Isnin, 16 Januari 2012


Kurangkan Tidur!

tidur
Quit Sleeping. Berhenti tidur ataupun kurangkan tidur. Itulah perkataan yang tertulis pada sepanduk tersebut. Hadirin yang hadir  senyap. Ada yang terpaku. Nyata dua perkataan tersebut sedang bermain-main dalam minda mereka. Inikah rahsia kejayaan? Biar betul?
Mike Vance, yang merupakan penceramah seminar itu bersuara, “ Ada persoalan?”
Bangunlah seorang untuk bertanya mengenai jawapan yang diberi sebentar tadi.  “Encik Vance, nenek saya telah memberitahu saya hal ini tanpa bayaran 50 tahun dahulu.”
Semua hadirin senyap. Mungkin tidak sabar untuk menanti jawapan balasa yang bakal diterima. Mungkin sebahagain mereka tertaanya-tanya dan masih lagi termanggu mengenai  dua perkataan jawapan kepada rahsia kejayaan.
Mike melihat  lelaki yang bertanya soalan itu sambil tersenyum.
“Adakah anda seorang jutawan?”
“Ya”, jawab pemuda tersebut.
Mike mendepakan tangannya dan melihat hadirin yang ada, ” Ternyata perkara ini menjadi!”

Hari ini tajuk tips motivasi mungkin kelihatan agak exageratee sedikit, erti kata agak berlebihan. Kuasa yang boleh mengubah hidup anda. Betulkah? Adakah ini hype? Saya rasanya tidak. Pendapat saya tips ini sememangnya akan mengubah 180 darjah kehidupan anda jika anda serius mengamalnya. Ianya datang daripada Mal Emery, penulis buku ‘You Right To Be Rich’.
Dalam buku ini, beliau telah berkongsi mengenai 9 hukum yang dapat meningkatkan kadar kelajuan kekayaan anda. Jika anda berminat unutk berjaya dalam bidang jualan ataupun bidang bisnes, buku ini antara buku yang saya syorkan untuk dibaca. Ia mengajar dan berkongsi tips bagaimana membina bisnes yang berjaya. Beliau sememangnya pakar dalam bidang ini.
Dalam banyak-banyak tips, tips utama yang dikongsi beliau adalah “30 day to do list”. Ianya tentang menyenaraikan aktiviti ataupun tindakan yang perlu diambil setiap hari selama 30 hari dalam merealisasikan impian anda. Banyak kelebihan jika ianya dilihat dan dipecahkan kepada harian. Contohya anda akan lebih jelas tentang perkara yang perlu dibuat dalam proses menuju kejayaan itu sendiri. Selain itu, ia mengurangkan tekanan anda kerana ianya sekarang dipecahkan kepada bebrrapa aktivit yang lebih kecil lagi.
Jadi, mengapa tidak anda mencubanya? Perkara pertama yang perlu dibuat adalah mengenal pasti matlamat anda. Apakah impian anda? Fikirkan perkara yang anda ingin buat dan capai. Kemudiannya, tulis dan lakukan aktiviti harian yang perlu anda lakukan selama 30 hari dalam menujunya. Mudah bukan?hehe..
Selamat mencuba, semoga tips motivasi ini membantu!

KEKADANG kita terasa amat longlai sekali. Dalam pada meneruskan kehidupan ini, terasa amat payah benar. Seolah hendak melangkah pun tidak bermaya. Apa lagi untuk mencapai kejayaan yang besar, memang jauh sekali. Kita ni kalau tidak disuntik dengan kata-kata perangsang sesekali, memang bertambah-tambah la malasnya. Hehehe..
koleksi kata hikmat motivasi
Jadi bacalah koleksi kata-kata hikmah ‘Motivasi’ di bawah. Semoga semangat anda pulih seperti sediakala. Semoga semangat juang anda kembali segar. Semoga anda mendapat hikmah dan kebaikan daripadanya.  Agar jiwa anda kembali kental. Agar jiwa anda kembali bersemarak. Seolah seseorang yang baru sahaja menghabiskan segelas air sejuk selepas dahaga yang amat sangat.

1. Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri.
2. Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.
3. Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.
4. Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.
5. Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.
6. Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.
7. Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.
8. Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.
9. Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.
10. Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
11. Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.
12. Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.
13. Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka.
14. Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan
15. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
16. Seseorang menganggap ujian sebagai batu penghalang, sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.
17. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
18. Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.
19. Gagal selepas usaha adalah hikmah, anda akan mendapat sesuatu yang lebih besar daripada apa yang anda sangkakan.


Posted: 03 Nov 2011 02:40 AM PDT

image
Ada spesis manusia yang pandai kritik ! Kata itu tak patut , ini tak patut .. Tapi  cuba tanya dia balik , apa yang dia buat untuk jadikan semua itu patut ?
Takde ! Dia hanya pandai cakap  jer ! Tak pernah cuba dan tak pernah nak fikir panjang ! Apa yang dia nampak , cumalah ‘satu jalan saja’ iaitu KRITIK ..
Maka apa yang dia pandai buat , CAKAP JE LEBIH ! APA YANG DIA BUAT ? CAKAP JE LEBIH .. APA YANG DIA BUAT UNTUK  BANTU RAKAN LAIN ? TAKDE .. HANYA CAKAP JE LEBIH ..
Sememangnya dia seorang yang pandai CAKAP JER LEBIH ! Orang gini patut masuk politik sbb pandai cakap .. Pasti parti dia bersorak gembira .. Sebab pandai ‘ cari lubang’  kelemahan orang lain kemudian , disebarkan .. Bagus bukan ?


Petua Hilangkan Panau

Anda menghadapi masalah kulit berpanau?
Cubalah hilangkan panau dengan petua-petua di bawah:

- Ambil halia sebesar ibu jari dan tumbuk hingga lumat. Tepekkan halia yang telah ditumbuk pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan selama 15-20 minit. Amalkan selalu.

- Tenyehkan pucuk lada pada bahagian kulit yang bepanau. Amalkan selalu.

- Tumbuk 2 ulas bawang putih bersama sedikit halia. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.

- Tumbuk beberapa ketul lengkuas dan ambil air perahannya. Sapu air lengkuas pada bahagian kulit yang berpanau. Sementara itu jangan makan makanan yang mengandungi lenkuas. Amalkan selalu.

- Tumbuk beberapa helai daun lengkuas dan ambil air perahannya. Sapukan air perahan tersebut pada bahagian kulit yang berpanau. Sementara itu jangan makan makanan yang mengandungi lenkuas. Amalkan selalu.

- Tumbuk daun pinang hingga lumat dan sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan selalu.

- Ambil air perahan buah pinang dan sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan selalu.

- Tumbuk beberapa helai daun belimbing hingga lumat. Campurkan dengan sedikit asam jawa dan sedikit beras. Tempekkan pada bahagian yang berpanau. Amalkan setiap hari.

- Campurkan secekak daun kesum dengan minyak tanah. Gosokkan pada bahagian kulit yang berpanau. Aalkan setiap hari.

- Tumbuk beberapa helai daun gelenggang hingga lumat. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau dan biarkan selama 15-20 minit. Bilas hingga bersih. Amalkan selalu.


Rahsia Melalui Tulisan – Dr Fadzilah Kamsah

Nuffnang Ads
0
Posted on December 28, 2011 by
karangan Rahsia Melalui Tulisan   Dr Fadzilah Kamsah
Pertama : Tekanan
i. Tekanan yang kuat
-Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
-Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif
ii. Tekanan yang ringan
-Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
-Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit
Kedua : Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulat
-Semua huruf ditulis dengan bulat
-Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
-Tulisan yang angular dan sharp
-Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)
Ketiga : Kecondongan
i. Condong ke kanan
-Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah
ii. Condong ke kiri
-Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang
iii. Tegak
-Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah
iv. Campur-campur
-Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)
Keempat : Kerapatan
i. Jarang-jarang
-Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii. Rapat-rapat
-Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut
Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z
i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
-Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
b) Kecil, pendek dan tak sempurna
-Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri
Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi
-Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
-Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
-Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Idea Gaya Ke Pejabat

