah swt
Orang-orang bertakwa ialah orang yang berinfak baik diwaktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Allah mencintai orang yang berbuat kebaikkan” (Al-imran:134)


Nabi SAW bersabda bermaksud :
“Sesiapa yang menahan marah sedangkan dia mampu melepaskan marahnya Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di depan sekalian makhluk sehingga Allah memberinya pilihan untuk dia memilih mana-mana bidadari”
(Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud & At-Tirmizi)


Ketiga
Meminta perlindungan kepada Allah Ta’ala daripada syaitan yang direjam. Banyakkan  baca Ta’awwuz ( A’uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
Firman Allah Ta’ala :
”Dan jika syaitan datang menggodamu maka berlindunglah kepada Allah. Sungguh, Dia Maha Mendengar , Maha Mengetahui” (Al-A’raf:200)
Keempat
Orang yang marah hendaklah mengubah kedudukannya dari berdiri kepada duduk. Apabila kedudukan seseorang yang marah itu berdiri maka memudahkan dia untuk mengambil tindakan atas amarahnya.

Nabi SAW bersabda maksudnya :
”Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring”
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)
Kelima
Tidak berkata-kata kerana kata-kata boleh menambahkan kemarahan dan kata-kata yang telah dilafazkan membuatkan timbul rasa penyesalan ketika perasaan marah telah reda

Nabi SAW bersabda maksudnya :
”Apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam”Nabi saw mengucapkannya 3 kali.
(Hadith riwayat Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)
Keenam
Berwudhuk, di mana kemarahan datang daripada syaitan yang dicipta daripada api. Maka yang demikian, yang dapat memadamkan api adalah air yang dapat diperoleh daripada berwudhuk, demikian dangan izin Allah dapat meredakan kemarahan.




Nabi SAW bersabda maksudnya :
“Sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang daripada kamu marah maka hendaklah dia berwudhuk”
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)




ANEMIA
Article disumbangkan oleh Nurr

Anemia ialah penyakit yang melemahkan tubuh badan, sama ada disebabkan kekurangan dalam bilangan sel darah merah atau hemoglobin, iaitu pigmen pembawa oksigen. Ferum menyebabkan sel darah merah berwarna merah. Kekurangan ini boleh disebabkan pengeluaran sel merah yang tidak mencukupi oleh sum-sum tulang, kekurangan ferum dan bahan membetuk darah yang lain melalui penyakit seperti leukemia dan talasemia, kehilangan darah yang berlebihan atau jangkitan.

Tanda-tanda
Kulit pucat, terutamanya di hujung jari, bibir, sekeliling mata dan lidah.
Lesu, tidak bermaya dan lemah.
Sesak nafas selepas melakukan aktiviti.
Pening.
Kadar nadi meningkat.

Apakah tindakan pertama?

Jika anak kelihatan lesu, pucat dan tidak berselera makan, periksa warna mata, mulut, jari dan lidahnya.
Perhatikan sama ada anak anda kurang aktif berbanding kawan-kawannya.
Perlukah saya berjumpa doktor?

Dapatkan nasihat doktor dengan segera jika anda mengesyaki anak menghidap penyakit anemia. Keadaan anak perlu disiasat dan pemeriksaan yang lengkap perlu dilakukan. Jangan sesekali cuba merawat sendiri penyakit anak.

Apakah tindakan doktor?

Doktor akan mengambil sampel darah dan menghantarnya ke makmal untuk dianalisis. Jika diagnosis sudah dipastikan, anak anda mungkin perlu dihantar ke hospital untuk siasatan lanjut dan ditentukan punca anemia. Jika keadaannya teruk, pemindahan darah mungkin diperlukan.

Jika anemia disebabkan kekurangan ferum, doktor mungkin akan memberikan preskripsi ferum dan mengesyorkan pemakanan yang mempunyai kandungan ferum yang tinggi. Tambahan, punca kekurangan ferum ini harus disiasat oleh pakar pediatrik. Anak anda mungkin perlu dibawa ke klinik untuk menjalani ujian.

Bagaimana saya boleh membantu?

Pastikan anak anda mendapat makanan yang seimbang seperti yang ditetapkan oleh doktor atau pakar pemakanan. Makanan yang kaya dengan ferum termasuk hati, kuning telur, sayur berdaun hijau gelap dan kekacang. Oleh sebab Vitamin C membantu dalam penyerapan ferum, beri anak minuman jus oren bersama-sama makanannya
Kencing kotor tanda sakit buah pinggang



JIKA anda berada dalam kelompok ini - lelaki dan mengalami kencing berdarah - lakukan temujanji segera dengan doktor. Berbanding wanita, fenomena kencing kotor di kalangan kaum Adam adalah antara petanda serangan sakit buah pinggang.

Secara normal, jangkitan kuman pada pundi kencing hanya melanda golongan Hawa kerana ia mudah ‘menyusup’ masuk ke pundi kencing dari tiup uretra disebabkan jaraknya yang terlalu dekat antara satu sama lain.

Perunding Nefrologi Pusat Perubatan Sunway, Dr Thiruventhiran Thilaganathan, berkata masalah ginjal sukar dikesan lebih awal kerana ia organ dalaman tetapi perubahan warna air kencing menjadi amaran supaya individu mengambil langkah berjaga-jaga.

