Khamis, 19 Januari 2012

Tutorial Bina Blog: Salji Dalam Blog

Tutorial Bina Blog: Salji Dalam Blog: Inginkan suasana blog yang bersalji? Sila ikuti tutorial di bawah: 1) Login akaun blogger > Dashboard > Design > Add A Gadget > HTML/Javas...

Apa pilihan anda. Kurus atau gemuk? Pada saya, nak kuruskan badan ni, takde la susah mana. Kalau boleh buat 2 perkara ini, insyaAllah boleh kurangkan berat badan dengan cepat.

1. Kurangkan makan nasi & makanan berlemak. Cuba amalkan makan roti yang ada bijirin bagi menggantikan nasi.
2. Buat exercise keluarkan peluh sekurang2nya 30 minit setiap hari. Paling baik ialah ‘jogging’ atau berenang.

Tapi apabila saya beritahu tips ini, semua mengamuk. Mereka kata, kalau tips tu, kalau tak tanya saya pun diorang dah memang sedia maklum.

Saya jawab balik. Memang itulah tips asas yang perlu korang amalkan. Kalau itu korang takleh nak buat, macammana nak kurus. Cakap banyak tak guna. Ada banyak ilmu dan tahu banyak tips pun tak guna kalau kita tak amal. Korang cari la banyak mana tips sekalipun, tapi kalau korang tak praktikkan atau amalkan apa yang disarankan, jangan harap dapat hasil. Itu nasihat saya pada diorang.

Apa-apa pun, bagi memenuhi permintaan mereka yang selalu bertanya tentang petua atau tips nak kuruskan badan tu. Saya sarankan untuk amalkan tips diet kuruskan badan seperti dibawah ini.

* Amalkan Makan Malam Sebelum Jam Tujuh Malam. Elakkan Mengambil Makanan Yang Berat Kerana Kadar Metabolisme Yang Rendah Pada Waktu Malam Akan Menyebabkan Makanan Disimpan Sebagai Lemak.

* Jangan Mudah Terpedaya Iklan-iklan Merampingkan Badan Atau Produk-produk Pil Kurus. Kebanyakkannya Indah Khabar Dari Rupa. Duit Habis, Badan Tetap Juga Naik.

* Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Membuat Keputusan Membeli Produk Diet Yang Banyak Terdapat Di Pasaran Dan Farmasi. Pandangan Doktor Adalah Lebih Selamat.

* Turun 1 Kg Sebulan Secara Tetap Adalah Lebih Baik Daripada Turun Berat Badan Secara Drastik Dan Mendadak. Ini Boleh Mengganggu Kesihatan Dan Kemungkinan Berat Badan Anda Akan Naik Secara Mendadak Pula.

* Rajinkan Diri Melakukan Senaman Seperti Sit-up. Jika Mampu, Berkunjunglah Ke Jim Berdekatan. Senaman Membentuk Otot Yang Sihat Dapat Membakar Lemak.

* Positifkan Diri. Buatlah Target Badan Yang Realistik Dan Perancangan Yang Sesuai. Jangan Memaksa Diri Mencapai Perkara Yang Tidak Logik Dalam Masa Yang Singkat.

* Jangan Asyik Menimbang Berat Badan. Anda Akan Kecewa Jika Masih Tiada Perubahan. Cara Paling Fleksibel Ialah Menimbang Berat Badan Tidak Lebih Sekali Dalam Seminggu.

* Beri Penghargaan Untuk Diri Sendiri. Beri Ganjaran Pada Diri Sendiri Jika Matlamat Tercapai. Contohnya, Makan Satu Bar Coklat Yang Sedap. Jangan Risau…

Sesekali Tidak Mengapa. Sekian, selamat mempraktikkannya…

Sumber: Google


Sumber: klik

.......oo00oo......
Posted on Monday, Jan

Tutorial Bina Blog: Efek Bubbles Pada Blog

Tutorial Bina Blog: Efek Bubbles Pada Blog: Preview: Untuk trick ini, bubbles akan muncul dari bawah blog seperti yang ditunjukkan dalam preview di atas. Warna bubble boleh ditukar iku...

Tutorial Bina Blog: Cara buat efek zoom pada image dalam post - Efek 3...