Nuffnang Ads
0
Posted on January 3, 2012 by
Bagaikan lumrah individu berkerjaya, setiap pagi fikiran buntu memikirkan apa yang hendak dipakai ke pejabat. Bukan tidak ada koleksi pakaian sesuai, namun saban hari dilema sama berulang seolah-olah kehabisan idea untuk bergaya.
Bagi organisasi yang memberi kebebasan kepada pekerja dalam berpakaian, dilema ini mungkin tidak membelenggui fikiran. Namun, bagi syarikat yang melaksanakan dasar agak tegas dalam etika berpakaian, pekerja sudah tentu perlu membuat homework dalam menata gaya sesuai ke pejabat.
Secara keseluruhan, setiap syarikat mempunyai kriteria kod berpakaian tersendiri. Sesetengah majikan menetapkan pekerja memakai pakaian seragam – ini dari sudut fesyen pastinya hambar tetapi mungkin sesuai dengan jenis pekerjaan dan imej syarikat.
Antara kod pakaian pejabat yang sering diguna pakai dalam kebanyakan organisasi ialah profesional, profesional kasual, perniagaan kasual (business casual) dan santai.
Profesional
Lazimnya dipraktikkan dalam suasana pekerjaan formal. Sut dan tali leher amat diperlukan.
Untuk tampak profesional, pilih sut berwarna konservatif seperti kelabu, hitam, biru laut dan kemeja putih atau warna teras yang lain. Bagi kod ini, elakkan corak berpetak, motif bergambar, warna terang dan garang.
Perlu diingat, hati-hati dalam memilih kasut. Pilih kasut berwarna asas seperti hitam atau coklat dan gandingkan dengan stokin berwarna gelap bukan putih.
Profesional Kasual
Agak santai tapi masih konservatif. Kod pakaian profesional kasual lebih tertumpu kepada kemeja, tali leher dan seluar slack dan dipadankan dengan kardigan atau ves bagi menggantikan jaket sut.
Perniagaan Kasual (business casual)
Sesuai untuk suasana kerja yang sedikit santai. Pakaian yang sesuai untuk kod ini adalah kemeja kasual (button-down shirt) yang tidak tebal atau kemeja T polo dan digandingkan pula dengan seluar kasual daripada fabrik khaki.
Biarpun berpaksi kasual, elak menyarung seluar pendek ataupun jeans. Untuk kasut pula, gayakan kasut sarung (loafer) dan sentiasa memakainya bersama stokin untuk mengekalkan gaya profesional.
Kasual Segak (smart casual)
Agak santai tapi masih nampak profesional. Kemeja berkolar, seluar panjang bersama kot sporty sudah mencukupi untuk tampil dengan gaya ini.
Santai
Lebih sesuai untuk suasana kerja yang ceria, kreatif dan santai. Namun, pastikan anda tidak bergaya terlalu santai. Memadai dengan penggayaan kemeja T dan seluar panjang yang selesa.
Kasual Jumaat
Banyak pejabat mempraktikkan polisi kasual pada hari Jumaat ini. Pekerja perlu mematuhi kod pakaian profesional pada awal minggu dan berpakaian santai pada hari Jumaat. Namun, harus diingat, walaupun disebut sebagai kasual, ini tidak bermakna anda boleh memakai seluar pendek, selipar dan pakaian selekeh ke pejabat.
Sumber: www.kosmo.com.my