Katanya, sebahagian besar pesakit hanya datang mendapatkan rawatan selepas mencecah tahap kronik hingga penderita memerlukan kaedah terakhir untuk hidup seperti orang lain sama ada menjalani hemodialisis atau pemindahan buah pinggang.

“Tiada istilah jangkitan kuman kalau lelaki mengalami kencing kotor. Kebarangkalian bakteria menyerang salur pundi kencing lelaki amat luar biasa kerana ia perlu menempuh perjalanan panjang untuk sampai di situ.

“Begitupun bagi wanita pula, mereka tidak harus menganggap masalah kencing kotor sebagai lumrah atau kitaran biologi. Ia memang boleh disembuhkan namun jika dalam setahun mereka mengalami keadaan ini lebih dari tiga kali, bermakna ada sesuatu tidak kena.

“Dari pemerhatian, 60 peratus daripada kes yang disifatkan sebagai kencing berdarah itu mempunyai kaitan dengan buah pinggang. Sama ada lelaki atau wanita, pengesanan awal buah pinggang sama penting dengan pemeriksaan kesihatan lain,” katanya.

Dalam kes kencing berdarah di kalangan penderita masalah buah pinggang, tahap kerosakan organ berkenaan sebenarnya berada pada peringkat bahaya apabila buah pinggang tidak lagi dapat berfungsi secara normal.

Dr Thiruventhiran berkata, dianggarkan kira-kira 15,000 pesakit buah pinggang di seluruh negara kini bergantung hidup kepada dialisis darah manakala 2,400 kes baru dikesan setiap tahun dan menjelang 2008, pesakit buah pinggang dijangka berjumlah 20,000 orang.

“Kita tentu tidak mahu termasuk dalam senarai pesakit buah pinggang tetapi setiap individu sebenarnya tidak boleh menolak kemungkinan masalah ini akan menimpa mereka ditambah faktor risiko termasuk hipertansi, diabetes, genetik dan gaya hidup.

“Jika masalah buah pinggang yang gagal berfungsi dengan baik ini dapat dikesan ketika masih pada tahap awal, peluang untuk dipulihkan sangat cerah sekali gus membolehkan pesakit kembali normal.

“Di sinilah pentingnya tahap kesedaran dalam diri seseorang. Jangan biarkan keadaan menjadi melarat, baru hendak pergi berjumpa doktor. Kesedaran dan pengetahuan mengenai penyakit ini juga harus diterapkan dalam diri setiap anggota masyarakat,” katanya.

Katanya, fungsi buah pinggang penting untuk menjana keseluruhan sistem tubuh apabila ia bukan saja membersihkan darah dengan menyingkirkan bahan buangan dan lebihan cecair malah menseimbangkan kimia tubuh.

Kepentingan lain meliputi penghasilan hormon untuk mengekalkan kesihatan tulang, membantu tulang sum-sum menghasilkan sel darah merah serta menseimbangkan tekanan darah.

Secara umum, penyakit buah pinggang membawa maksud apa saja gangguan atau keganjilan yang memberi kesan kepada fungsi buah pinggang terhadap penjanaan sistem badan.

Ia membabitkan pelbagai aspek termasuk penyakit buah pinggang yang diwarisi secara genetik (polycystic kidney disease) dan penyakit buah pinggang yang disebabkan penyakit lain seperti diebetes dan hipertensi (hypertension).

Namun hingga ke tahap kronik, kebanyakan pesakit tidak menyedari mereka terdedah kepada ancaman ini berikutan simptom agak kabur selain kegagalan fungsinya hanya disedari selepas beberapa lama.

Katanya, kebiasaannya sebarang petanda hanya muncul selepas buah pinggang berada pada kondisi teruk ditambah keengganan individu menerima kenyataan dengan hati terbuka sebaliknya melambat-lambatkan kaedah rawatan kerana tidak mahu berdepan dengan kesukaran.

“Penyakit ini perlu diberi perhatian serius kerana ia bukan saja menyebabkan pesakit menghadapi kesakitan, bebanan emosi malah terpaksa mengeluarkan kos tinggi untuk merawatnya.

“Dalam sesetengah situasi, bukan semua orang mampu mengeluarkan kos rawatan susulan atau menjalani dialisis. Oleh itu, langkah pengawalan awal harus diwar-warkan kepada semua bagi mengurangkan beban mereka,” katanya.

Dianggarkan kos rawatan untuk sekali dialisis berharga RM120 hingga RM140 di hospital kerajaan, manakala di pusat perubatan swasta pula antara RM160 hingga RM170 dan secara keseluruhan, perbelanjaan rawatan penyakit ini di seluruh dunia membabitkan RM300 juta setahun.

Selain dialisis darah atau hemodialisi, terdapat kaedah dinamakan Peritoneal dialisis iaitu cecair dialysate yang bertindak memerangkap bahan buangan daripada darah diletakkan di dalam perut. Selepas beberapa jam, ia dikeluarkan dan pesakit boleh melakukan kaedah ini sendiri di rumah.