Tutorial Bina Blog: Cara buat efek zoom pada image dalam post - Efek 3...: Lihat preview di bawah: Apabila mouse over, gambar tersebut akan auto zoom in dan zoom out. Berbeza sedikit dengan efek yang sebelum ini d...

Tutorial Bina Blog: Mood comel untuk blog

Tutorial Bina Blog: Mood comel untuk blog: Selain dari salji , anda juga boleh meletakkan objek berguguran yang pelbagai ini bagi menampakkan mood menarik pada blog anda. Lihat contoh...
102. MENGHILANGKAN BAU TANDAS

Hampas kopi jangan dibuang kerana ada kegunaannya. Ia dapat menghilangkan bau tandas. Caranya ialah masukkan hampas kopi ke dalam lubang tandas, biarkan beberapa lama dan siram. Anda akan dapati bau tidak menyenangkan itu akan hilang sama sekali.


103. BELIMBING BULUH UBAT DARAH TINGGI

Belimbing buluh bukan saja kaya vitamin C malah ia boleh dijadikan pencuci mulut selepas makan walaupun rasanya sedikit masam. Selain itu, ia juga boleh dijadikan rencah masakan untuk menambahkan kelazatan makanan terutama apabila memasak gulai lemak cili api ikan sembilan, juga berkhasiat kesihatan. Belimbing buluh dikatakan boleh menghilangkan penyakit darah tinggi dengan mengamalkan memakan buah belimbing yang agak muda dua biji sehari. Amalkan setiap hari sehingga kesannya nampak pada penurunan darah anda. Ketika ini anda juga dinasihat mengurangkan pengambilan garam dan daging serta makanan yang mengandungi lemak.


104. GARAM HILANGKAN SAKIT TEKAK

Garam banyak kegunaannya kerana ia bukan saja dijadikan bahan terpenting dalam masakan tetapi boleh menghilangkan sakit tekak yang biasanya berpunca daripada cuaca panas. Berkumurlah dengan air garam dua kali sehari, pasti tekak anda terasa lega. Caranya, anda cuma perlukan tiga camca garam dan dibancuh dengan setengah gelas air sejuk dan berkumurlah setiap hari hingga sakit tekak hilang.


105. HALIA ATASI MASALAH KEMBUNG PERUT

Halia bukan saja menjadi perencah masakan tetapi juga berguna untuk dijadikan ubat kembung perut. Dengan mengambil sebuku halia yang sederhana besar, dibersihkan dan ditumbuk tetapi jangan sampai lumat, masukkan ke dalam gelas dan tuang air panas mendidih anggaran setengah gelas. Tutup permukaan gelas itu dengan piring selama 10 minit, tapis dan jadikan dua bahagian. Sebahagiannya anda minum dan sebahagian lagi disimpan di dalam peti sejuk. Sekiranya perut anda terasa kembung lagi, ulang meminumnya hingga perut berasa lega.


106. KULIT BUNGA TANJUNG HILANGKAN JERAWAT

Ada banyak kaedah tradisional yang digunakan untuk menghilangkan jerawat. Salah satu caranya ialah dengan menggunakan kulit pokok bunga tanjung. Cara membuatnya mudah saja. Ambil lapisan dalam batang pokok itu, giling halus-halus dan jadikan ia bedak. Sebelum disapukan pada muka, campurkan dengan sedikit bedak sejuk dan beberapa titis air. Sapukan pada muka terutama pada bahagian yang berjerawat pada sebelah malam sebelum masuk tidur. Jadikan ia amalan harian. Anda akan lihat perubahan pada wajah anda.


107. MENJADIKAN GIGI PUTIH BERSIH

Untuk mendapatkan gigi yang putih bersih, ambil sebiji pinang dan dibakar hingga hangus. Kemudian tumbuk hingga ia menjadi serbuk. Simpannya di dalam bekas kedap udara, apabila hendak digunakan, sedikit garam dan gosok-gosokkan ia pada gigi dengan menggunakan jari. Lakukan selalu pada sebelah pagi dan malam sebelum tidur.



108. MENGHILANGKAN BAU KETIAK

Sekiranya anda bermasalah badan berbau hangit dan kurang menyenangkan, cuba pula cara ini. Ambil sebiji limau kasturi, belah dua dan gosokkan kedua-dua belah ketiak anda dengannya. Amalkan seminggu sekali sebelum mandi. Insya-Allah masalah badan berbau semakin berkurangan dan akan hilang dengan perlahan-lahan.