Petua Tradisional untuk Memutihkan Gigi

1.        Hancurkan dua atau tiga helai daun lalang. Kemudian gosokkan pada gigi.
2.        Bakar dua biji pinang tua yang kering hingga menjadi arang. Gosokkan pada gigi dan biarkan seketika. Kemudian cuci dengan air.
3.        Goreng biji asam jawa tanpa minyak. Kemudian tumbuk sehingga menjadi serbuk dan gosokkan pada gigi. Amalkan selalu.
4.        Kayu arang juga boleh digunakan untuk memutihkan gigi. Tumbuk arang hingga halus. Gosokkan pada gigi.
5.        Gunakan abu daun kelapa yang telah dibakar untuk menggosok gigi. Selain itu boleh juga menggunakan kulit manggis yang dibakar dan ditumbuk hingga halus. Gunakan ia seperti ubat gigi. Insyaallah gigi akan kelihatan putih berseri tanpa banyak belanja.
6.        Ambil buah pinang dan bakarkan ia hingga menjadi arang, lalu tumbuk sehingga menjadi halus. Gosokkan pinang yang telah ditumbuk tadi ke bahagian gigi anda yang kekuningan atau pun hitam. Lakukan petua ini setiap hari. Anda akan dapati gigi anda akan berubah warna menjadi putih cantik.
7.        Gunakan garam halus dicampurkan dengan ubat gigi.
8.        Sebelum kita mengosok gigi dengan menggunakan ubat gigi. Gosoklah gigi dengan menggunakan serbuk penaik atau lebih di kenali sebagai sodium bikarbonat terlebih dahulu. Kumur dan gosoklah gigi dengan ubat gigi seperti biasa. Amalkan petua ini seminggu dua ke tiga kali. Bukan sekadar ia mampu memutihkan gigi tetapi ia juga dapat menghilangkan PLAK yang amat memalukan dan berbau busuk.

Gigi yang cantik dan bersih sebenarnya memberi keyakinan kepada orang yang menjaganya dengan cara yang betul. Penjagaan gigi dilihat penting kerana ia merupakan aset yang sangat bernilai. Jadi, selamat mencuba!

Mengapa Wanita Islam Perlu Bertudung?

Nuffnang Ads
0
Posted on January 8, 2012 by
1) Tuntutan agama Islam yang suci.
- Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.
Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka diseksa dengan teruk dalam keadaan itu?
Rasulullah menjawab, “Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki yang bukan muhrimnya.
2) Mengurangkan dosa daripada terus dimurkai ALLAH
-Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat. Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? Dan tahukah berapa ribu lelaki yang akan anda temui hampir siap hari.
3) Lebih cerdik,selesa dan sihat
-Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir dengan cepat dan baik.
Pemakaian tudung juga akan mengelakkan kepala dihinggap oleh serangga-serangga yang akan merosakkan rambut dan kepala.
4) Tidak membazir
- Tak perlu lagi ke kedai rambut atau salun untuk mencantikkan rambut dan membuang masa dengan meluruskan rambut dan mewarnakan rambut serta tidak membazir wang!
5) Lebih sopan dan manis
-Lebih 98% lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. (Jadi korang yang paling penting pilih wanita yang bertudung dahulu )
6) Rambut lebih tahan lama dan sihat
-Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran UV akan merosakkan dan menggalakkan keguguran rambut. Walaupun anda memakai pelbagai bahan kosmetik pelindung, hakikatnya bahan itu mengandungi bahan kimia yang berbahaya untuk rambut!
7) Menjadikan diri anda “Mahal”
- Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal manis yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya di puncak pokok berbanding epal-epal lain.
8 ) Lebih dihormati dan dihargai
- Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi
9.) Lebih disayangi oleh ALLAH
- Wanita yang bertudung dengan cara yang betul serta melaksanakan perintah ALLAH akan terus dilindungi oleh ALLAH sehingga akhirat.
10.) Calon Isteri
- Kebanyakan statisitik yang diambil di Asia Tenggara. Ramai lelaki yang menjadikan wanita islam yang bertudung sebagai pilihan utama mereka sebagai isteri.

Didik Anak Sebelum & Selepas Tidur



1. Bersihkan diri sebelum tidur.
i. Gosok gigi dan mengambil wuduk.
ii. Ingatkan anak supaya membaca doa dan ayat-ayat Al-Qur’an sebelum tidur.
iii. Baca doa sebelum tidur.
iv. Baca Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-Nas.
( Sapu ke seluruh tubuh hingga ke bawah ).
2. Cium ubun-ubunnya sebelum tidur dan hembuskan doa-doa terbaik untuk kebaikan si anak. Diantara doa-doanya ialah :
Dan (Ingatlah) ketika Luqman Berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar”.
Allah Maha Lembut terhadap hamba-hamba-Nya; dia memberi rezki kepada yang di kehendaki-Nya dan dialah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.
“Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang soleh.”