Edirossa
Kencing kotor tanda sakit buah pinggang



JIKA anda berada dalam kelompok ini - lelaki dan mengalami kencing berdarah - lakukan temujanji segera dengan doktor. Berbanding wanita, fenomena kencing kotor di kalangan kaum Adam adalah antara petanda serangan sakit buah pinggang.

Secara normal, jangkitan kuman pada pundi kencing hanya melanda golongan Hawa kerana ia mudah ‘menyusup’ masuk ke pundi kencing dari tiup uretra disebabkan jaraknya yang terlalu dekat antara satu sama lain.

Perunding Nefrologi Pusat Perubatan Sunway, Dr Thiruventhiran Thilaganathan, berkata masalah ginjal sukar dikesan lebih awal kerana ia organ dalaman tetapi perubahan warna air kencing menjadi amaran supaya individu mengambil langkah berjaga-jaga.

Katanya, sebahagian besar pesakit hanya datang mendapatkan rawatan selepas mencecah tahap kronik hingga penderita memerlukan kaedah terakhir untuk hidup seperti orang lain sama ada menjalani hemodialisis atau pemindahan buah pinggang.

“Tiada istilah jangkitan kuman kalau lelaki mengalami kencing kotor. Kebarangkalian bakteria menyerang salur pundi kencing lelaki amat luar biasa kerana ia perlu menempuh perjalanan panjang untuk sampai di situ.

“Begitupun bagi wanita pula, mereka tidak harus menganggap masalah kencing kotor sebagai lumrah atau kitaran biologi. Ia memang boleh disembuhkan namun jika dalam setahun mereka mengalami keadaan ini lebih dari tiga kali, bermakna ada sesuatu tidak kena.

“Dari pemerhatian, 60 peratus daripada kes yang disifatkan sebagai kencing berdarah itu mempunyai kaitan dengan buah pinggang. Sama ada lelaki atau wanita, pengesanan awal buah pinggang sama penting dengan pemeriksaan kesihatan lain,” katanya.

Dalam kes kencing berdarah di kalangan penderita masalah buah pinggang, tahap kerosakan organ berkenaan sebenarnya berada pada peringkat bahaya apabila buah pinggang tidak lagi dapat berfungsi secara normal.

Dr Thiruventhiran berkata, dianggarkan kira-kira 15,000 pesakit buah pinggang di seluruh negara kini bergantung hidup kepada dialisis darah manakala 2,400 kes baru dikesan setiap tahun dan menjelang 2008, pesakit buah pinggang dijangka berjumlah 20,000 orang.

“Kita tentu tidak mahu termasuk dalam senarai pesakit buah pinggang tetapi setiap individu sebenarnya tidak boleh menolak kemungkinan masalah ini akan menimpa mereka ditambah faktor risiko termasuk hipertansi, diabetes, genetik dan gaya hidup.

“Jika masalah buah pinggang yang gagal berfungsi dengan baik ini dapat dikesan ketika masih pada tahap awal, peluang untuk dipulihkan sangat cerah sekali gus membolehkan pesakit kembali normal.

“Di sinilah pentingnya tahap kesedaran dalam diri seseorang. Jangan biarkan keadaan menjadi melarat, baru hendak pergi berjumpa doktor. Kesedaran dan pengetahuan mengenai penyakit ini juga harus diterapkan dalam diri setiap anggota masyarakat,” katanya.

Katanya, fungsi buah pinggang penting untuk menjana keseluruhan sistem tubuh apabila ia bukan saja membersihkan darah dengan menyingkirkan bahan buangan dan lebihan cecair malah menseimbangkan kimia tubuh.

Kepentingan lain meliputi penghasilan hormon untuk mengekalkan kesihatan tulang, membantu tulang sum-sum menghasilkan sel darah merah serta menseimbangkan tekanan darah.

Secara umum, penyakit buah pinggang membawa maksud apa saja gangguan atau keganjilan yang memberi kesan kepada fungsi buah pinggang terhadap penjanaan sistem badan.

Ia membabitkan pelbagai aspek termasuk penyakit buah pinggang yang diwarisi secara genetik (polycystic kidney disease) dan penyakit buah pinggang yang disebabkan penyakit lain seperti diebetes dan hipertensi (hypertension).

Namun hingga ke tahap kronik, kebanyakan pesakit tidak menyedari mereka terdedah kepada ancaman ini berikutan simptom agak kabur selain kegagalan fungsinya hanya disedari selepas beberapa lama.

Katanya, kebiasaannya sebarang petanda hanya muncul selepas buah pinggang berada pada kondisi teruk ditambah keengganan individu menerima kenyataan dengan hati terbuka sebaliknya melambat-lambatkan kaedah rawatan kerana tidak mahu berdepan dengan kesukaran.

“Penyakit ini perlu diberi perhatian serius kerana ia bukan saja menyebabkan pesakit menghadapi kesakitan, bebanan emosi malah terpaksa mengeluarkan kos tinggi untuk merawatnya.

“Dalam sesetengah situasi, bukan semua orang mampu mengeluarkan kos rawatan susulan atau menjalani dialisis. Oleh itu, langkah pengawalan awal harus diwar-warkan kepada semua bagi mengurangkan beban mereka,” katanya.

Dianggarkan kos rawatan untuk sekali dialisis berharga RM120 hingga RM140 di hospital kerajaan, manakala di pusat perubatan swasta pula antara RM160 hingga RM170 dan secara keseluruhan, perbelanjaan rawatan penyakit ini di seluruh dunia membabitkan RM300 juta setahun.

Selain dialisis darah atau hemodialisi, terdapat kaedah dinamakan Peritoneal dialisis iaitu cecair dialysate yang bertindak memerangkap bahan buangan daripada darah diletakkan di dalam perut. Selepas beberapa jam, ia dikeluarkan dan pesakit boleh melakukan kaedah ini sendiri di rumah.

Ubat Pelupa - Pentingnya Bersenam

Kesan positif bersenam

Kajian sejak lebih 50 tahun lalu juga membuktikan senaman memberi kesan positif terhadap sistem saraf kerana ia mampu:
> Mengurangkan kesakitan.
> Menguatkan ingatan.
> Merawat kemurungan.
> Menurun dan mengawal tekanan darah.
> Meningkatkan daya ketahanan badan.
> Merangsang aliran darah.
> Mengekalkan keanjalan dan kekuatan otot.


................................................................................
..................................................

Ubat Pelupa

Bersenam secara tetap boleh meningkatkan kecerdasan minda

MEMANG sukar mengajak orang bersenam walaupun kebanyakan tahu manfaatnya, tetapi ada penemuan baru yang mungkin boleh menaikkan semangat kita untuk memulakan aktiviti yang memberi kesejahteraan sepanjang hayat.

Biasanya semangat untuk bersenam hanya marak pada awal tahun dan mulai malap selepas beberapa bulan. Namun jangan biarkan ia terus padam kerana kajian mendapati bersenam secara tetap sebenarnya boleh meningkatkan kecerdasan minda.

Kajian yang dijalankan ke atas tikus mendapati bersenam boleh merangsang penghasilan neuron dalam kawasan ingatan pada otak haiwan itu. Tikus yang ‘disuruh’ bersenam di atas roda bergerak belajar teknik baru dengan lebih baik berbanding tikus yang banyak berehat.

Kajian ini menarik kerana ia membandingkan prestasi antara tikus tua (seperti orang berumur 70 tahun) dengan tikus muda (seperti orang berumur 20 tahun) yang bersenam dengan berlari atas pelantar bergerak. Tikus ini kemudian diberikan ujian untuk mencari platform yang diletakkan di tengah kolam air.

Hasil kajian sebulan itu mendapati tikus tua yang bersenam menunjukkan prestasi sebaik tikus muda, manakala tikus tua yang tidak bersenam ‘terlupa’ di mana letaknya platform.

Saintis percaya senaman mampu memberi kesan sama pada golongan tua untuk merangsang daya fikiran mereka dan memperlahankan masalah pelupa yang sering berlaku apabila umur meningkat.

Kajian ini juga memberi harapan kepada pesakit Alzheimer atau nyanyuk bahawa proses penggantian semula sel otak yang mati boleh dirangsang semula dengan menjalankan aktiviti fizikal setiap hari.

Senaman sebenarnya merangsang otak untuk ‘bekerja’ pada kadar optimum apabila ia menyebabkan sel saraf untuk berganda, menguatkan ‘hubungan’ antara sel dan melindunginya daripada mengalami kecederaan.

Kajian terdahulu ke atas haiwan juga mendapati apabila bersenam, sel saraf haiwan terbabit menghasilkan sejenis protein dipanggil faktor neurotrofik (BDNF). Protein ini merangsang beberapa bahan kimia semula jadi lain untuk meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.

Seorang pakar perubatan memberikan analogi senaman seumpama makan ubat. Jika diambil pada dos tepat dan sesuai, ia mampu mengubati sesuatu penyakit pada kadar seperti diharapkan. Namun jika dosnya terlalu kurang atau banyak, hasilnya mungkin tidak seperti diharapkan atau boleh mendatangkan kesan sampingan.

Tidak kira bagaimana kita menjaga penampilan, proses penuaan tetap berlaku. Tiada siapa boleh menduga apa bakal berlaku apabila kita tua, namun banyak penyakit boleh dielakkan melalui senaman.

Semakin meningkat umur, organ kita turut mengalami penuaan dan fungsi otak boleh menurun jika ia tidak dilindungi. Senaman aerobik sederhana juga didapati boleh melindungi otak daripada mengalami kemerosotan sehingga menjejaskan daya ingatan seperti dialami pesakit dementia atau Alzheimer.

Dalam kajian lain membandingkan senaman aerobik dengan regangan dan membina bentuk badan mendapati, individu yang melakukan senaman aerobik menunjukkan prestasi minda lebih baik. Mereka bukan saja dapat menjalankan tugas dengan baik, malah daya tumpuan juga meningkat.

Selepas enam bulan, tahap kesihatan kardiovaskular kumpulan yang melakukan senaman aerobik juga meningkat. Manakala perubahan pada kumpulan yang melakukan senaman regangan tidak ketara.

Senaman aerobik ialah pergerakan sama dilakukan berulang kali seperti berjalan, berjoging, mengayuh basikal, berenang atau menari. Senaman selama 20 hingga 30 minit sehari, tiga atau empat kali seminggu sudah memadai dan boleh memberikan manfaat besar kepada kita.

Tidak kira berapa pun usia kita sekarang, tiada istilah terlewat untuk menjaga kesihatan dan memulakan senaman. Senaman lebih penting kepada orang tua untuk mengekalkan keanjalan otot dan keseimbangan, menguatkan tulang dan mengelakkan masalah keretakan tulang serta mampu mengatasi masalah sukar tidur.

Selain makanan, senaman adalah pelaburan terbaik untuk mengekalkan kesihatan. Pelaburan ini juga mudah, memberi banyak manfaat yang tidak memerlukan wang. Modal terpenting ialah kesedaran dan kesungguhan untuk menjadikannya amalan sepanjang hayat kerana hasil pelaburan ini hanya dapat dirasai jika dilakukan secara teratur dan berterusan.

Onani, Mastubasi

Onani atau mastubasi, juga dikenali sebagai melacap, sama ada menggunakan tangan, geselan dengan bantal, kain, paha atau gesel-gesel di clitoris, dikalangan remaja perempuan adalah dianggap normal dari sudut kesihatan.

Ianya akan menjadi keburukan, bila onani ini sudah menjadi melampau hingga terpaksa melakukannya setiap hari dan boleh menjejaskan kesihatan baik fisikal dan mental.

Tidak ada satu manusia lelaki yang normal yang tidak melalukan onani dalam hidupnya. Kalau ada manusia lekai yang menyatakan mereka tidak pernah melakukan onani, mereka adalah pembohong besar.

Jika anda melakukan onani janganlah melampau kerana akibat dari onani melampau anda akan menghadapi antaranya , kemungkinan:


1. Daya ingat menjadi lemah
2. Sendi-sendi berbunyi
3. Tuboh badan menjadi sentiasa keletihan.
4. Anda akan menjadi selalu mengantuk
5. Tidur menjadi berlebihan
6. Banyak khayalan
7. Bimbang akan terjebak dengan perzinaan
Elak minum ketika makan...Siri (82)


PERUT adalah pusat kebanyakan penyakit. Pakar perubatan sependapat mengatakan ubat yang paling mujarab untuk menjaga kesihatan adalah dengan mengawal makan. Malah Nabi Muhammad sendiri pernah bersabda yang bermaksud, “Setiap penyakit disebabkan oleh banyak makanan dan setiap ubat disebabkan oleh sedikit makan.”

Sememangnya terlalu banyak makan boleh mendatangkan pelbagai masalah seperti sakit perut, kembung, sembelit, rasa mual, muntah atau cirit birit. Kesemuanya ini berpunca daripada makan dan tabiat makan kita. Sindrom Usus Rengsa ini menandakan berlaku ketidakseimbangan organisasi dalam usus kita.

Ada 10 simptom yang perlu diingat kerana ia menandakan kita mengalami masalah pencernaan (aktiviti enzim) iaitu:

- Banyak angin (lebih kerap kentut daripada biasa)
- Kembung
- Cepat penat
- Mudah berparut
- Keradangan kulit
- Berat badan bertambah dengan cepat
- Sering sendawa
- Pedih ulu hati
- Makanan tidak hadam
- Keradangan lain

Antara cara yang boleh diamalkan untuk menggalakkan kesihatan saluran pencernaan kita ialah:

1) Jangan makan terlalu banyak
Walaupun sudah jadi budaya kita untuk makan setiap kali keluar atau berjumpa kawan, kawallah makanan yang masuk ke dalam perut.

2) Kunyah makanan hingga betul-betul lumat.
Kunyah makanan perlahan-lahan (sekurang-kurangnya 30 kali, dan ada hadis yang menyarankan 44 kali kunyah) sebelum makanan ditelan. Ada rahsia di sebalik saranan ini kerana makanan yang dikunyah hancur mengandungi lebih banyak enzim dari air liur dan ia sebenarnya memudahkan proses pencernaan.

3)Minum sebelum atau selepas makan.
Elakkan minum ketika makan kerana ia akan mencairkan enzim pencernaan dalam perut. Proses pencernaan akan berlaku lebih sempurna dalam keadaan perut yang berasid. Jika terpaksa, minumlah dalam tegukan yang kecil tetapi elakkan minuman berkarbonat, soda atau minuman berais kerana menghalang pencernaan. Sebaiknya minum 10 minit sebelum makan atau sekurang-kurangnya sejam selepas makan.

4) Amalkan jadual ke tandas yang tetap setiap hari.
Ia secara tidak langsung memberi laluan kepada badan menyingkirkan bahan toksin secara berkala dan memperbaiki persekitaran usus.

5) Makan lebih banyak sayur-sayuran mentah (termasuk ulam dan salad) serta buah-buahan kerana ia mengandungi banyak bahan yang boleh melancarkan proses pencernaan.

6) Minum air secukupnya.
Air menjadi bahan pengantara yang terbaik dalam badan. Badan yang tidak cukup air secara automatik akan merangsang fungsi enzim dan mengganggu proses penghadaman. Malah anda lebih sukar ke tandas jika tidak cukup air, walaupun banyak makan sayur-sayuran atau buah-buahan.

7) Bersenam selalu.
Senaman boleh merangsang badan mencapai fungsi sebenar dan menggalakkan proses pencernaan.

dirol.gif Elakkan diri daripada tekanan.
Tekanan akan merangsang enzim untuk menjalankan semua fungsi ######_lbolik dan jika ia berterusan, boleh mendatangkan masalah kepada badan.

9) Makan produk tenusu kultur (contohnya dadih dan keju) atau probiotik kultur tempatan.

Darah tinggi: Ambil serius!...Siri (77)


Di Malaysia, hipertensi merupakan masalah umum di mana, menurut Presiden Persatuan Hipertensi Malaysia, Datuk Dr. Azhari Rosman, seorang daripada tiga rakyat Malaysia berusia tiga puluh tahun ke atas menghidapinya.

Hanya enam daripada 100 orang dapat mengawal tekanan darah mereka.

``Lebih membimbangkan, hanya lebih sedikit daripada satu per lima (dua puluh tiga peratus) rakyat Malaysia yang menghidap tekanan darah tinggi sedang mengambil ubat,'' katanya.

Beliau yang juga Pakar Runding Kardiologi, Institut Jantung Negara (IJN) berkata demikian pada majlis pelancaran Co-Diovan 160/25mg, satu formula baru bagi rawatan hipertensi daripada Novartis.

Menurutnya, statistik tersebut menunjukkan jurang rawatan yang serius membabitkan pesakit dan juga doktor.

``Masyarakat perubatan dan orang ramai mesti mengubah sikap mereka terhadap bahaya masalah ini dan menyedari keperluan merawat hipertensi secara agresif di peringkat awal.''

Sementara itu, Ketua Nefrologi Hospital Kuala Lumpur, Datuk Dr. Zaki Morad Mohd. Zaher mengakui cabaran untuk meyakinkan pesakit bahawa mereka perlu mengambil ubat bagi mengawal tekanan darah.

``Walaupun hipertensi merupakan antara penyakit kardiovaskular yang paling mudah dirawat, kematian yang disebabkan oleh pembunuh senyap ini terus meningkat.

``Ini kerana, apabila rawatan disyorkan, pesakit sering tidak mengambil ubat seperti yang diarahkan,'' kata Dr. Zaki Morad merangkap pengerusi jawatankuasa kerja yang merangka garis panduan Malaysia bagi rawatan hipertensi.

Kumpulan kerja tersebut ditugaskan untuk merangka garis panduan bagi pihak Kementerian Kesihatan dan Akademi Perubatan.

Kajian Kesihatan dan Kemorbidan Kebangsaan pada tahun hadapan akan membuat penyiasatan lanjut ke atas 70,000 rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas untuk membuktikan penularan penyakit hipertensi, kardiovaskular dan diabetes di negara ini.

Peningkatan kejadian hipertensi amat ketara dengan kenaikan berganda, daripada 58,961 pada 1985 kepada 103,512 pada 1998.

Persatuan Hipertensi Antarabangsa meramalkan bahawa sehingga 42 peratus daripada penduduk dunia atau hampir seorang daripada dua orang dewasa akan menghidap penyakit hipertensi menjelang tahun 2020.

Bagaimanapun, kata Dr. Zaki Morad, ramai yang tidak tahu mereka sebenarnya menghidap hipertensi memandangkan masalah ini sering timbul tanpa gejala.

``Bagi mereka yang sedar, bukan semuanya menerima rawatan dan di kalangan mereka yang diberi rawatan tersebut, hanya segelintir dapat mengawal tekanan darah mereka.

``Oleh kerana hipertensi adalah penyakit tidak bergejala, pesakit sering mengabaikan rawatan,'' katanya.

Tidak sampai separuh daripada pesakit yang menghidap hipertensi berjaya dirawat dengan pengambilan ubat. Memandangkan hanya segelintir pesakit dapat mengawal tekanan darah mereka, situasi ini perlu dinilai dengan lebih mendalam.

Ini mungkin bermakna mereka tidak mematuhi arahan rawatan, mereka tidak mendapatkan ubat yang betul atau kombinasi ubat yang betul. Sementara itu, doktor mereka mungkin tidak cukup agresif merawat masalah tekanan darah mereka.

Sudah tentulah terdapat juga pelbagai sebab lain. Adanya pelbagai jenis ubat tekanan darah membolehkan doktor menyesuaikan rawatan mengikut pesakit dan keadaan mereka.

Menurut Dr. Zaki Morad lagi, pada tahun-tahun kebelakangan ini, bukti kukuh telah dikumpulkan tentang sasaran rawatan bagi hipertensi.

``Jelas sekali tekanan darah kini perlu dikawal pada tahap yang lebih rendah berbanding sebelumnya bagi mengurangkan kerosakan kepada jantung.

``Usaha mencapai sasaran ini biasanya memerlukan dua atau tiga ubat antihipertensi, namun begitu pematuhan kepada rawatan mungkin menjadi masalah,'' katanya.

Apa yang lebih membimbangkan, ujar beliau, hipertensi menjadi punca utama sakit jantung, strok dan kegagalan buah pinggang.

Dari segi kesan ekonomi, ia memberikan kesan besar ke atas produktiviti walaupun sukar untuk memberikan ukurannya.

Di beberapa negara, tekanan darah yang dikawal secara berkesan berupaya mengurangkan kejadian strok dan sakit jantung, sekali gus menghasilkan penjimatan besar kepada sistem penjagaan kesihatan.

Dr. Zaki Morad menjelaskan, satu lagi aspek penting rawatan adalah usaha memastikan jadual rawatan dipatuhi.

``Pilihan ubat penting. Faktor yang diambil kira termasuk ketiadaan kesan sampingan besar, jadual dos yang menyenangkan, kos dan penyakit yang berkaitan.

``Kelas ubat yang dinamakan ARB memberikan sedikit atau tiada langsung kesan sampingan dan mungkin menggalakkan tahap pematuhan yang lebih tinggi,'' katanya.

Terdapat kos ekonomi yang dikaitkan dengan ketidakpatuhan kepada rawatan. Ubat yang terbuang dan kemerosotan tahap kesihatan seseorang, meningkatkan lagi kos penjagaan kesihatan.

Usaha memantau cara pesakit mengambil ubat dan melaksanakan sistem lebih baik mungkin menjimatkan kos kewangan di samping meningkatkan tahap kesihatan dan kebajikan rakyat.

``Usia purata strok di Malaysia adalah 59 tahun. Usia ini sangat rendah. Purata usia serangan jantung dialami ialah 57 dan ini juga sangat rendah,'' kata Dr. Azhari.

Beliau turut mengaitkan sesetengah isu dan halangan kepada penjagaan lebih baik dengan sikap dan budaya.

``Sesetengah doktor tidak yakin bahawa hipertensi adalah masalah serius seperti yang didakwa, dan dengan itu tidak menekankan betapa pentingnya rawatan kepada pesakit.

``Di samping itu, rata-rata penduduk Asia tidak suka makan ubat. Sentimen ini, ditambah pula kecenderungan penggunaan herba atau ubat tradisional boleh menyukarkan lagi rawatan,'' ujar beliau.

Generasi baru ubat mempunyai sedikit kesan sampingan termasuk pening, keletihan, sesetengah masalah disfungsi seks, justeru rawatannya menyebabkan lebih banyak gejala daripada penyakit.

``Langkah memperkenalkan Co-Diovan 160/25mg memberikan fleksibiliti tambahan bagi ubat khusus ini. Tekanan darah tinggi ialah faktor risiko tunggal yang paling boleh dirawat.

``Co-Diovan ialah salah satu ubat yang saya gunakan untuk menjamin pematuhan pesakit kepada rawatan. Formula dos lebih tinggi ini berguna untuk mencapai sasaran,'' kata Dr. Azhari.

Co-Diovan 160/25mg ialah kombinasi dos tetap antara valsartan 160mg (valsartan ialah sejenis ARB) dan 25mg hydrochlortiazide (hydrochlorothiazide ialah sejenis diuretik).

Ia merupakan formulasi terkini ubat antihipertensi yang dilancarkan oleh Novartis Malaysia dan disyorkan kepada pesakit yang perlu menurunkan tekanan darah tinggi.

Seperti formulasi lain valsartan, Co-Diovan 160/25gm merupakan rawatan sekali sehari yang menyenangkan.

Selain menurunkan tekanan darah tinggi, ujian menunjukkan Diovan/Co-Diovan juga melindungi jantung daripada mengalami kerosakan.

Kementerian Kesihatan baru-baru ini meluluskan Diovan untuk meningkatkan peluang hidup pesakit yang mengalami serangan jantung.

Dengan kelulusan tersebut, Diovan merupakan satu-satunya ARB yang disyorkan bagi rawatan pascaserangan jantung, kegagalan jantung dan hipertensi.

Sebarang jenis ubat tentunya mempunyai kesan sampingannya tersendiri. Secara amnya, kesan-kesan sampingan Diovan/Co-Diovan amat mudah ditoleransi.

Apa itu tekanan darah tinggi?

Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko menghidap sakit jantung dan/atau sakit buah pinggang, juga strok.

Penyakit darah tinggi amat berbahaya kerana kebiasaannya tiada tanda amaran mahupun gejala.

Sesiapa sahaja, tidak kira bangsa, usia mahupun jantina boleh menghidap sakit darah tinggi.

Dari saat mula anda menghidap sakit darah tinggi, ia biasanya berkekalan seumur hidup. Anda boleh mencegah dan mengawal tekanan darah tinggi dengan mengambil langkah-langkah tertentu.


Penyebabnya

- Penyebab tekanan darah tinggi pelbagai. Ini termasuklah penyempitan arteri, isi padu darah yang lebih dari normal, atau denyutan jantung yang pantas atau lebih kuat dari sepatutnya.

Sebarang keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan tekanan terhadap dinding arteri.

Tekanan darah tinggi mungkin juga disebabkan oleh masalah-masalah perubatan lain. Pada kebiasaannya, punca tidak diketahui. Biarpun tekanan darah tinggi tidak boleh disembuhkan namun, dalam kebanyakan kes, ia mampu dicegah dan dikawal.