109. MELEBAT BULU KENING

Biasanya, kening yang cantik bukan saja elok terbentuk tetapi juga hitam lebat. Untuk melebatkan bulu kening ambil isi kelapa tua sebesar dua jari. Kemudian bakar di atas api sederhana hingga ia menjadi hitam. Selepas itu, angkat dan biarkan ia sejuk dan bolehlah disapu pada bulu kening. Jika rajin mengamalkannya, kening akan menjadi lebat dan hitam menawan. Selamat mencuba.


110. DAUN PERIA UBAT KURAP

Jika ada yang menderita penyakit kurap, ini ada petua mudah untuk mengubatinya. Ambil beberapa helai daun peria dan bersihkannya. Kemudian ramas-ramaskannya dan gosokkannya pada badan atua kulit yang dijangkiti kurap. Lakukannya berulang-ulang kali, pasti hasilnya sangat memuaskan. 


Ini tambahan :
post by Rozaimy
utk petua 108, hilang bau ketiak.
cara lain, elakkan tapak tangan kena ketiak, masa mandi, bubuh sabun pada belakang tangan, dan gunakan belakang tangan utk sapu sabun kat ketiak. 

post by abg comei
antara lain untuk hilangkan bau ketiak, gunakan tawas....gosok ketulan tawas setiap kali selepas mandi, InsyaAllah hilang bau walaupun bekerja seharian suntuk dan tidak kehitaman

post by abg audit
cabut bulu ketiak bg habis ...tak la berpeluh sgt ....pastu sebelum mandi tonyoh dgn limau purut ...

Kita akan ketawa bila merasakan sesuatu perkara itu lucu atau pun ketika kita sedang menonton cerita yang lawak.
Saat berkumpul dan berbual bersama teman-teman dan keluarga juga boleh menimbulkan saat riang ketawa hingga boleh mengeluarkan air mata.
Namun, tidak ramai yang tahu ketawa merupakan satu perkara yang selain mengembirakan, ia juga baik untuk kesihatan kita!
Menurut beberapa kajian yang dilakukan, individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit.
Hal ini terjadi kerana apabila ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung akan meningkat dan kedua-dua kadar ini kemudiannya akan turun lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
Jika kita sedar, kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa dan tidak hairanlah orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami tekanan dan kemurungan.
Antara fakta lain tentang ketawa:
  •           Ketawa 100 kali bersamaan dengan 15 minit senam berbasikal.
  •           Ketawa mampu mengeluarkan udara di dalam paru-paru dengan kelajuan sehingga 60 mph
  •           17 otot wajah digunakan untuk tersenyum, manakala mengerutkan kening memerlukan 47 otot wajah.
  •           Ketawa 17 minit sehari dipercayai memanjangkan waktu hidup selama satu hari.
  •           Seseorang yang selalu ketawa memiliki risiko penyakit jantung 40 peratus lebih rendah berbanding orang yang murung.
  •           Ketawa selama 10 hingga 15 minit boleh membakar banyak kalori.
  •           Ketawa boleh mengurangkan tekanan, melawan jangkitan dan mengurangkan kesakitan.
  •          Ketawa menggalakkan tumpuan kepada berfikiran perkara yang baik dari fikiran buruk.
  •           Antibodi yang paling kuat ditemui di dalam badan ketika ketawa sepanjang masa.
  •           Ketawa mengeluarkan kemarahan, ketakutan, kesalahan, kebimbangan dan ketegangan.
Mungkin ada yang tidak percaya dengan kenyataan ini tetapi, tidak salah untuk kita mencuba dan merasa sendiri nikmat ketawa itu.
Semoga ia membawa kebaikan kepada kita.

