Khamis, 19 Januari 2012

elakkan sembelit


Bahan-bahan

buah-buaha (pisang)

Caranya

jika anda sembelit , makanlah pisang atau buah seangkatan dengannya , insya-Allah anda akan merasa perubahan dalam masa beberapa minit .
Kiriman-umairah & jazmin

kembiskan perut yang buncit


Bahan-bahan

kapur sirih dan limau kasturi

Caranya

ambil kapur sirih dan limau kasturi yang diambil airnya campurkan bersama dan sapu keatas perut yang bermasalah tersebut,selamat mencuba.
Kiriman-norminah hj abdul rahman

Halau lipas


Bahan-bahan

daun pandan

Caranya

Letakkan bebersps helai daun pandan di tempat yang terdapat lipas, insyaAllah, lipas akan menghindar dari tempat tersebut.
Kiriman-AZAR

Halau tikus


Bahan-bahan

daun durian belanda

Caranya

letakkan beberapa helai daun di tempat yang selalu terdapat tikus. InsyaAllah, tikus tidak akan datang lagi.
Kiriman-AZZAR

Mengempiskan Perut


Bahan-bahan

Limau nipis, kapur

Caranya

Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . - Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) - Jika tidak mahu bengkung,lumurkan atau sapu dekat perut sahaja,amalkan setiap malam.
Kiriman-android2

Melentikkan Bulu Mata


Bahan-bahan

Daun Lidah buaya

Caranya

Ambil daun lidah buaya - Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata - Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik
Kiriman-Lynn

hilangkan bau ketiak


Bahan-bahan

limau nipis/limau kasturi/lemon/cuka

Caranya

belahkan buah limau atau lemon dan sapukan pada ketiak selepas mandi bersih, sapukan beberapa kali sehingga kering supaya tiada bau yang keluar lagi. cuka juga boleh digunakan jika tiada limau. IsyAllah bau ketiak yang busuk akan hilang buat selama lamanya. tak perlu beli deodorant.

Tips Bangun Pagi Segar

by Kesehatan Wanita on Thursday, May 12, 2011 at 10:49pm
Tunda bangun tidur nada 10 menit !!! Tetaplah di tempat tidur dan melakukan hal-hal dibawah ini ,  akan bisa mengurangi risiko terkena stroke :

1. Pagi setelah bangun tidur, lakukan senam selama 10 menit di tempat tidur.  Ini berguna untuk memperkuat berbagai organ tubuh & mencegah penyakit pembuluh darah otak &  jantung.

2. Sisir rambut dgn jari tangan selama 1 menit, mulai dr kening/jidat ke belakang sampai batas rambut belakang. Lakukan merata seluruh kepala. Ini dapat melancarkan peredaran darah dikepala, menambah volume darah diotak, dpt mencegah penyakit yg berhubungan dgn pembuluh darah otak & dapat membuat rambut menjadi hitam bercahaya.

3. Pijat daun telinga selama 1 menit Lalu pijat ke-2 daun telinga, sampai terasa panas. Daun telinga mempunyai banyak acupoint yg mempengaruhi seluruh tubuh. Hal ini dpt melancarkan “qi meridian.” Khusus terhadap gejala telinga mendenging, mata kunang2 & mudah lupa mempunyai khasiat yang baik.

4. Putar bola mata selama 1 menit, searah jarum jam &  sebaliknya. Ini dapat melatih otot mata & membuat mata menjadi terang.

5. Lain-lain dimuka. Pijat hidung, gatuk-gatukkan gigi dapat menyehatkan gigi. Khususnya akar gigi. Putar-putar lidah akan membuat lidah tedak kaku & melatih kepekaannya.

6. Usap pusar selama 1 menit. Usap melingkar pusar dgn ke-2 telapak bergantian, lingkaran agar lebar sampai kurang lebih 4 jari diatas dan dibawahnya. Akan berakibat positif bagi pencegahan stroke dan memperkuat qi.

7. Kempiskan perut dan tahan dubur 1 menit. Dgn berulang kali mengempiskan perut dan mengangkat/menahan dubur, disamping dapat memperbaiki fungsi seksual, juga mencegah wasir dan kencing yang tidak tertahan.