- Strok/otak: Tekanan darah tinggi adalah faktor utama risiko strok. Tekanan darah yang amat tinggi boleh menyebabkan kebocoran pada salur darah yang lemah dan kemudiannya mengalir ke otak.

Ini boleh mengakibatkan strok. Sekiranya salah satu arteri kecil tersumbat oleh darah beku, strok boleh juga terjadi.

- Gangguan penglihatan/mata: Tekanan darah tinggi lama-kelamaan boleh menyebabkan saluran darah di mata pecah atau berdarah. Penglihatan mungkin kabur atau terjejas dan boleh mengakibatkan buta.

- Arteri/arteri: Semakin meningkat usia, arteri menjadi semakin keras terutama arteri di jantung, otak dan buah pinggang.

Tekanan darah yang tinggi dikaitkan sebagai punca arteri mengeras. Ini seterusnya menyebabkan jantung dan buah pinggang terpaksa bekerja lebih.

- Kerosakan buah pinggang/buah pinggang: Buah pinggang bertindak sebagai penapis yang menyingkirkan bahan-bahan kumuhan badan.

Tekanan darah tinggi lama-kelamaan boleh menyempitkan salur darah melalui penebalan dinding saluran darah pada buah pinggang.

Proses penapisan oleh buah pinggang terjejas di mana kurang bendalir ditapis, seterusnya menyebabkan bahan kumuhan terkumpul di dalam darah.

Buah pinggang mungkin gagal sepenuhnya. Apabila ini berlaku, rawatan perubatan sama ada dialisis atau pemindahan buah pinggang mungkin diperlukan.

- Serangan jantung/jantung: Tekanan darah tinggi adalah faktor utama risiko serangan jantung.

Arteri berperanan membawa darah beroksigen ke otot jantung. Sekiranya jantung tidak mendapat cukup oksigen, sakit dada atau lebih dikenali sebagai angina boleh berlaku.

Jika aliran udara tersekat, serangan jantung terjadi.

Kegagalan jantung kongestif

Tekanan darah tinggi adalah faktor utama kegagalan jantung kongestif. Ia adalah masalah serius di mana jantung gagal mengepam darah yang secukupnya bagi keperluan tubuh badan.


Langkah-langkah pencegahan

Anda boleh mengambil langkah-langkah bagi mengelakkan tekanan darah tinggi dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Langkah-langkah ini termasuklah mengekalkan berat badan sihat, sentiasa aktif, mengamalkan diet yang sihat dengan membanyakkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan tenusu rendah lemak, memilih dan menyediakan makanan rendah kandungan garam dan sodium.


Rawatan

Amat penting mengambil langkah-langkah untuk memastikan tekanan darah anda terkawal.

Sasaran bagi tekanan darah adalah bawah 140/90 dan lebih rendah bagi pesakit yang menghidapi penyakit lain seperti kencing manis dan sakit buah pinggang.

Mengamalkan gaya hidup sihat merupakan langkah pertama paling berkesan dalam mencegah dan mengawal tekanan darah.

Sekiranya perubahan amalan gaya hidup sihat tidak berkesan dalam mengawal tekanan darah anda, adalah sangat perlu bagi anda mengambil ubat-ubatan darah tinggi.


Jenis-jenis ubat darah tinggi

- Diuretik: Membuang garam dan air berlebihan daripada badan

- Penghalang beta: Memperlahankan degup jantung supaya jantung tidak perlu bekerja lebih bagi mengepam darah

- Penghalang saluran kalsium: Mengendurkan saluran darah bagi menghalang kalsium daripada memasuki sel-sel otot

- Perencat enzim menukarkan angiotensin II (ACE): Merencat pembentukan angiotensin II, sejenis hormon yang menyebabkan penyempitan pembuluh darah

- Penghalang penerima angiotensin II (ARB): Menyekat secara langsung kesan-kesan bahaya angiotensin II ke atas pembuluh darah.


Petua-petua agar anda tidak lupa mengambil ubat

- Ambillah ubat pada masa sama setiap hari. Cuba kaitkan dengan sesuatu perkara yang anda sering lakukan seperti memberus gigi.

Sekiranya doktor menyarankan anda mengambil ubat selepas makan, cubalah ambil ubat ketika waktu makan anda setiap hari.

- Catatkan nota. Letakkan nota pada peti sejuk, berdekatan telefon, di kabinet ubat-ubatan atau cermin bilik mandi. Cuba tukarkan nota sekerap mungkin, gunakan warna berlainan bagi menarik perhatian atau alihkan nota ke sudut lain.

- Cuba gunakan bekas khas bagi membantu mengaturkan ubat-ubat anda. Bekas pil ini boleh didapati di kebanyakan farmasi atau kedai ubat.

- Mintalah bantuan ahli keluarga atau rakan. Mereka boleh menjadi sistem sokongan yang kuat. Sekiranya anda mempunyai rakan-rakan yang juga mengambil ubat, amalan ingat-mengingati adalah sangat baik.

- Jangan lupa mendapatkan bekalan ubat. Setiap kali anda mendapatkan bekalan ubat, catatkan pada kalendar untuk pesanan ubat bulan berikutnya, seterusnya mengambil bekalan ubat seminggu sebelum ubat habis.