Kita akan ketawa bila merasakan sesuatu perkara itu lucu atau pun ketika kita sedang menonton cerita yang lawak.
Saat berkumpul dan berbual bersama teman-teman dan keluarga juga boleh menimbulkan saat riang ketawa hingga boleh mengeluarkan air mata.
Namun, tidak ramai yang tahu ketawa merupakan satu perkara yang selain mengembirakan, ia juga baik untuk kesihatan kita!
Menurut beberapa kajian yang dilakukan, individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit.
Hal ini terjadi kerana apabila ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung akan meningkat dan kedua-dua kadar ini kemudiannya akan turun lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
Jika kita sedar, kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa dan tidak hairanlah orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami tekanan dan kemurungan.
Antara fakta lain tentang ketawa:
  •           Ketawa 100 kali bersamaan dengan 15 minit senam berbasikal.
  •           Ketawa mampu mengeluarkan udara di dalam paru-paru dengan kelajuan sehingga 60 mph
  •           17 otot wajah digunakan untuk tersenyum, manakala mengerutkan kening memerlukan 47 otot wajah.
  •           Ketawa 17 minit sehari dipercayai memanjangkan waktu hidup selama satu hari.
  •           Seseorang yang selalu ketawa memiliki risiko penyakit jantung 40 peratus lebih rendah berbanding orang yang murung.
  •           Ketawa selama 10 hingga 15 minit boleh membakar banyak kalori.
  •           Ketawa boleh mengurangkan tekanan, melawan jangkitan dan mengurangkan kesakitan.
  •          Ketawa menggalakkan tumpuan kepada berfikiran perkara yang baik dari fikiran buruk.
  •           Antibodi yang paling kuat ditemui di dalam badan ketika ketawa sepanjang masa.
  •           Ketawa mengeluarkan kemarahan, ketakutan, kesalahan, kebimbangan dan ketegangan.
Mungkin ada yang tidak percaya dengan kenyataan ini tetapi, tidak salah untuk kita mencuba dan merasa sendiri nikmat ketawa itu.
Semoga ia membawa kebaikan kepada kita.

Isnin, 16 Januari 2012


Mengapa Wanita Gagal Menjadi Suri Rumah

0


Agak pelik dan hairan jika sekali-sekala kita mengunjungi rumah seseorang yang si isterinya tidak bekerja tetapi keadaan rumahnya tidak terurus. Persoalannya, apakah yang dibuat oleh si isteri ini sepanjang hari sehingga rumah tidak sempat hendak dikemaskan. Namun, itulah realitinya. Terdapat banyak faktor mengapa suri rumah gagal mengurus rumah dengan sempurna dan kemas. Antara sebabnya termasuk:
1. Sikap sambil lewa dan suka bertangguh. Mungkin kerana mereka sepanjang hari berada di rumah dan tidak perlu buat kerja dengan segera. Sepatutnya suri rumah sepenuh masa dapat mengurus rumah dengan lebih baik dan kemas. Tidak melakukan kerja secara tergesa-gesa hanya apabila ada orang nak datang.
2. Tidak menjadikan kerja mengemas rumah sebagai satu budaya hidup. Sesungguhnya apabila mengemas menjadi budaya harian, mereka tidak memerlukan masa yang panjang untuk mengemas rumah.
3. Tidak mendidik anak-anak supaya sentiasa bersih dan kemas. Sepatutnya anak-anak sejak kecil lagi dididik agar menghargai kebersihan. Jika sejak kecil sentiasa hidup dalam suasana bersih, sudah tentu ia akan menjadi budaya anak-anak kita pula.
4. Tidak berminat mengemas rumah. Hal ini berkemungkinan kerana mereka sudah biasa hidup dalam suasana yang tidak kemas dan tak terurus. Akibatnya bila sudah berkahwin, budaya itu turut terbawa-bawa.
5. Merasakan bahawa mengemas rumah bukan perkara penting malah merugikan masa kerana mesti dilakukan berterusan.
6. Suka mengunjungi rumah jiran tanpa mengira waktu sehingga tidak sempat hendak mengemas rumah. Malah ada yang berpendapat ‘tak apa tak kemas rumah asalkan ada makanan sudah cukup’. Seolah-olah telah hilang nilai kemanusiaan. Manusia yang sempurna tentu inginkan suasana yang kemas, bukan sekadar dapat makan. Kalau berfikiran begitu, maka samalah taraf manusia dengan haiwan.
7. Lupa bahawa itulah imej yang mempamerkan peribadi sebenar seseorang wanita. Tentu tidak wajar wanita Islam mengabaikan kebersihan dan kekemasan rumahtangga, sedangkan Islam amat menyuruh umatnya sentiasa bersih.
Faktor-faktor di atas telah dikenal pasti sebagai punca kegagalan mereka menguruskan rumah dengan sempurna. Tetapi mengapa hal ini terjadi? Di sini, para suami perlu meluangkan sedikit masa dengan membawa keluar anak dan isteri bersiar-siar atau berehat untuk menghilangkan kebosanannya. Di kesempatan itu, didiklah mereka akan budaya dan disiplin yang baik itu.
Sebenarnya, sebahagian suri rumah yang bermasalah ini tidak tahu hala tuju hidupnya. Kerana itu, para suri rumah perlu dibiar bergerak aktif untuk melihat keadaan sekeliling. Mungkin di sana mereka boleh belajar untuk mengurus masa dan mengemas rumah.