8. Pijat telapak kaki 1 menit. Gunakan tumit untuk memijat telapak kaki bergantian, membuat telapak terasa hangat, dpt menguatkan limpa lambung, menghidupkan meridian dan membuat tenang.

9. Bolak balik kan badan 1 menit. Miring kanan kiri dgn perlahan-lahan, guna melenturkan otot pinggang dan otot tulang belakang.
TAPI JANGAN KETERUSAN TIDUR Lagi yaaaa....

Tutorial Bina Blog: Widget Jumlah Post Dan Komen Dalam Blog

Tutorial Bina Blog: Widget Jumlah Post Dan Komen Dalam Blog: Widget ini dipasang untuk memaparkan jumlah keseluruhan post dan komen yang terkandung dalam blog anda. Caranya, ikuti tutorial di bawah: ...
Khasiat daun pisang menghaluskan telapak tangan 
Bila anda memakan pisang, kulitnya jangan dibuang begitu juga kulit ubi kentang.Sebabnya, ia boleh digunakan untuk menggosokkan telapak tangan dan dicuci dengan air limau nipis.Hasilnya anda akan merasakan telapak tangan anda menjadi lembut. 

Menghapuskan Bulu Roma 
Ramas pucuk daun cili padi dengan kapur barus. Sapukan seluruh tangan atau kaki yang ditumbuhi bulu roma. Biarkan ia kering seketika kemudian bilas dengan air bersih. 

Bulu ketiak 
Cari ubi kunyit dan kapur sireh.Cabut semua bulu ketiak anda dan celupkan ibu kunyit itu ke dalam kapur sireh dan gosoklah pada ketiak anda sehingga rata dalam beberapa minit dan kemudian basuh. 

Menghilangkan Bulu Ketiak 
Ada petua yang tersendiri untuk menghilangkan bulu ketiak daripada tumbuh.Caranya cukup mudah dan bahan-bahannya amat mudah didapati.Apa yang anda perlu cari adalah ibu kunyit dan kapur sireh.Bila ubi kunyit dan sireh telah diperolehi anda dikehendaki mencabut semua bulu ketiak anda.Selepas itu celupkan ubi kunyit ke dalam kapur sireh dan gosoklah pada ketiak anda sehingga rata dalam masa beberapa minit dan kemudian hendaklah dibasuh.Lakukan perkara ini dalam sehari mengikut suka hati anda.Pada gadis yang belum tumbuh bulu bolehlah mencuba cara ini, bagi menghalang bulu ketiak daripada tumbuh. 

Menghilangkan bau ketiak 
Campurkan hampas tea dengan sedikit air garam sapukan pada ketiak dan biarkan beberapa minit kemudian basuh dengan air hangat atau air sejuk.Lakukan secara kerap setiap hari. 

Mengubat Kaki Terseliuh 
Tumbuk kunyit dan panaskan bersama minyak. Sapukan pada tempat yang sakit. Kemudian balutkan dengan daun tembaga suasa. 

Sakit Disengat Lebah 
Tumbuk asam jawa dengan sedikit air. Tampalkan pada tempat yang disengat lebah. Jika tidak sembuh, dapatkan rawatan lanjut dari doktor. 

Menghilangkan Kesan Gigitan Nyamuk 
Bagi menghilangkan kesan daripada gigitan nyamuk dan menghilangkan gatal-gatal pada kulit, campurkan garam dan air, jangan biarkan garam itu terlarut. Kemudian sental garam tadi di bahagian yang kena gigitan. Selepas itu, anda tidak akan terasa gatal-gatal lagi dan kesan gigitan juga hilang. 

Mengubati Kulit Terpercik Minyak Panas 
1. Cara pertama : sapukan tempat tadi dengan minyak zaitun. Insya-allah kulit tidak akan melecur dan tidak akan meninggalkan kesan. 
2. Parut beberapa biji bawang merah. Tampalkan pada bahagian yang terkena minyak panas. Kemudian dibalut dengan kain bersih. Biarkan beberapa hari barulah pembalut itu dibuka. 
3. Masak lemak ayam dengan api yang sederhana. Sejukkan dan simpan dalam botol. Apabila terkena minyak panas, sapukan lemak tersebut. 

Hilangkan Rasa Pijar 
1. Jangan basuh bahagian yang pijar. Sapukan dengan minyak kelapa. Biarkan seketika. Pijar pasti hilang. 
2. Ambil seuncang daun teh yang belum digunakan dan rendamkan di dalam air batu buat seketika. Kemudian tekapkan pada bahagian yang terasa pijar. Rendamkan berulangkali agar uncang teh itu terasa sejuk. 

Tersusuk Duri 
1. Sapukan getah betik ke tempat yang tertusuk duri tersebut. Insya-Allah pada pagi esoknya sakit akan sembuh dan duri akan keluar dengan sendirinya. 
2. Celupkan sebiji bawang merah ke dalam sedikit minyak masak. Kemudian bakar hingga hangus. Tampalkan di tempat yang kena duri tersebut. 

Merawat Lebam Akibat Tercedera 
Tumbuk hingga halus bawang merah, bawang putih dan daun jambu batu mengikut sukatan yang tertentu. Setelah itu tempekkan pada bahagian yang lebam dan balutkan dengan kain yang bersih. Biarkan lebih kurang 2 jam. 

Melegakan Sakit Akibat Terkepit 
Parut kelapa muda campur dengan cuka makan. Balut pada tempat yang sakit. Ulangi beberapa kali. Sakit lebam tersebut akan berkurangan 

Cengkam Kuku Yang Bernanah 
Gunting cili di bahagian hujung cili kering. Kemudian salaikan pada api dalam tempoh lebih kurang lima saat, jangan sampai hangus. Selepas itu titiskan minyak perlahan-lahan ke bahagian kuku yang bengkak. Anda akan terasa panas dan sakit sedikit, tetapi hanya sebentar dan akan kembali seperti sediakala. 

Khasiat dari ubi jalar 
Untuk luka akibat terkena benda tajam.Carilah sepertiga genggam ubi jalar atau ubi keledek dicuci bersih dan digiling halus.campur pula dengan sedikit air kapur sireh dan terus ditempelkan pada bahagian yang luka akibat terkena benda tajam tadi. Hasilnya luka itu akan kering dan terus sembuh. 

Merawat Luka 
1. Kunyah daun rumput atau daun senduduk sehingga lumat. Kemudian tempekkan pada luka tersebut. Darah akan cepat berhenti dan tidak akan keluar lagi. 
2. Parut anggaran 6 sm halia bersama sebiji bawang besar, dan campurkan dengan sedikit garam halus. Letakkan pada luka dan balutkan dengan kain bersih. Memang agak pedih sedikit tetapi hasilnya akan memuaskan. 
3. Lap dahulu bahagian yang terluka dengan kain basah. Ambil sebatang kulit kayu manis dan tumbuk sehingga lumat. Campurkan setitik madu lebah. Sapukan pada bahagian yang luka. 
4. Ramas segenggam daun turi. Setelah itu gosokkan pada bahagian yang luka. Lakukan beberapa kali sehingga kesan luka hilang. 
5. Apabila luka akibat terkena pisau dan mengalami pendarahan yang lama, siramkan sedikit minyak tanah pada luka. Darah akan terhenti dan tidak akan terasa pedih lagi. 

Menyembuhkan Luka 
Ramuannya;Kulit kayu manis dan madu lebah.Kulit kayu manis hendaklah ditumbuk dan kemudian dicampurkan dengan madu lebah.Bahagian luka hendaklah dibersihkan dengan air suam.Setelah kering, sapukanlah ramuan di atas bahagian yang luka itu. 

Bengkak-bengkak di Badan 
Parut sepotong kunyit hidup, bubuh sedikit kapur sirih dan air. Panaskan di atas api dan biarkan sejuk. Setelah itu sapulah tempat yang bengkak dan gatal itu. Insya-Allah dalam masa 5 minit, ia akan sembuh.