Rahsia Bantal Busuk Peneman Tidur

Nuffnang Ads
0
Posted on January 13, 2012 by
bantal busuk Rahsia Bantal Busuk Peneman Tidur
Rupanya buruk, baunya busuk. Tetapi bagi sesetengah kanak-kanak, inilah teman setia mereka. Tanpanya mereka akan gelisah, menangis dan tidak boleh tidur.
Dijinjing ke mana sahaja tanpa rasa malu, sama ada dalam bentuk bantal, anak patung atau kain. Semua objek ini adalah kesayangannya sejak kecil lagi dan agak sukar untuk dipisahkan.
Jika tidak dipisahkan dengan objek ini, kemungkinan akan berlarutan sehingga melangkah remaja dan dewasa.
Namun, fenomena biasa yang sering kita lihat ialah perlakuan menjinjing bantal kegemarannya yang dipanggil bantal busuk ke mana sahaja iaitu bantal yang menjadi temannya ketika tidur semenjak bayi lagi.
Bahkan, penulis turut mempunyai anak yang mempunyai bantal busuk yang hampir sama dengan usia anak, hanya diganti sarung setiap sebulan sekali. Tetapi hendak dibuang atau dibasuh bantal itu, janganlah dibuat kerana akan menyebabkan anak gelisah dan menangis.
Bantal itu mungkin sudah lusuh, buruk dan berbau kerana sudah terlalu lama digunakan tetapi kanak-kanak ini masih perlukannya untuk tidur. Malah, bantal ini perlu dibawa oleh ibu bapa ke mana-mana sahaja supaya tidak timbul masalah semasa kanak-kanak ini mahu tidur nanti.
Dipercayai tabiat mempunyai bantal busuk menjelang tidur bukan disebabkan oleh faktor genetik mahupun personaliti sesebuah keluarga. Ia suatu perbuatan yang sudah terbiasa sejak kecil lagi.
Pensyarah dan Pakar Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja, Jabatan Psikiatri, Fakulti Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Wan Salwina Wan Ismail berkata, bantal kegemarannya ini berfungsi sebagai transitional object. Ia seolah-olah memberi perlindungan dan anak-anak akan merasa selamat apabila objek ini berada di sisinya.
”Mereka telah biasa dengan bau dan rupa serta selesa dengan bantal itu apabila hendak tidur. Jika dibasuh atau diganti dengan yang lain, anak tidak mudah tidur dan sering teringat dengan bantal busuknya,” katanya ketika ditemui di Bandar Tun Razak, baru-baru ini.
Menurut Dr. Wan Salwina, transitional object tidak semestinya bantal, boleh jadi objek lain seperti anak patung kegemaran anak-anak, selimut dan sebagainya.
”Sebagai contoh, sejak kecil ibu bapa telah membelikan anak patung sebagai permainan anak perempuan mereka. Disebabkan itulah maka anak itu lebih gemar bermain anak patung berbanding permainan yang lain dan kebanyakan kanak-kanak perempuan gemar menjadikan anak patung yang lembut dijadikan teman ataupun dipanggil ‘bantal busuk’,” ujarnya.
Ada juga berpendapat, selimut dan kain napkin yang digunakan juga sering dijadikan bahan heretan ke mana sahaja anak ini pergi.
Justeru itu, boleh dikatakan setiap kanak-kanak mempunyai transitional object yang tersendiri bagi membuatkan mereka berasa selesa dan selamat walaupun ketika berjauhan dengan ibu bapa.
Anda mungkin juga meminati: